Saranan Parti Gerakan kepada regu nya BN

Monday, April 20, 2009



Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Datuk Dr. Teng Hock Nan berkata PKR sengaja menciptakan atau membuatkan sesuatu supaya wakil rakyatnya meletak jawatan sebagai adun, supaya kerajaan mengadakan semula piliharaya kecil.


Pada pendapat nya yang PKR ini hanya mencari popularity dikalangan rakyat dan motif maksud beliau berkata begitu seolah olah PKR akan menang mudah apabila bertanding, dan menganggap terjadinya PRK itu kerana telah dirancang oleh PKR sendiri, yang mengarahkah adun Penanti Fairus Khairuddin dan adun Bukit Selambau meletak jawatan.

Inilah pemikiran tokoh Gerakan, selaku rakan kongsi BN itu sendiri. Pembekuan jiwa nya sudah ketahap kritikel, depa fakir PRK ini satu kerja suka suka, main main untuk bertanding. Apa mungkin PR rakyat merasakan begitu? apakah PR gembira untuk memperjudikan sesuatu kerusi adun atau kerusi dewan parlimen?

Untuk satu kerusi itu bukanlah murah harga nya. Walaubagaimana pun kita tidajlah terkejut mana dengan rasahati nya ini, kerana kita sudah tahu, begitulah sikap regu regu BN dalam menegakkan arus politik jahat nya.

Kenapa beliau tidak fakir, yang ahli ahli dewan dari PR tak henti henti ditekan dan hentak oleh wakil pemerintah. Tak habis dengan itu diarahkan Badan rasuah untuk menyiasat bekas adun Penanti, Fairus Khairudin. Di ancam dan diugut pula V. Arumugam dan keluarga bekas adun Bukit Selambau. Untuk mengekalkan sifat ‘terpuji’ nya di arahkan sesaorang untuk merakam gambar gambar Elizbeth Wong yang sedang tidur. Kenapa tidak di snap pulagambar Elizbeth yang sedang tak tidur? atau dalam keadaan sedar? dan menuduh Datu’Nizar itu sebagai pengkianat melayu dan kaki sembah derhaka kepada istana.

Itu belum di ambilkira lagi perihal rayuan dan sogokkan kepada ahli2 PR supaya menyeberang kepada mereka. Beginilah sikap mereka, apabila tekanan berterusan siapa yg dapat bertahan? Bila mereka terpaksa melepaskan jawatan, mulalah berkata hal ini adalah planning dari pembangkang, pekara ini telah dirancang oleh pakatan rakyat, dan rakyat perlu menilai drama yg dimainkan oleh pembangkan ini.

Satu lagi perbuatan jengkel yang memalukan disuarakan pula oleh Naib Presiden Gerakan, Huan Cheng Guan dan berkata, jangan beri kemenangan mudah kepada PR, kalau BN tak bertanding pun BN berilah pada ahli nya untuk bertanding atas tiket Bebas. Saya nak katakan bodoh pun, agak terlalu kasar sangat bahasa nya. Beginilah biarlah saya sebutkan tak cerdiklah dengan pendapat ini. Habis kalau sudah BN sendiri mengarahkan ahli nya bertanding dengan menggunakan tiket Bebas, ini bermakna BN sendiri yang bertanding, mengapa pula di gunakan tiket Bebas? Sedangkan yg bertanding itu ahli BN dan yang pasti semua jentera akan di support. Tapi dikatakan calun Bebas. Kalau beginilah hakikat nya, tak ada bezalah dengan Samy Vellu dan rakan rakan ‘sekuliahnya’dengan nya.

Beliau berkata “Kalau BN tidak mahu bertanding, BN mungkin patut memberikan peluang kepada mana-mana ahlinya bertanding atas tiket Bebas” katanya ketika dihubungi mStar Online, hari siang tadi.

- mat sikubbunga