..dan berakhirnya teori RAHMAN

Friday, April 3, 2009





RAHMAN.. begitulah singkatan sebuah teori yang sering diperkatakan oleh penggemar penggemar arus politik kita. Sama ada secara mitos atau hayalan teori ini seolah olah menjadi 'rujukan' kepada setengah setengah penggiat politik tanah air ini. Namun kita janganlah menjadikanya sebagai satu 'fokus' untuk diambilkan pengertian sebenar, silap silap pencaturan boleh membawa kepada syirik mutlak.


Pelbagai andaian dari mereka, darimana sumber ini bermula ataupun asal usul wujudnya teori RAHMAN ini. Bagaimanapun, sehingga kini, masih tidak jelas sejak bila teori ini mula-mula dikemukakan dan siapakah yang memperkenalkannya sehingga berjaya menangkap khayalan peminat tegar politik tempatan kita. Se ingat ingat saya teori ini sudah sekian lama dinobatkan, rasanya di era 80'an sudah terdengar ianya disebut sebut, sehinggalah berakhirnya makna 'N' dalam teori itu pada hari ini, 3 april 2009.

Saya juga pernah terbaca lapuran sebuah akhbar,yang mengatakan siapa dan bila teori RAHMAN ini mula ada dinegara kita, adalah tidak jelas dan beberapa orang tokoh penulisan telah diwawancarakan, tetapi jawaban nya tidak begitu kemas. Perbezaan jawaban masing masing itulah yg membuatkan ianya tidak jelas kewujudan asalusul sebenanya.

MSO pengarang akhbar Siasah atau Mohd Sayuti omar berkata "teori ini dibuat oleh penulis politik Ikhwan Nasir dalam tabloid Mingguan Tanah Air pada pertengahan dekad lalu. Secara peribadinya MSO mengenali Ikhwan Nasir juga merupakan setiausha politik Musa Hitam dan bekas ahli Parlimen Pontian. Sebagaimana yg kita ketahui MSO memanglah seorang penulis politik dinegara kita dan pandanganya bersadur dari pengalaman pengalaman yang agak menyeluruh di arena poliyik semasa, dan dari satu sumber yang lain pula, Penulis kolum veteran Subky Latiff pula berkata, teori itu mula-mula dikemukakan oleh ahli parlimen Kepala Batas sebelum Abdullah, Saupi Ibrahim."Seingat saya, Saupi yang mula-mula tulis. Lebih kurang 20 tahun dulu," katanya kepada wartawan Malaysiakini. Saupi Ibrahim juga bekas duta yg banyak menulis selepas pesaran nya dalam akhbarharian dengan gaya yg baik.

Sementara itu penulis buku buku politik terkenal Syed Hussein Alattas mendakwa teori ini muncul pada awal 1990-an, dan tidak tahu siapa penganilis sebenar teori itu. Menurutnya, teori itu rancak diperkatakan pada 1990-an apabila Anwar, sebagai timbalan perdana menteri, dijangka menggantikan Dr Mahathir,tetapi akhirnya A itu untuk Abdullah," katanya. Walau bagaimana pun mereka beranggap teori hanya sebagai kebetulan dan tidak perlu mempercayainya bulat bulat.

Ada juga orang mempertikaikan perkataan RAHMAN itu, yang urutan nya 'R' yg bererti Rahman atau Tengku Ab.Rahman dan urutan ini juga di persetujui juga oleh Subky Latif pengarang Harakah. Kalau "R" itu rahman atau Tengku Ab.Rahman mengapa pula "A" dikatakan 'Abdul Razak'? sedangkan Tengku Ab.Rahman ditiadakan "Abdul" nya. Abdul Rahman dan Abdul Razak. Kedua dua mereka itu bermula dengan 'Abdul' yang bererti hamba. Begitu juga ururtan akhir sekali "N" sebagai Najib, sedangkan nama sebenar nya "Mohd Najib".

Apabila berakhirnya urutan terakhir RAHMAN, N=Najib maka berakhirlah teori itu yg kesemua urutan huruf nya telah dipenuhi, dan selamatlah Najib mewarnai perdana menteri Malaysia hari ini. Bagaimana pula selepas ini? teori apa pula yg bakal digunapakai,..dan apakah habis nya teori ini maka berakhir juga PM dari dinasti yg sama? dan bermula 'hidup' baru..

Ramai juga masyarakat kita yang takkan lupa detik kenangan atau sejarah bagi peneraju penaraju dinasti 'RAHMAN' ini. 1002 macam rekod terpahat dalam ingatan kita. Sujud pada yang satu.

- mamatsendiri/suntinganm/kini