Datu' Ibrahim Ali hendak berjuang sorang sorang?

Monday, March 9, 2009

Menegakkan impian ataupun memperjuangkan sesuatu hasrat hati, jika di ushakan bersendirian atau secara sendiri sendiri amatlah merumitkan sekali untuk mencapai kejayaan sebagaimana apa yang dihajati.

Image Hosted by UploadHouse.com

Sebagai mengambil contoh, PAS walaupun mempunyai ramai ahli dewan Parlimen, ia begitu mencabar sekali dalam ertikata perjuangan nya, begitu juga dengan DAP dan PKR pelbagai cabaran nya hamper sekata. Apatah lagi seandainya kalian ini memperlongarkan hubungan nya dengan maha pencipta alam ini.



Namun hal hal begini turut menghantui parti pemerintah sendiri BN, dan BN yang diterajui UMNO yang di pertkuatkan dengan sokongan parti komponen nya semakin goyah kebelakangan ini. UMNO sekali pun, jika tidak meraih sokongan dari rakan rakanya MCA. MIC, PPP, SNAP dan banyak lagi itu nescaya terumbang ambing juga dibuatnya. UMNO yang menjadi tunjang BN, demi mengharapkan sokongan atau menambahkan ahli ahli nya seramai yang boleh, sudah sanggup membelakangi hakiki nama UMNO itu sendiri.

UMNO yang bermaksud, United Malay National Organisation atau Pertubuhan Melayu Kebangsaan Bersekutu, jika dari segi bahasa nya yg bermakna pertubuhan Melayu kebangsan bersekutu, menandakan hanya orang orang Melayu sahaja yg perlu menjadi ahli UMNO. Tetapi mengapa pula sekarang dibenarkan pula orang orang bukan Melayu yg menjadi ahli? Beberapa tahun lepas, UMNO mengambil bumiputera di Malysia Timur sebagai ahli ahli nya, walau pun bukan berbangsa Melayu. Ini motif nya UMNO memerlukan ahli yang ramai untuk memantapkan lagi pertubuhan itu. Kenapa tidak pula ditukar kepada Pertubuhan Bumiputera Kebangsaan Bersekutu?

Pokok nya, tak mahu menegakkan perjuangan masing masing dengan persendirian, mesti dengan sokongan dari regu regu yang lain. Ini tidak pula menjadi pegangan bagi sesetengah yang lain. Apa yang terjadi ini adalah mengaitkan seorang lagi ahli parlimen yang lain, parlimen Pasir Mas memberi peranan nya yang dimainkan oleh Datok Ibrahim Ali.

Baru baru ini seperti lapuran Bernama, officer dari kerajaan Kelantan Datuk Takiyudin Hassan, selaku Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan meminta Datuk Ibrahim Ali supaya menyatakan pendirian sama ada mahu sertai PAS ataupun Umno. Ibrahim Ali berkata, yang beliau lebih rela bersendirian daripada merujuk kembali kepada PAS ataupun BN.


"PAS menceraikan saya dengan talak tiga barubaru ini apabila Mursyidul Amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencabar saya secara terbuka untuk melepaskan jawatan sebagai ahli Parlimen Pasir Mas yang Nik Abdul Aziz dakwa dimenanginya dengan sokongan PAS, dan "Umno pula menidakkan saya sebagai pengerusi jawatankuasa sementara Umno negeri tanpa alasan yang konkrit," katanya.

Kata Ibrahim, adalah sukar bagi beliau menyertai PAS kerana perjuangan parti itu sudah bercanggah dengan prinsip asal sejak bekerjasama dengan Pakatan Rakyat yang didominasi Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Dasar-dasar yang dibawa oleh Pakatan Rakyat tidak secocok dengan pendirian saya keraan beberapa isu agama dan bangsa yang dimainkan mereka.

- ulasan/suntingan mStar