Pelaksanaan PPSMI sejak tahun 2003, telah mencetuskan kontroversi dan perdebatan, dan kebelakangan ini ia berkisar mengenai rasional sama ada dasar itu patut diteruskan atau sebaliknya.
Mutakhir ini perjangkitan bantahan itu semakin berkembang dan menyeret sama tokoh tokoh bahasa kita. Siapa itu A.Samad Ismail? Siapa itu Datuk Dr. Hassan Ahmad? beliau adalah Pengerusi Jawatankuasa Induk Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP) dan A.Samad Ismail sendiri rela anugerah sasterawan negara nya dilucut akibat bantahan yang bakal disuarakan nanti, kelmarin 7march 2009 terbukti sudah apa yang hendak dilahirkan oleh kalian ini. Hal ini menyerlahkan kehangatan apabila ahli akademik serta sasterawan menyertai ahli politik dalam menyuarakan bantahan mengenai penerusan dasar itu.
Demostrasi besar sudah terlaksana, penyerahan memorandum sudah sampai ke matlamatnya, istana Negara. Walaupun pencemaran khusus diperarakan itu dengan lambaian gas pemedih mata termasuk A.Samad sendiri tertangkap, namun peristiwa ini sudah membuka mata kepada pemimpin pemimpin kita. Malah PM Abdulah Ahmad Badawi sudah mula pandai membuat kenyatan supaya keputusan berhubung isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dikaji dan dibuat segera bagi mengelak menjadi isu yang lebih besar katanya.
Pelaksanaan PPSMI sejak tahun 2003, telah mencetuskan kontroversi dan perdebatan, dan kebelakangan ini ia berkisar mengenai rasional sama ada dasar itu patut diteruskan atau sebaliknya.
Kini menteri pelajaran kita Datuk Hishamudin masih lagi dengan kerekter ‘sinopsisnya’ dan mendabik dada sambil tetap menjulang keris telanjangnya disetiap perhimpunan agong UMNO. Beliau berkata “Kajian tentang keberkesanan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) tidak akan dipercepatkan, sebaliknya akan mengikut jadual telah ditetapkan” sedangkan PM sendiri berharap ianya dikaji segera.
Menteri pelajaran ini masih tidak memahami, apakah simbolik atau motif sebenar rakyat mengadakan perhimpunan dan mengadap yang di pertuan Agong untuk mnyerahkan memorandum semalam. Perli dan kiasan sedemikian itu masih lagi tidak dimengertikan dan jauh untuk memahami nya. Kiasan supaya beliau melepaskan tampuk atau turun dari takhta Kementerian Pelajaran. Sepertimana lapuran Malaysiakini semalam, Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menolak andaian bahawa demonstrasi membantah pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) semalam, didalangi individu dalam Umno sendiri bertujuan
menjatuhkan beliau pada pemilihan agung Umno hujung bulan ini.
Beliau menyatakan dalam bantahan ke istana negara itu, hanya para pembangkang sahaja yang ada, hanya mereka ini sahajalah yang berbuat begitu. Maksudnya hanya pembangkang saja ingin beliau melepaskan jawatan sebagi menteri pelajaran, bukan mejoriti rakyat negara ini.
Beliau berkata di sebalik keriuhan yang dibangkitkan sesetengah pihak, masih ada golongan yang menyokong dasar berkenaan dan untuk itu kementerian berharap dapat membuat keputusan terbaik bersandarkan keadaan sebenar yang berlaku di peringkat akar umbi, tambah nya kepada wartawan.
- suntingan by matjejakrasul
My Blog List
-
-
-
-
SUKA MUHONG1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
About Me
- Unknown
Label
Menteri tak faham kiasan dan peribahasa
Monday, March 9, 2009Posted by Unknown at 9:57:00 AM