Umno sekat media, Pas beri laluan...

Thursday, March 26, 2009




Semakin hari semakin panas, terus membara walaupun antara ketika itu digenangi banjir tak menentu. Di kebelakangan ini berputik dari peristiwa pertukaran kuasa di negeri Perak dan membawa ke perhimpunan agong Umno yang berkemuncak nya hari ini. Maka terpalitlah satu aura yang menggetarkan sanubari tampuk parti pemerintahan kita, UMNO.


Selama ini tahun bergerak ketahun, "kita menjaga rakyat, kita menerima teguran, dan kita bela nasib Melayu" 1001 ungkapan untuk mencantikkan hasrat. Kebebasan media dinegeri kita usah di pertikai. Kebebasan sebagaimana? disini kita perlu memahami. Garis panduan sudah ada, tepuklah apa apa yang patut, untuk membangkitkan selera.

Penggantungan permit Harakah dan Suara Keadilan di buat hampir serentak dengan pengistiharan calun di PRK 3 kawasan. Tanpa kata tanpa ulasan sebelum nya, lantas di ambil tindakan sertamerta. Apabila ditanya kemudian barulah bersuara, "kedua akhbar ini selalu menyiarkan berita fitnah dan memutar belitkan berita berita dari kerajaan. Nasib baik juga kalian tidak berkata "kedua akhbar ini Harakah dan Suara Keadilan, tidak melapurkan keputusan nombor ekor atau toto, jadi kita ambil tindakan"..

"Apabila sesuatu fakta itu diputar belitkan, maka kita perlu berbuat sesuatu bagi memastikan ia tidak berlanjutan. Lagipun mereka tetap tidak serik menyiarkan berita berbaur fitnah meskipun amaran pernah diberikan sebelum ini," kata Datuk Seri Syed Hamid Albar. Malaysia ada undang undang, kalau dah akhbar akhbar ini membuat fitnah, kenapa tidak diheret ke mahkamah? alasan lain yang diberi oleh kelompok ini "akhbar Harakah & Suara Keadilan ini di jual ditempat tempat terbuka". Adakah penjual perlu tanya, adakah awak ahli Pas? baru boleh beli Harakah. Kalau jual dadah pun, takkan nak tanya, hang ni ahli kelab dadah mana? no.ahli berapa?

Susulan 'gam' kedua akhbar ini, di janakan apabila sudah mula nampak 'saingan' yang
di tunjukkan rakyat dengan tindak tanduk yang di arahkan pihak pihak tertentu untuk menidakkan kebangkitan rakyat mutakhir ini. Fenomena penyerahan memo ke istana negara atau 'peristiwa PPSMI' baru baru ini, juga membawa kepada bibit bibit yang berkesudahan sedemikian. Penyebaran maklumat oleh pembangkang cucup cukup dipantau, tak kira apa sekali pun. Takkan kita lupa hujan sederhana lebat dari pancutan Pasukan Simpanan Persekutuan? tembakan tembakan peluru asap pemedih mata?

Kejadian Ceramah Anwar Ibrahim dan pengistiharan calun PRK di Bukit Gantang baru baru ini disudahi dengan pelbagai tangkapan, semburan dan tembakan, last last ambil tindakan dengan menggantung permit penerbitan Harakah dan Suara Keadilan.

Kepujian juga patut diberikan kepadanya, kerna amat prihatin dengan perkembangan parti pembangkang, sehinggakan 'jaguh pemuda' nya berkata "satu kesilapan apabila membebaskan Anwar" dan sebentar tadi Bapak Perdana Menteri turut berkata dalam ucapan dasar nya "Sekat rakyat cepatkan Umno berkubur" - lapuran Malaysiakini, habis sekarang Umno bertambah cepatlah ke alam itu? kerana sekat rakyat?

Dalam perhimpunan yang sedang berlangsung ini, mereka turut menyekat beberapa media utama termasuk Malaysiakini, dan pertubuhan lain yang gagal mendapatkan pas media dari Umno ialah The Nut Graph, Malaysian Insider, Siasah dan Merdeka Review.
Motif nya adalah kegerunan yang semakin menular dewasa ini, dan terbitlah "kuasa melayu semakin terhakis".. walhal kuasa umno sendiri yang semakin terhakis.

Begitulah sebalik nya, Pas akan membenarkan semua media membuat liputan sepanjang mukmatar agungnya Jun ini walaupun UMNO melarang media milik pembangkang membuat liputan semasa persidangan UMNO yang sedang berlangsung sekarang, kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.Nik Aziz menyifatkan sekatan itu sebagai mengelakkan percambahan pemikiran orang ramai.

Apa yang hendak di katakan, percaturan geng pemerintah dalam perkembangan ini semakin mengucup, ketakutan kepada Allah amatlah berbisa dari laungan laungan gemuruh kalian itu. Sekali berhimpun turun menghimpun jeritan jeritan yang menempelak pihak lawannya.

- artijalanan Tioman/editor