Hang Nadim ke Hafilda turun temurun fitnah menjadi adab Melayu

Saturday, April 30, 2011

KONSEP peradaban yang paling mudah adalah pencapaian bangsa manusia dalam bidang politik, ekonomi, sosial, budaya dan pendidikan. Justeru, andai kata ada, apa yang dikatakan sebagai peradaban Melayu itu, maka fitnah adalah jawapannya. Dengan ungkapan lain, perbuatan memfitnah adalah peradaban Melayu yang masih segar bertahan hingga kini.

Sesungguhnya, betapa sejarah bangsa Melayu masa silam dan realiti sikap Melayu masa kini terus membuktikan bahawa, perbuatan memfitnah adalah tradisi budaya mereka dengan jajaran mangsa-mangsa fitnah yang bukan sahaja menyedihkan, bahkan begitu mengerikan. Sehubungan itu, berikut merupakan beberapa contoh nama klasik yang telah menjadi mangsa fitnah sebagai pedoman tentangnya.

Mangsa-Mangsa Fitnah Melayu Masa Silam:

1. Hang Nadim,

2. Puteri Rajuna Tapa

3. Tun Mutahir

4. Mahsuri Pandak Maya

5. Tun Hassan

6. Tun Ali


Tukang-Tukang Fitnah Melayu Masa Silam

1. Si Kitul,

2. Raja Mendeliar,

3. Nina Sura Dewana

4. Khoja Hassan

5. Pateh Karma Wijaya

6. Wan Mahura

Malangnya, sejarah masa silam dan realiti Melayu masa kini, khususnya Melayu UMNO menjelaskan bahawa, para pengamal fitnah tidak pernah tewas atau dikalahkan oleh mangsa-mangsa yang difitnah, melainkan dihancurkan oleh kekuatan luar yang lebih besar, seperti kerajaan zalim Melaka yang dihancurkan oleh Portugis dan pemerintah Langkawi yang dihancurkan oleh Siam.

Demikianlah sejarah menggambarkan yang berhubung dengan Wan Mahura si tukang fitnah yang ditangkap, dirogol, disiksa dan akhirnya dibunuh dengan kejam oleh tentera Siam.

Begitu juga dengan realiti gerombolan panglima dubur keris bersilang songkok tinggi masa kini yang terus-menerus mencipta pelbagai bentuk fitnah bersiri yang begitu cabul dan lucah untuk membinasakan lawan politik mereka, khususnya yang berhubung dengan fitnah mereka terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Justeru, betapa norma politik Melayu UMNO bukan sahaja bertentangan dengan kelakuan peradaban, bahkan sangat kejam, jijik dan biadab. Yang demikian, berikut merupakan beberapa contoh mangsa fitnah dalam konteks selepas penubuhan UMNO (baru 1988) sebagai pedoman generasi mendatang.

Mangsa-Mangsa Fitnah Melayu Masa Kini

1. Anwar Ibrahim

2. Ibrahim Mahmud

3. Tun Salleh Abas

4. Sukma Darmawan

5. Munawar Anees

6. Tengku Razaleigh

Tukang-Tukang Fitnah Melayu Masa Kini

1. Mahathir Muhamad

2. Najib Razak

3. Rahim Thamby hik

4. Khalid Japri

5. Saiful Bukhari

6. Ummi Hafilda.


Sesungguhnya hakikat demokrasi tidak memberikan secebis kuasa walau pun senipis kulit bawang kepada gerombolan panglima dubur keris bersilang songkok tinggi, melainkan kuasa yang dipinjamkan oleh undi jari-jari warga marhaen setiap lima tahun.

Justeru, seandainya warga marhaen melakukan tanggungjawab dengan penuh kesedaran tentang kekuatan kuasa undi mereka setiap lima tahun sebagai peluang terbesar mendaulatkan kuasa autonomi wilayah Borneo dalam konteks Sabah dan Sarawak, nescaya seluruh badut politik barua boneka kuda tunggangan Melayu UMNO dan proksi-proksinya akan ranap sepenuhnya.

Yang demikian, akan memberi kesedaran kepada bidak-bidak pengamal kerjaya politik bahawa, pimpinan Sabah dan Sarawak kini dan sekarang yang membentuk kerajaan dalam konteks dan semangat perjanjian pembentukan Malaysia secara benarnya mereka tidak layak memimpin wilayah Malaysia Timur.

Menyentuh soal ketuanan dan hak istimewa melayu, yang melayu UMNO Malaya dan proksinya laung-laungkan saban hari di segala penjuru rasis dan media pendusta mereka. Betapa ketuanan dan hak istimewa melayu sebagaimana yang dinyatakan oleh Abdullah Ayub dalam bukunya ‘Cara Pemerintahan Tanah Melayu’ bahawa, apa yang dikatakan sebagai ketuanan dan hak istimewa melayu itu merangkumi 4 unsur utama.

1. Tanah Untuk Orang Melayu

Hak untuk orang Melayu mendapat tanah dengan kebenaran oleh Kerajaan Negeri (kerana pembukaan tanah adalah di bawah kawal-selia Kerajaan Negeri). Kerajaan Negeri boleh membuka tanah khas untuk Melayu dengan syarat Kerajaan Negeri juga memperuntukan pembukaan tanah bagi orang ramai yang serupa, luas tanah untuk orang Melayu tidak boleh melebih luas tanah orang ramai. Tanah milik orang bukan Melayu tidak boleh diambil untuk tujuan orang Melayu.

2. Jawatan Dalam Kerajaan

Jawatan-jawatan kanan dalam Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, mestilah diperuntukkan pada nisbah yang tertentu untuk orang Melayu dan orang bukan Melayu.

3. Peruntukan Biasiswa

Peruntukan biasiswa atau bantuan yang lebih banyak untuk kepada penuntut-penuntut Melayu daripada penuntut-penuntut bukan Melayu.

4. Bantuan Ekonomi

Peraturan hendaklah dibuat untuk membolehkan orang Melayu mendapat lesen-lesen atau kebenaran-kebenaran tertentu bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti perusahaan dan aktiviti-aktiviti ekonomi lain. – (Abdullah Ayub -1978)

Berdasarkan kepada 4 unsur yang berhubung dengan ketuanan dan hak istimewa Melayu tersebut kononnya, maka Melayu UMNO dan proksi-proksinya bergentayangan dengan media pengampunya melancarkan seruan agar Melayu bersatu dengan keakuan yang melampau untuk mengapi-apikan warga Malaysia agar membenci Pakatan Rakyat (PR) dengan tuduhan kononnya Pakatan Rakyat tidak mahu melihat negara ini maju.

Pada hal yang melemparkan martabat negara ini ke lembah najis yang paling busuk, siapa lagi kalau bukan Melayu UMNO yang sudah bertahun-tahun mengamalkan atau menjadikan ungkapan lancap, liwat dan lubang dubur sebagai C4 untuk meletupkan penyelaras pimpinan Pakatan Rakyat.

Dengan ungkapan lain, disamping Melayu UMNO mendendangkan seruan keakuan Melayu yang melampau, namun pada masa yang sama, Melayu UMNO Malaya menghancurkan Bumiptera Sabah melalui ‘IC Projek’ mereka agar Bumiputera Sabah menjadi penduduk yang minoriti pada waktu muka di Sabah bagi mewajarkan penurunan status Sabah dari sebuah negara yang berdaulat kepada sebuah negeri jajahan Malaya yang ke 12 gamaknya.

Lihatlah bagaimana Melayu UMNO Malaya mencabul ‘Perkara 20’ Perjanjian Malaysia dengan meminggirkan pegawa-pegawai Sabah dalam pelbagai ketua jabatan yang menjadi hak mutlak warga Sabah dalam ‘Perkara 20’.

Sememangnya Melayu UMNO pandai bermuka-muka apabila menghalalkan slogan demi kerajaan Sabah yang berteraskan Islam dalam kempen pilihanraya mereka di Sabah. Pada hal, mereka mengetepikan perundangan Islam dalam pengadilan yang berhubung dengan siri fitnah ‘Liwat I dan Liwat II’ mereka terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang telah berpanjangan seakan tanpa penghujung. Dan harus diingat bahawa, belum ada mangsa fitnah yang menang dalam catatan sejarah Melayu silam.

Menyentuh soal pilihanraya ke 10 Sarawak. Warga Sarawak telah memperlihatkan ketegasan mereka dalam membuat keputusan dengan memberi kemenangan kepada parti bersifat tempatan. Dan kebetulan, parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) menjadi komponen penzalim Barisan Nasional (BN).

Namun, betapa keputusan rakyat Sarawak dalam konteks ‘Perkara 18’ perjanjian pembentukan Malaysia memang tepat, sebagaimana yang dijelaskan dalam ‘Perkara 4’ Perjanjian Pembentukan Malaysia bahawa;

“Ketua Negeri di Borneo Utara/Sarawak tidak seharusnya tertakluk kepada pemilihan sebagai ketua Persekutuan.” (The Head of State in North Borneo / Sarawak should not be eligible for election as Head of the Federation.) (18/ 20 Perkara 1963).

Ungkapan ‘Persekutuan’ dalam konteks Perjanjian Pembentukan Malaysia adalah merujuk kepada ‘Persekutuan Malaya’ atau ‘Persekutuan Tanah Melayu’ yang dimasyhurkan kemerdekaannya pada 31 Ogos 1957 sebagai antara komponen negara dalam Gagasan Malaysia.

Dengan ungkapan lain, sekiranya pimpinan Pakatan Rakyat (PR) punya hati yang sungguh-sungguh tulus, dalam usaha meranapkan budaya politik cabul dan lucah Barisan Nasional (BN) dalam konteks Malaysia yang dilindungi oleh Perjanjian Pembentukan Malaysia, nescaya parti-parti yang bersifat Malaya, seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR), Democratic Action Party (DAP) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) tidak sewajarnya diexport ke Sabah dan Sarawak.

Yang demikian, secara peribadi saya tidak bersetuju dengan tindakan parti-parti politik bersifat Malaya dalam Pakatan Rakyat (PR) yang diexport ke Sabah dan Sarawak atas sebab-sebab yang telah saya nyatakan bahawa ianya melanggar ‘Perkara 4’ Perjanjian Pembentukan Malaysia.

Justeru, pimpinan parti-parti yang bersifat Malaya sewajarnya bukan mengexport parti-parti politik Malaya ke Sabah dan Sarawak, bahkan sepatutnya berunding atau berdialog sebagai kawan dan negarawan yang bijaksana dengan pimpinan parti yang bersifat tempatan (Sabah dan Sarawak) yang sehaluan dalam usaha menentang, melawan dan menghancurkan kezaliman politik Barisan Nasional (BN); untuk bergabung dalam Pakatan Rakyat (PR) bagi menepati kehendak ‘Perkara 4’ Perjanjian Pembentukan Malaysia, agar warga Borneo yang celik politik tidak seolah-olah mengundi untuk Borneo sebagai sebuah negara menjadi sebuah negeri yang dijajah.

Demikianlah yang saya maksudkan dengan ungkapan suara harapan menggapai kebangkitan menyeluruh atau secara holistik warga Malaysia Barat dan warga Malaysia Timur dalam usaha serentak menguburkan politik jijik dan cabul Melayu UMNO yang menjadi komponen utama Barisan Nasional (BN) dalam PRU ke -13 yang menghitung bulan untuk diadakan.

Justeru, andai kata penduduk Sabah dan Sarawak bijaksana, yang dipimpin oleh pengamal kerjaya politik yang berwatak dan berfikiran luas sebagai seorang negarawan, nescaya semuanya akan melangkah seiring dengan penuh kesedaran dan keinsafan bahawa, Brunei, Malaya, Sabah, Sarawak dan Singapura sebelum 1957 adalah sama taraf atau sama standard sebagai negara-negara jajahan British yang masing-masing memiliki identiti dan matawang sendiri sebagai sebuah negara.

Dengan ungkapan lain, standard Sabah dan Sarawak adalah sebagaimana standard Brunei dan Singapura sekarang sebagai sebuah negara di persada antarabangsa yang berdaulat, aman dan makmur.

Namun begitu, kini dan sekarang, akibat kedunguan badut politik proksi melayu UMNO Malaya di Sabah ada kaitan dengan pancaran ketololan muktamad Bumiputera Sabah sendiri lantaran melahap kahak hijau Mahathir tentang sentimen Islam sebagai alat politik songsang, yang terang-terangan melanggar dan bertentangan dengan ‘Perkara 1’ perjanjian pembentukan Malaysia, sehingga aras paradigma Bumiputera Sabah tercampak ke dalam beberapa gaung dan longkang busuk yang meloyakan.

1. Kononnya, Sabah adalah lebih baik diperintah oleh Melayu UMNO Malaya melalui (IC Projek-agenda Mahathir) yang beragama Islam daripada diperintah oleh parti tempatan Bumiputera Sabah sendiri yang beragama Kristian.

2. Kononnya, sembilan tahun Sabah diperintah oleh parti tempatan Bumiputera Sabah sendiri (PBS) tanpa pembangunan. Pada hal, kini satu dunia tahu bahawa Sabah dalam komponen Malaysia telah menjadi negara termiskin angkara kebejatan politik Melayu UMNO.

3. Kononnya, Singapura dan Brunei menjadi negara yang kaya dan maju, sebab penduduknya sedikit. Pada hal, jumlah penduduk Singapura 5.8 juta atau hampir 4 kali ganda berbanding hanya 1.6 juta jumlah penduduk Sabah, jika tidak diambil kira lebih 1 juta IC Projek Melayu UMNO.

4. Kononnya, perjanjian ‘Perkara 20’ syarat pembentukan Malaysia tiada guna, sebab bukannya ‘Perkara 20’ yang akan mengusung dan menghantar orang-orang Islam yang meninggal dunia ke dalam kubur apa nama aaa…apa nama aaa… korek korek konon gamaknya.

Persoalannya, sampai bila dan berapa lama warga Bumiputera Sabah menjunjung paradigma songsang yang berhubung dengan pencabulan Melayu UMNO Malaya terhadap Perjanjian Pembentukan Malaysia?

Justeru, pasukan cendekiawan Bumiputera Sabah mesti berusaha mencari ruang dan jalan untuk melancarkan serangan balas (counter attack) yang bijaksana dan bermoral tinggi untuk meranapkan konsep kenegaraan biadab Melayu UMNO Malaya dan talibarutnya dan sekaligus meletakkan maruah mereka ketahap yang paling hina dan paling jijik selepas PRU 13 hendaknya.

Sesungguhnya, betapa seluruh Melayu UMNO Malaya dan proksi-proksinya adalah nyata sudah bankrap harga diri, lantaran talian hayat politik mereka hanya bergantung kepada bantuan Lubang Dubur dan Video Seks Boroi melalui logik paradigma Raja Mamak Mendeliar gamaknya!- Naspazi/sab/kini