Apakah Terengganu akan aman sejahtera untuk masa 40 hari? menurut Bernama:
“Semua acara berbentuk hiburan adalah ditegah sepanjang tempoh berkabung selama 40 hari di negeri ini, berikutan kemangkatan bonda Yang di-Pertuan Agong, Tengku Ampuan Bariah Sultan Hisamuddin Alam Shah, minggu lalu.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, berkata semua pegawai dan kakitangan perkhidmatan awam negeri dan Persekutuan serta badan berkanun di Terengganu dikehendaki menghormati perkabungan dengan memakai songkok berlilit kain putih berukuran satu inci bagi lelaki Melayu dan tali leher hitam atau lilitan lengan hitam di sebelah kanan bagi bukan Melayu.
“Wanita Melayu pula dikehendaki berselendang atau bertudung putih dan bagi bukan Melayu memakai lilitan lengan hitam, manakala polis dan tentera menurut cara pemakaian ditetapkan oleh peraturan masing-masing,” katanya, di sini semalam.”
Hanya dikehendaki sajalah untuk memakai selendang atau tudung puteh, realitynya aku tak Nampak sangat ada perubahan.. kalau tak caya jemputlah dating Terengganu. Apakah perempuan perempuan melayu tak hormati ke cadangan MB Ahmad Said?
Kenapa hanya 40 hari saja kita perlu bertudung? Atau pun pusat pusat hiburan ditegah beroperasi? Itu kerana menghprmati kemangkatan Bonda Tuanku. Kalau tak mangkat alamat nya terbit fajar baru berhenti dan sambung malam keesukannya pula.
Begitulah dengan pemakaian tudung hanya ditekankan selama 40 hari saja, hari ke 41 boleh ‘kembali ketapak asal’ pening barang niii.
Sepatut nya hormati kekuasaan Illahi, tutup aurat bagi mereka yg ‘cukup umur’ bukan hanya setakat 40 hari saja. Allah maha kuasa manusia perlu tunduk sdebagai hamba. Bukan tunduk 40 hari sebagai menghormati.
Aku pun tak tahu fatwa Islam mana yg digunakan.
Murid buktikan pada guru lembu makan martabak
8 hours ago