Harapan penduduk RTB Bujal (tempat robohnya masjid masjid Bujal)

Thursday, November 13, 2008

Pusat Cakna Rakyat (PCR) dan penduduk Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Bujal mengucapkan terima kasih kepada pejabat tanah dan daerah Kemaman khususnya Pegawai Daerah kerana sudi mengadakan pertemuan dan berbincang.


Pengerusi (PCR) Fariz Musa berkata pegawai daerah Mohd Nor Ibrahim berjanji akan membawa tuntutan penduduk RTB Bujal untuk dibincang dalam mesyuarat Jawatankuasa Tanah Daerah Kemaman pada 26 November ini.
(Gambar Kanan - Kamarudin Ebong).http://buletinonline.net/images/berita14/kamarudin.jpg

“AlhamduliLlah, pertemuan hari ini berjalan dengan baik, atas prinsip kemanusiaan dan kemelayuan, kami (penduduk RTB Bujal) berharap mesyuarat tanah daerah akan membenarkan pihak TNB dan SATU membekalkan elektrik dan air kepada penduduk,

“Mesyuarat Majlis Tanah Daerah Kemaman pada 26 November akan membincangkan isu tersebut dan diharapkan dapat memberikan kelulusan tersebut kepada sembilan buah rumah,” ujar beliau yang dihubungi Buletinonline semalam.

Menurutnya daripada 18 buah rumah yang telah siap, 9 buah yang tidak mempunyai bekalan elektrik dan air.


Beliau berkata pihaknya berharap perkara berkaitan dengan tanah dapat dibawa kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu (EXCO) kerana pembatalan kelulusan tanah RTB Bujal sebelum ini dibuat dalam mesyuarat tersebut.

Sehubungan dengan itu penduduk RTB Bujal merayu kepada kerajaan negeri supaya memberikan kelulusan supaya Lesen Menduduki Sementara (LMS) tanah tersebut dapat disambung semula.http://buletinonline.net/images/berita14/rafiah.jpg

Mereka juga berharap mesyuarat tanah dan daerah Kemaman menimbangkan dengan sewajarnya permohonan mereka supaya kemudahan infrastruktur termasuk bekalan air, elektrik, jalan dan surau dapat dibina.
(Gambar Kiri - Rafi'an Abas)

Seorang peserta RTB Bujal, Kamarudin Embong, 45, berharap kerajaan negeri meluluskan LMS bagi tanahnya.

Beliau berkata semua penduduk yang tinggal di RTB Bujal bukan penceroboh, bahkan mereka telah mendapat tawaran dari kerajaan negeri Terengganu untuk tinggal di tanah itu.

“Saya berharap tanah kerajaan memberi pertimbangan keatas tanah saya dan semua prasarana termasuk bekalan air, elektrik dan pembinaan jalan serta surau sebagaimana yang termaktub dalam pelan asal, dapat dibina,”ujarnya. (Gambar Kiri - Rafi'an Abas)
Katanya pada tahun 2005 permohonan bekalan elektrik beliau kepada TNB telah diluluskan, bagaimanapun tidak semena-mena dibatalkan.
http://buletinonline.net/images/berita14/ridzwan.jpg
“Tiba-tiba sahaja, tiang elektrik dicabut, ada sebatang lagi sebagai saksi. Saya minta api (elektrik) dia, lulus, saya bayar deposit, Janji TNB nak masuk api (elektrik) dirumah, tiba-tiba nak sambung, dia (TNB) kata ada arahan dari orang atasan sebenarnya dari pejabat tanah (yang menghalang),”katanya

Seorang penduduk warga emas RTB Bujal, Rafiah Abas, 57, menaruh harapan yang tinggi supaya kerajaan negeri mengembalikan semula hak milik tanahnya.

“Harapan makcik minta selesaikan tanah, nak api dan air, kalau boleh syukur alhamduliLlah,”katanya yang ditemui baru-baru ini.
http://buletinonline.net/images/berita14/nora.jpg
Manakala pasangan muda Nora binti Ali, 27, dan Mohd Ridzwan Mohamad, 30, tetap akan menunggu dan tinggal ditanah tersebut.

“sekarang sudah tiga anak, seorang anak lahir pada tarikh perobohan masjid. masih duduk (tinggal) disana, sudah masuk empat tahun,”ujar Nora.

Kata Ridzwan, beliau dan tujuh buah rumah yang lain kini berkongsi mendapat bekalan elektrik dari sebuah ‘generator’

“Saya akan tetap tunggu disitu, kalau kerajaan hendak ambil balik kita boleh terima dengan syarat beri pampasan kos bina rumah dan tanah,”tambah Ridzwan.- Buletin online