SPR semakin meracau

Saturday, April 18, 2009



Kegelisahan semakin dirasa, kebangkitan rakyat mutakhir ini, di beberapa tempat pengundian PRK terus menghantui pihak Suruhajaya Pilihan Raya itu sendiri, ‘am nya. Sejak pilihan raya umum ke-12 Mac 2008, negara telah menyaksikan lima pilihan raya kecil iaitu Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai dan yang bakal dilalui PRK Penanti.



Yang ternyata sekarang ini dimana gelombang kebangkitan itu semakin menyerlah. Kelima lima PRK yang baru lalu itu, kita semua menyaksikan kehadhiran puluhan ribu penyokong bagi parti parti yang bertanding. Keghairahan ini berlaku gara gara pelbagai isu yang semakin ‘terketik bak cacing kepanasan’, rakyat mana yang tidak tahu bab pembunuhan Altantuya? penduduk mana yang tidak mahu mendengar kesah ‘fenomena’ isu lewat si-Saiful? penggiat politik mana yang mengenepikan pasal ‘lompatan’ tokoh tokoh ini? Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Osman Zailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) Manakala Adun Bota, Datuk Nasaruddin Hashim - yang menyertai PKR selama 10 hari, kembali semula ke pangkuan Umno. Siapa yang tidak kenal Ezam Mohd Nor?

Banyak isu isu yang menarik kebelakangan ini yang mana membuat ramai rakyat ‘bergelora’, umpama nya kes kerajan negeri Perak, kes perhimpunan UMNO, bagaimana dengan Khairy? Bagaimana dengan Rahim Tamby Chik? Apa kesah pula MB Selangor dengan kes lembu nya dan penceritaan Elizbeth Wong, dan tidak dinafikan pula Sultan Selangor dan Sultan Perak sudah banyak menyentuh perihal politik.

Bibit bibit ini membuat sebahagian dari rakyat ‘terasa’ dengan perlakuan politik tanah air. Bermula dengan PRK Permatang Pauh kehadhiran para penyokong parti masing masing, sudah mengatasi kebanjiran para penyokong dalam PRK sebelum ini. Berganjak pula ke PRK Kuala Terenganu, kedatangan ‘tetamu’ dari merata pelusuk tanah air kita, semakin mendebarkan sesetengah pihak. Maka munculah berpuluh ribu angggota keselamatan di Bandar Kuala Terengganu bersama khemah khemah raksasa nya dan pondok pondok polis mudah alihnya yg banyak disekitar Bandar itu. Sebelum ini saya sendiri belum pernah menyaksikan pasukan kereta perisai dan beberapa buah helicopter polis yg berlegar legar di sepanjang hari mengundi itu. Apa yang dicari?

Suasana ini beralih pula di PRK Bukit Selambau dan Bukit Gantang, berpuluh ribu kebanjiran pengunjung terus menyemarakan keadaan itu. SPR yang seolah olah ‘kuda kepang’ kepada joki nya mula terasa bahang yang menyesakan nafas sendiri. Selama ini hari yang dipilih untuk membuang undi atau pun penamaan calun pada kebiasaan nya di adakan pada cuti persekolahan atau pun pada hari kelepasan sabtu. Tetapi pada PRK Bukit Selambau , Bukit Gantang mahu pun Batang Ai hari pengundian sudah melangkah dari kebiasaan nya. Hari selasa yang menjadi galang ganti.

Hari selasa yg dipilih, kita semua sudah dapat menjangkakan apakah motif nya yang sebenar. Ketidakgembiraan badan ini sudah dinobatkan ketika PRK didua bukit itu lagi, sebab itulah hari selasa yg dipilih untuk hari pengundian, yg nyata ianya untuk mengelakkan kedatangan lebih ramai lagi para penyokong. Kalau dibuat hari sabtu atau hari ahad kita sudah mengagak ia nya bagaimana. Sekilas lembu sekandang, kita sudah tahu yg mana jantan dan yg mana yang tak berapa jantan nya. Pada siang tadi 17 april SPR mula bersuara dimana Pengerusi SPR Tan Sri AbAziz Yusof mengesahkan yang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang memikirkan kaedah untuk mengehadkan bilangan kehadiran penyokong ketika hari penamaan calon, semasa pengundian dan lokasi pengumuman keputusan rasmi.

Kata beliau, perbincangan juga akan diadakan dengan parti-parti politik bagi mendapatkan pandangan dan kerjasama apabila pendekatan itu dikuatkuasakan kelak. "Pendekatan baru ini bertujuan mengehadkan kehadiran penyokong parti-parti politik yang bertanding," katanya lagi.

Yang nyata PRK di kerusi Penanti itu nanti, mereka ini akan merealisasikan plan yang dinyakatan itu. Allah telah menyatakan bahawa manusia boleh merancang, dan Allah jua merancang, namun sebaik-baik perancang adalah Allah SWT kerana Dia lebih tahu segala-galanya yang terbaik untuk hambaNya kerana Allah itu Maha Mengetahui.

- editor