Di kongres Parti Keadilan Rakyat, seorang perwakilan AMK Zabidi Abas menyatakan penyanyi popular masakini Mawi pernah membantu PKR ia itu memasang poster di Kulai Johor pada 1999 yg lalu. Beliau dari Kulai dan Mawi juga dari Kulai katanya sama sama memasang poster dan memanjat pohon kelapa dan Mawi bekerja dibawah jentera nya, disambut sorakan gemuruh dari para perwakilan. Ucapan beliau semasa membahas ucapan dasar yg di bentangkan oleh ketua AMK Shamsul Iskandar.
Sementara itu pada 28/11, Mawi menafikan dakwaan tersebut setelak di asak dengan pelbagai pertanyaan, benarkan beliau ahli PKR, "mana ada? mana bukti"? lagi pun pada 1990 beliau belum lagi mendaftar sebagai pengundi di SPR. Mawi berkata semasa ditemui wartawan di Studio Sri Pentas 2 Shah Alam ketika majlis saringan separuh akhir rancangan muzik muzik. Tambahnya beliau ingin menumpukan kerjayanya dan mengambil sikap nuetral dalam hal hal politik tanah air.
Kesimpulannya bagaimana? itulah retorik politik tanah air kita. Tepuk dada tanya selera.. kerbau sekandang sudah sah di ketahui jantan betina nya.
- editor
Siapa cakap gaji aku RM1 juta? – Jojo Ghazali
5 hours ago