Perempuan Perempuan Iran akan turun ke jalan-jalan raya untuk menunjukkan keprihatinan mereka kepada sesama kaum nya mahupun rakyat yg lain di Bahrain esok, hingga ke hari ini ada saja mangsa yg terus menerus menjadi korban kepada pasukan pemerintah Bahrain.
Tindakan protes ini di jadualkan pada hari jumaat esok 29/4, mereka menuruti seruan organisasi perempuan Iran dan masyarakat. Penunjuk perasaan ini juga dijangka mengambil tindakan mengutuk pembunuhan menyedihkan ke atas umat Islam yang tak berdosa di Bahrain, kata Dewan Koordinasi Pembangunan Islam dalam kenyataan nya kepada pemberita IRNA semalam 27/4/11.
Demonstrasi itu akan mengutuk pembunuhan, dan penyiksaan terhadap perempuan perempuan Bahrain oleh pasukan keamanan Arab Saudi di Bahrain, sebagai penyokong kepada rejim Al Khalifa.
Dewan Koordinasi Pembangunan Islam juga menyeru kepada seluruh rakyat Iran, khususnya perempuan untuk memberi sokongan kepada masyarakat Bahrain dan mengutuk kejahatan kemanusiaan di negara Teluk Parsi itu.
Kekerasan terhadap pendemo telah membawa kemarahan umat Islam dan aktivis hak asasi manusia di seluruh dunia, sementara itu PBB dan lembaga antarabangsa lainnya gagal untuk mengambil langkah-langkah bagi menyekat keganasan di Bahrain.
Perlecehan dan keganasan pemerintah terhadap demonstrasi damai sejak kebangkitan di Bahrain pada pertengahan Februari lalu, dan insya Allah kita bakal melapurkan lagi esok.
– irib/men’cahaya
Murid buktikan pada guru lembu makan martabak
12 hours ago