Pada 18 april lalu keheningan Bandar Kuantan sedikit berubah, setelah ketibaan anak jati Pahang yang pulang ke tanah tumpah darah nya bersama satu pengiktirafan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 6. Dibandar Kuantan dan Pekan terlihat banyak banner yang dipasang untuk menggambarkan ‘keriangan’ rakyat negeri ini menerima Dato’Najib sebagai negarawan yang baru saja dinobatkan beberapa minggu lalu.
Disebelah pagi nya ramai rakyat sedang menanti ketibaan PM baru itu di padang MPK 1 yang terletak ditengah bandar juga berhampiran dengan masjid negeri. Kemeriahan disebelah pagi berlalu dan beralih pula dengan sambutan orang ramai dalam jamuan petang bersama seorang lagi tokoh politik tanah air Dato’Sri Anwar Ibrahim di Beserah Kuantan.
Di dalam keriuhan jamuan di petang itu, DSAI berkata ‘kini seorang lagi lahirnya seorang tokoh kita’ beliau menceritakan yang tokoh pelapis ini sudah mula digeruni lawan. Beliau menghormati dan nampak ciri ciri yang dimiliki oleh tokoh muda ini bakal menimbulkan banyak masaalah bagi pihak lawan nya nanti, Barisan Nasional. Anwar menambahkan lagi, ‘saya akan ceritakan dalam ceramah saya malam nanti’. Itulah dia Dato’Sri Nizar Jamaludin, yang juga bakal di nobatkan dalam pemilihan PAS nanti.
Dato’Sri Mohd Nizar Jamaludin sedari awal menjinakkan diri dalam politik, sudah ternampak ketokohanya yang mula disegani pihak lawan. Pernah menjawat sebagai MB Perak dan setelah ‘dipecat’ beliau masuk bertanding dalam PRK Bkt.Gantang terus menjadi pilihan rakyat dengan kemenangan nya. Beliau yang di warkan sebagai pembawa ‘sembah derhaka’ oleh sesuatu pihak terhadap sultan, sudah tidak ‘tembus’ dengan tomohan itu. Sehinggakan pihak lawan nya memecat se orang Imam di Masjid Simpang, kerana membenarkan Dato’Nizar menjadi imam sembahyang jumaat. Kepetahan Dato’Nizar bercakap dalam bahasa China dan Tamil sudah cukup membuat ramai orang menjadi “sejuk”.
Sememangnya ramai yang mengetahui DSAI merupakan salah seorang tokoh politik, tak kiralah sama ada dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa. Tokoh ini juga yang mengatakan muncul lagi se orang tokoh, ia itu Dato’Nizar. Beliau secara kecil nya dapat membaca perwatakan Dato’Nizar dan kita tahu semua nya adalah ketentuan Illahi.
Kata Anwar ‘dalam ceramahnya malam ini, akan bercerita lebih lanjut termasuk dengan kiasan ‘sembah derhaka Hang Jebat’ dalam sejarah melayu. Kemeriahan ramai penyokong PR di petang itu semakin di rasa apabila Dato’Sri Anwar sendiri akan mengadakan kuliah maghrib di masjid Balok, Kuantan sebelum majlis ceramah nya
malam nanti. - calong tujoh/09
My Blog List
-
-
-
-
SUKA MUHONG1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
About Me
- Unknown
Label
lahir lagi seorang tokoh kata Anwar Ibrahim
Friday, April 24, 2009Posted by Unknown at 10:59:00 AM