Anwar Ibrahim firaun kata PKR Jerai

Monday, March 30, 2009




Pening juga memikirkan, bila bercakap dalam sesuatu topik dan difokuskan pada satu isu, fakta pun berubah rubah. Begitulah dunianya yang ramai sudah mengetahui, rasa nya tak perlulah untuk dipanjang panjangkan. Nanti dengan kita sendiri terbelit belit dengan wadah nya.


Kekecewaan kerana gagal terpilih, sudah mampu membuat sesaorang itu menongkah arus dan menghentam balik orang yang disanjung selama ini. Walau pun sekian lama sanggup berdepan pelbagai ringtangan malah berpuluh kali ditahan Polis untuk mempertahankan apa yang perjuangkan. Tetapi dengan tidak dipilih atau diberi keutamaan untuk menjadi calun pilihanraya, semangat terus hilang dan tidak secara langsung menarik diri atau keluar dari pertubuhan yang di sanjung sebelum nya. Ini hanyalah kesan sampingan saja atau satu isu kecil, kata Ketua Bahagian Parti Keadilan Rakyat (PKR) Jerai, B.Kalaivanar, yang bertindak keluar dari Pari Keadilan siang tadi.

Yang menjadi pening nya sebagaimana dengan apa yang disebut tadi, jumlah regu yang turut meninggalkan perjuangan seperti yang didakwa, berubah rubah. Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Jerai, B Kalaivanar hari ini mengumumkan beliau keluar parti itu bersama-sama 400 ahli yang lain.

Sepertimana lapuran dari mStar, B Kalaivanar berkata "Saya telah membubarkan Bahagian PKR Jerai yang mempunyai 100 ahli dan juga Jawatankuasa Pembangunan Masyarakat India Kedah yang mana saya adalah pengerusinya.

"Jawatankuasa itu mempunyai 357 ahli yang turut meninggalkan parti," katanya pada sidang media di sini, hari ini. Angka pun asyik tepat saja, misalnya umum keluar parti seramai 400 orang, bahagian PKR Jerai pula punya ahli seramai 100 orang.
Jawatankuasa itu pula punya ahli seramai 357 orang. Keluar parti keseluruhan 400 orang, bagaimana pula nak balance dengan 100 ahli bahagian Jerai dan jawatan kuasa pula ada 357 ahli. Saya memang kurang mahir bab metamatik ini, berkecamuk pula memikirkan nya. Berbelit belit pula, itu yang susah tu.

Beliau juga menyifatkan Anwar Ibrahim sebagai firaun dan diktator, kerna tidak memperdulikan nasib ahli ahli yang lain yang berjuang untuk parti.Apabila ditanya "apakah kerana tidak terpilih sebagai calun Bukit Selambau" menyebabkan beliau keluar parti? Kalaivanar berkata "itu hanya sampingan saja".

Ramai juga orang orang memahami akan ciri ciri yang mencetuskan pergolakkan ini. Selamat mengundi!

- anaksedara/sunting mStar