PEKAN, 8 Nov (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata anggota Umno yang terbabit dalam politik wang pada pemilihan parti Mac tahun depan sepatutnya tidak diberi tempat dalam kepimpinan parti.
Sambil berharap anggota UMNO memilih pemimpin yang bersih untuk mengangkat perjuangan parti bangsa Melayu itu ke peringkat yang lebih tinggi lagi, Najib yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno itu berkata jika mereka yang terbabit dalam mainan politik wang tetap diberikan tempat, akhirnya ia akan merosakkan kredibiliti Umno itu sendiri.
"Ia akan menjejaskan parti Umno dari dua segi, satu dari segi imej parti kepada orang luar, bermakna mereka akan lihat proses pemilihan dalam parti kita ini tidak bersih, kedua, akan menyebabkan pemimpin yang tidak sepatutnya diangkat untuk sesuatu jawatan itu terpilih kerana sokongannya berdasarkan mainan politik wang, mungkin kita akan mempunyai barisan pemimpin yang tidak dapat mengangkat perjuangan Umno yang lebih tinggi lagi dan merosakkan kredibiliti Umno kerana (mempunyai) pemimpin itu kurang kredibel," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan mesyurat Umno bahagian Pekan di sini.
Ketika diminta mengulas laporan mengenai politik wang pada pemilihan Umno kali ini yang disifatkan Pengerusi Lembaga Disiplin Umno Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail sebagai paling serius, Najib berkata;
"Kita hendak pemimpin yang kredibel dan berwibawa dalam parti sebab kita dinilai oleh rakyat teramai, rakyat jelata akan membuat penilaian dan perhitungan terhadap Umno melalui pemimpin yang diketengahkan Umno.
"Sepatutnya tidak ada tempat (bagi mereka yang terbabit politik wang) tapi akhirnya terpulang kepada ahli Umno sendiri untuk menyokong pemimpin yang bersih, dan juga bergantung kepada keberkesanan penguatkuasaan kita, seperti perangkap laju, ada yang terlepas, ada yang kena," katanya. - Bernama
- Begitulah antara intipati ucapan bakal PM kita, Dato'Najib disatu majlis di Pekan.
Jika begitulah hujah yg sampaikan, alamat ramailah yg tergelak giler dan tersenyum sumbing. Siapa yg tidak mengenali dunia umno? dari peringkat akar umbi hinggalah ke pucuk muda sudah pun merasai ulat ulat makhluk perosak yg memamah kesegaran pokok itu saban ketika.
Politik wang berjenama rasuah sememangnya menjadi kelalian geng geng sebegini. Rasanya tak perlulah untuk di nobatkan apa yg berlaku, tertapi ramai rakyat jelata dah termaklum hal hal begini, namun begitu tetap juga masih ramai yg mendiamkan diri berpura tidak mengerti, itulah lawak kota hari ini.
- pengulas ini pernah mengiringi bakal PM itu dengan motosikal berbendera menuju ke resthouse Kuala Rompin di akhir 70'an, tiada apa nak dikesalkan dek kegirangan anak anak sekolah bertemu pemimpin tika itu.
(hanya siaran tak semestinya sama dengan pandangan - editor)