Bapak menteri senior tanah air ku

Wednesday, November 12, 2008

jauh
Bapak menteri ini sudah begitu ternama di persada tanah air ku. Saban tahun saban bulan dicuit pelbagai kontraversi namun cukup pantas melarikan diri menolak cemuhan mual dari pelbagai rakyat yg mengerti. Beliau sudah merampas takhta di antara para menteri yg cukup lama memegang jawatannya. Umpama pelepah pisang walaupun ia buruk dan reput tetapi cukup kukuh berpegang pada batangnya.

... dan mutakhir ini bekas naib presiden MIC, Dato'M.Muthupalaniapan melontarkan hasrat untuk bertanding di jawatan tertinggi di parti pegangannya,ia itu menandingi pressiden atau ketua nya sendiri. Sejak 1979 beliau ini menerajui sehinggalah ke berita ini di tulis beliau masih tetap tak berganjak, walaupun pernah disatu ketika ada menyatakan hasrat untuk berundur, "tapi waktunya belum tahu lagi" katanya. Itulah dia Samy Vellu yg begitu gah dengan Tol nya yg mana baru baru ini tertewas dalam pilihanraya ke 12 di kubu kuat nya parlimen sg.siput. Pak Samy ini dikalahkan oleh calun dari PKR Dr.Jayakumar Devaraj. Yang agak 'tercuit' nya depa ni di bungkus oleh mejoriti dari para pengundi bukan melayu.

Penama ini memang terkenal dengan tol, mrr2, tanah runtuh genting ataupun hospital kulatnya
pada mula di jangkakan akan menang tanpa bertanding, tetapi si-pencabar nya M.Muthulapaniapan sudah mengambil kira pandangan di peringkat akar umbi parti itu untuk mengetengahkan beliau bagi memberi saingan demi perubahan nanti katanya.. dan katanya Samy Vellu patut dicabar demi kepentingan MIC.

Sang menteri kerjaraya ini sejak awal awal lagi dah menyatakan kesediaan nya mempertahankan jawatan. Pada mach nanti sama samalah kita saksikan drama ini, itu pun seandainya lakaran kalian menjadi tanpa perubahan. Selamat menonton.

- tun mamat