akhbar di Malaysia tidak siarkan, katanya dengan kecewa

Friday, December 9, 2011


Pada khamis 7/12 lalu di Dewan Dakwah Islamiyah Indonesia pertemuan diantara Pattani United Liberation Organization atau PULO dengan beberapa pertubuhan Islam termasuk Persatuan Islam, Al Ittihadiyah dan media media Islam.

Pattani United Liberation Organization, PULO merupakan satu organisasi Islam yang berjuang untuk kemerdekaan Pattani dari kekejaman Rejim Thailand.

Dalam perbahasan dimajlis tersebut, Ustadz Abu Jihad dari PULO mengemukakan keprihatinanya atas penjajahan yang dilakukan pemerintah Thailand terhadap umat muslim di Pattani. Ia mendedahkan bahwa hingga detik ini kehidupan muslim di selatan Thailand tidak banyak berbeza, bahkan semakin buruk. Walaupun sudah bertukar tampuk kepimpinan PM Thailand dari Abhisit Vejjajjiva kepada Yingluck Shinawatra yg tidak banyak menghasilkan apa-apa perkembangan positif.

Pemerintahan Darurat tentera masih diteruskan, bahkan sekarang penambahajn pasukan tentera semakin ramai,” katanya.

Sebelum pilihanraya, Parti Phuea Thai berjanji akan mengurangi jumlah tentara mereka di daerah Pattani. Mereka juga bersedia memberikan lapangan pekerjaan bagi para penduduk Pattani. Namun janji itu hanya tinggal janji.

Ustaz Abu Jihad juga berkata “sejumlah fakta yang menimpa para rakyat dan wanita Pattani termasuk diambil kesempatan pasukan tentera Thailand membuat kekacauan banyak kes para istri Melayu dirogol oleh tentara Thailand,” tambahnya lagi.

Sayangnya, berita ini jarang diketahui orang luar. Negara jiran yg dekat seperti Malaysia pun tidak banyak mengungkap kesah ini. "akhbar akhbar di Malaysia tidak berani menyiarkan. Berita pembunuhan penjajah tentera Thailand tidak ada, yang ada pula berita pejuang Pattani yang membunuh tentara Thailand," kata nya dengan rasa kecewa.

Kerajaan Thailand memang menutup rapat maklumat mengenai ketidakadilan terhadap muslim Pattani. Supaya kekejaman tentara Thailand tidak sampai ke media antarabangsa.PULO atau Pattani United Liberation Organization ditubuhkan pada tahun 1968 di Pakistan dan disahkan di Arafah oleh para ulama Pattani. Penggagas utama PULO adalah Kabir Abdurrahman. – ahmadzimar teks asal e/muslim