Perjalanan peristiwa ini akan di updetkan berperingkat, sehingga tengahari nanti.
PRK BUKIT SELAMBAU
12:20 TENGAH HARI: Senarai calon mengikut kedudukan dalam kertas undi, R. Loganathan (Kelapa Sawit), Tan Hock Huat (Kunci),Radzi Md Lazim (Kerusi), S. Manikumar (PKR), Mohd Fazil Abdul Wahab (Kepala Harimau), Abdul Rahim Abdul (Jam loceng), L.Sarala (Basikal),S. Ganesan (BN), A. Jayagopal (payung), S. Mogankumar (Nuku), Khamis Awang (Ayam Jantan), Husaini Yaacob (Bas), M.Vaneson, Anuar Abdul Hamid (Telefon) dan T. Chandrarajah (Kapal Terbang).
12 TENGAH HARI: Seramai 15 calon sah bertanding di DUN Bukit Selambau.
SPR terima 9 bantahan untuk semua pencalonan tetapi kesemuanya ditolak.
11:25 PAGI : Pengumuman bagi mengesahkan jumlah calon yang bertnading masih belum dilakukan. Hal ini dipercayai kerana SPR kini sedang menentukan simbol untuk calon-calon Bebas dan kedudukan kertas undi bagi semua calon yang bertanding.
11:10 PAGI : Hanya penyokong-penyokong PKR sahaja yang sentiasa bersorak melaungkan reformasi, sementara penyokong-penyokong BN dan Bebas suasana tenang dan terkawal.
Pihak polis dan pasukan FRU yang terdiri daripada 800 anggota sentiasa berkawal untuk memastikan proses penamaan calon berjalan lancar.
11 PAGI : Sesi bantahan baru sahaja tamat dan proses penelitian calon sama ada layak bertanding atau tidak akan diumumkan menjelang tengah hari.
10:25 PAGI : Menurut sumber polis jumlah penyokong PKR adalah 8 ribu manakalan penyokong BN adalah 6 ribu.
10:10 PAGI : Borang-borang calon sedang dipamerkan untuk sesi bantahan selama sejam bermula pada pukul 10.
9:35 PAGI : Calon Bebas ke-14, A. Jayagopal tiba di pusat penamaan calon.
9:25 PAGI : Calon Bebas ke-13, Tan Hock Huat tiba di pusat penamaan calon.
9:15 PAGI : Calon BN, Datuk S. Ganeson tiba dan jumlah itu mencukupkan 12 calon yang dijangka bertanding.
Walaupun suasana di luar kawasan calon begitu riuh rendah dengan sorakan penyokong-penyokong dari parti lawan. Bagaimanapun, keadaan terkawal dengan pemantauan pihak polis.
9:00 PAGI : Rombongan Barisan Nasional (BN) berjulmah kira-kira 6,000 orang tiba. Rombongan itu diketuai oleh Naib Presiden Umno yang baru, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan diiringi oleh Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu, A.Kohilan Pillay dan Naib Ketua Pemuda Datuk Razali Ibrahim.
9:00 PAGI : Proses penyerahan borang pencalonan bermula dan ia berlangsung selama sejam.
8:45 PAGI : Calon Bebas wanita tunggal, L. Sarala tiba di pusat penamaan calon.
8:40 PAGI : Calon PKR, S. Manikumar diringi oleh Azmin, ahli Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong, ahli Parlimen Bukit Mertajam Chong Eng dan ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar.
8:40 PAGI : Calon Bebas, R.Loganathan tiba di pusat penamaan calon.
8:35 PAGI : Calon Bebas, Radzi Md razif tiba di pusat penamaan calon.
8:30 PAGI : Ketibaan calon bebas, Mohd Fazil Abdul Wahab di pusat penamaan calon.
8:25 PAGI : Rombongan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tiba diketuai Naib Presidennya, Azmin Ali. Ketibaan mereka diiringi dengan tarian naga dan paluan gendang.
Turut mengiringi rombongan tersebut ialah Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa,Ketua Penerangan PKR, Tian Chua, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin, ahli Parlimen Kapar S.Manikavasagam dan ahli Parlimen Padang Serai, N.Gobalakrishnan.
Menurut Azmin, rombongan yang hadir pada pagi ini berjumlah sekurang-kurangnya, 20,000 orang.
8:15 PAGI : Calon Bebas, S.Mogankumai tiba di pusat penamaan calon.
8:10 PAGI : Calon Bebas, Abdul Rahim Abu tiba di pusat penamaan calon.
8:05 PAGI : Calon Bebas, M.Vaneson tiba di pusat penamaan calon.
7.50 PAGI : Suasana sekitar pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani 1 masih lengang tanpa kehadiran penyokong calon yang bertandng.
Bagaimanapun kelihatan beberapa kumpulan penyokong telah mula berarak masuk ke kawasan penamaan calon.
Sementara itu juga terdapat sebuah helikopter Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang membuat tinjauan di udara.
7:35 PAGI: Calon Bebas, Anuar Abdul Hamid, tiba di pusat penamaan calon.
7:30 PAGI : Calon Bebas, T. Chandrarajah, tiba di pusat penamaan calon.
7:20 PAGI : Calon Bebas, Husaini Yaacob tiba di pusat penamaan calon.
PRK BUKIT GANTANG
11.25 PAGI : SPR sahkan Nizar Jamaluddin (PAS), Ismail Saffian (BN) dan Kamarul Ramizu (Bebas) calon kerusi Parlimen Bukit Gantang.
11.05 PAGI : Sesi bantahan penamaan calon berakhir, status calon dijangka akan diumum dalam masa setengah jam.
10.50 PAGI : Sekumpulan penyokong di percayai daripada BN membaling botol kearah kereta Pengerusi DAP, Karpal Singh ketika tiba Dewan Majlis Perbandaran Taiping.
10.05 PAGI : Pegawai pengurus pilihan raya umumkan sesi penamaan calon ditutup pada pukul 10 pagi, kini dibuka untuk sesi bantahan.
9.45 PAGI : Polis dan pemimpin Pakatan Rakyat terpaksa menenangkan penyokong-penyokong Pakatan yang bersorak dan berteriak. Kumpulan ini berada berhampiran dengan pondok khas tetamu BN yang berada dalam kawasan dewan penamaan calon, wujud sedikit ketegangan.
9.43 PAGI : Ketua Pemuda Umno yang baru, Khairy Jamaluddin bersalam dengan penyokong PAS disambut dengan sorakan.
9.35 PAGI : Calon bebas, Kamarul Ramizu masuk ke dalam dewan bagi menyerahkan borang penamaan calon.
9.30 PAGI : Jumlah orang ramai yang berhimpun di sekitar pusat penamaan calon hampir 20,000.
9.20 PAGI : Seorang calon bebas, Kamarul Ramizu Idris tiba di kawasan dewan penamaan calon.
9.15 PAGI : Bekas MB Perak Nizar Jamaluddin dan calon BN Ismail Safian sudah serah borang penamaan calon.
9.10 PAGI : Calon BN, Ismail Safian tiba dengan diiringi oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
9.05 PAGI : Datuk Seri Mohamad Nizar masuk menyerahkan borang penamaan calon.
9 PAGI : Proses penamaan calon bermula.
8.45 PAGI : Calon PAS, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin tiba.
8.30 PAGI : Hampir 12,000 orang sudah mula berhimpun melibatkan kedua-dua BN dan Pakatan Rakyat.
Kelihatan lebih ramai penyokong Pakatan.
8 PAGI : Pemimpin kanan BN dan Pakatan mula berhimpun termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dipilih Timbalan Presiden Umno Khamis lalu.
7.50 PAGI : Pasukan FRU dikerah untuk mengelak suasana tegang dan kumpulan penyokong Pakatan Rakyat diarah beralih sejauh 100 meter dari kawasan himpunan BN.
7.40 PAGI : Suasana tegang mulai dirasai dengan penyokong-penyokong mula 'bersemuka' dalam jarak tidak sampai 10 meter.
7.30 PAGI : Ribuan penyokong mula berkumpul di kawasan sekitar Wisma Perbandaran Taiping.
-mStar
My Blog List
-
-
-
-
SUKA MUHONG1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
About Me
- Unknown
Label
retetan penamaan calun PRK
Sunday, March 29, 2009Posted by Unknown at 9:52:00 AM