PM Malaysia Dato'Seri Abdullah Ahmad Badawi , memberi amaran kepada semua ahli ahli
UMNO yang bertanding dalam persidangan nya nanti, kepada mana mana calun yang 'merangkum gejala wang' dalam pemilihan nanti akan dilucutkan jawatan sekira nya mereka menang. Bab 'duit menjadi raja' dalam pemilihan ini tak perlulah nak diperkatakan.. sudah boleh @ pun boleh di kategorikan "kalau tidak dengan itu" sistem pemilihan akan pincang, memang tak adapat nak di elak. Tempuhi dan lalui saja, cuma pandai pandailah dengan pembawakan nya. Dah berpuluh tahun dah.. tak kiralah dalam pemilihan parti mana sekali pun.
Sejak dari dulu @ lebih kurang setengah abad pekara pekara begini di sentuh, namun setiap pemilihan berjalan terus dengan hasil yg terjemah begitu saja. Baru baru ini lembaga disiplin Umno berkata, 30% lapuran yang dibuat setakat ini hanya berunsur fitnah. Ini bermakna 70% lapuran itu adalah benar, kalau 70%.. ianya bukan sikit. Lapuran akan disiasat sebanyak mungkin sebelum hari pemilihan katanya, agaknya bagaimana pula jumlah satakat hari ini. Tunggulah apa kataTan Seri Ahmad Rithauddeen nanti.
Kalau siasatan agak kemas atau detail, rasanya banyak juga 'kerusi akan kosong' dan kenalah buat pemilihan lain untuk mengisi kekosongan. Bapak menteri kita ini pun nanpak nya semakin tegas, kenapa tak bertegas dari dulu semasa mula jawatan di pegang? sekarang nampak serius sikit apabila jawatan tak berapa nak dipegang lagi..
- 2rasa/november 08
Siapa cakap gaji aku RM1 juta? – Jojo Ghazali
5 hours ago