Recep Tayyip Erdogan perdana menteri Turki menganggap pembinaan patung Persahabatan Armenia sebagai aneh.
Patung setinggi 30 meter itu dibina berbentuk dua tubuh manusia yang saling berhadapan dan dibina atas gunung di kota Kars dekat sempadan dengan Armenia.
Majlis Kerajaan Tempatan membina nya beberapa tahun lalu sebagai simbol keamanan sempena tamatnya permusuhan dan saling curiga sebelum ini dan berlangsung sejak puluhan tahun yg lalu.
Beberapa Para seniman berusaha menyelamatkan tugu tersebut yang memerlukan masa 10 hari untuk meruntuhkan nya.
Syarikat yg merobohkan patung manusia itu dengan menggunakan jentera berat, telah meruntuhkan satu patung manusia dan belum menghabiskan kesemuanya lagi kata para pemerhati.
Patung yang diberi nama Tugu Kemanusiaan itu merupakan karya seniman terkenal Turki, Mehmet Aksoy.
Ia siap dibina dan berdiri megah dengan menggambarkan sebelah tangan nya seolah olah hulur memberi bantuan.
"Saya sangat sedih, sedih atas nama Turki," kata seniman itu seperti dalam lapuran pejabat berita Anatolia. "Mereka merobohkannya, tapi kami akan membangunnya kembali.". kata Mehmet Aksoy.- men'cahaya/bbc
Murid buktikan pada guru lembu makan martabak
13 hours ago