Jika kita sering membaca akhbar di bahagian yang berkaitan dengan mahkamah, selalulah kita terbaca "saya mengaku tidak bersalah", atau “pun si-anu mengaku tidak bersalah’ atau “si-polan mengaku tidak bersalah. Mengapa pemberita tidak menulis “saya tidak mengaku bersalah” atau pin “si-polan tidak mengaku bersalah”. Ayat menjadi lebih kemas dan sedap difaham bila “saya tidak mengaku.. bukan “saya mengaku tidak…
Perenggan tadi hanyalah sebagai mukaddimah, dan inilah dia motif penceritaan nya. Beberapa penama penama ‘terkenal’ mula menghadapi sedikit tauma yang tak ‘optima’. Begitulah yang seorang ini, antara pemuka yang agak ‘kalis peluru’ sudah pandai ‘bersiul siul’ mengatakan “Saya tetap tidak bersalah”. Yang berkata tidak bersalah, adalah diri sendiri. Macam kanak kanak sekolah pulak rasanya, “ei,.. aku tidak bersalahlah”.. mana ada atau adakah ada orang yang mengaku membuang air besar atas tangga?
Tambahnya “terdapat agenda untuk menghalangnya daripada bertanding jawatan ketua Pemuda Umno hujung bulan ini”,”Saya tahu terdapat agenda tersebut, tetapi saya tidak tahu siapa yang bertanggung jawab dan mengapa mereka berbuat demikian.
Dia tahu ada orang merancang, tapi tidak tahu siapa yang merancang Beliau tidak tahu siapa merancang, tapi tahu ada perancang, bila didapati bersalah,.. ha ini ada perancang. Nak tahu perancang tanyalah lembaga disiplin, tapi kalau tak bersalah, tak adalah perancang agenda tu..
Pelik juga sesebuah organisasi ini, demi menjaga pengaruh dari kepudaran, cepat cepat suruh si-pesalah ini membuat rayuan segera, agar boleh dipertimbangkan. Pesalah pesalah tidaklah gerun mana kalau macam ini, lain kali tak kesah mana, kita boleh buat rayuan. Orang yang digantung seumur hidup pun sanggup diterima semula, inikan pula pekara pekara macam ini. Kita tangkap orang kita.. semoga dia bertobat semula. Bertobat jangan jadi ‚bertaubuat“.
Al-kesah juga bekas pak menteri kita di negeri Hang Tuah, beliau didapati bersalah dan tidak boleh bertanding. Rakan rakan yang bakal bertanding cepat cepat meinta beliau buat rayuan, antara tokoh yang mengharapkan itu termasuklah, Tuk Najib, Isa Samad, Mohd Khir Toyo, dan Muhammad Muhd Taib serta Datuk Seri Shafie Apdal yang mengharapkan Ali Rustam teruskan perjuangan dan kesetiaan nya.
Mereka yang didapati bersalah ini, sememang nya ada ramai penyokong penyokong tersendiri, apabila ‚boss’ bersalah kalian ini sebuklah berhimpun menunjukkan sokongan. Inilah pengaruh pengaruh individu yang meresahkan ‚organisasi’ itu. Menidakkan ketegasan beginilah yang membuatkan mereka ini di anggap ‚kalis’ peluru.
Maka terjadilah umpama nya 900 ratus aduan yang dibuat, yang lekat hanya beberapa puloh sahaja, yang lain kurang bukti dan yang bersalah kita beri buat rayuan, dimana hukuman nya? Nanti bila didapati bersalah, ‚pening’ pulak organisasi itu, punya ramai ahli ahli salah laku. Hidup melayu.. yang bukan melayu?
My Blog List
-
-
-
-
SUKA MUHONG1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
About Me
- Unknown
Label
Rayuan ku, kata bapak menteri Malaysia
Tuesday, March 17, 2009Posted by Unknown at 11:59:00 PM