taktik lapuk memuakkan ramai rakyat

Tuesday, April 7, 2009


Media elektronik , akhbar arus perdana dan semua kepimpinan Barisan Nasional'menelan ludah sendiri' selepas waktu isyak tadi. Saya turut simpati dengan nasib yang di alami itu. Walaubagaimana pun saya amat sukar untuk membantu mengatasi kejadian itu, dek keceluparan mulut masing masing gara gara PRK di tiga kawasan yg termaktub itu.


Saya taknak ulas pasal siaran siaran TV dinagara ini ketika demam piliharaya kecil baru baru ini, kerana sesiapa yang menoton sudah tahu apa jawapan nya. Itulah keinginan penguasa penguasa yang terbabit. Kita jangan fikir yang kita ini boleh melakukan apa yang kita inginkan, Kita ini siapa?

Jika dibelek belek lambaran akhbar harian kita sama ada Berita Harian, Utusan Malaysia, Kosmo, Metro, Sinar Harian dan rakan rakan sejenis dengan nya, rasa nya sudah tidak sesuai lagi untuk dipanggil akhbar arus perdana, gunalah akhbar arus lain adalah lebih elok. Arus sungai ke atau pun menongkah arus pun, itu sudah dikira layak dengan apa yg disiarkan saban hari, terutama nya dimusim musim pilihanraya. Itu pun belum dikira lagi dengan helai helaian belakagnnya, lengkap dengan result TOTO, Nombor 4 digits sehingga lengkap dengan langganan sms lagi. Muka depan tersiar jadual waktu sembahyang tapi dimuka belakang menyiarkan keputusan nombor ekor, apa cerita?

Lapuran lapuran akhbar tersebut, kita sudah muak dengan taktik taktik lapuk yang dijanakan pihak pemerintah untuk menagih simpati rakyat untuk memilih calun tajaan nya diarena PRK baru baru ini. Taktik lapuk dan mual umpama nya, ketua ketua bahagian PAS atau PKR menyerah borang masuk ke parti BN beratus ratus orang ramai nya bersama ahli ahli yg lain. Perkataan 'akar umbi'sudah sinonim dengan puak puak ini. Apabila 2,3 hari lagi nak pilihan raya, bab lompat parti ini cukup memberangsangkan. Ahli2 PAS memukul ahli2 umno, pembangkang kehabisan idea, Anwar rasuah, Anwar melewat inilah point basi mainan kalian.

Mengapa tidak diungkit, projek magge atau mee segera? time pilihanraya kecil, time itulah nak turap jalanraya, time itulah nak korek longkang dan time itulah nak bahagi bahagi duit 400 dan basikal. Ketika pilihanraya sebuk nak baiki jalanraya, habis pilihanraya beberapa orang jadi kayaraya.

Lagi taktik taktik lapuk yang di renewkan, semasa pilihanraya kecil Kuala Terengganu yg baru lalu, sebuk dicanangkan "ha.. kita akan memberikan semula wang royalti kerajaan negeri Terengganu" tetapi hingga keberita ini ditulis, dimana wang royalti itu? tak kunjung tiba. Ramai rakyat sudak muak dengan cara gimik pilihanraya kecil sebegini, hanya tingal segelintir lagi rakyat yang menidakkan nya.

Kepulangan bekas PM, Tun Mahathir kepangkuan majikan nya UMNO, secara tiba tiba dalam era musim PRK ini dengan lantas terus berkempen di Bukit Gantang taktik gerakgempur itu turut dimainkan oleh ayam sabung Umno Ezam Mohd Nor. Kita bukan untuk merendah rendahkan usha usha beliau itu, tetapi usul yg diketengahkan itulah yg cukup meloyakan ramai rakyat kita. Ezam terus berkokok di Permatang Pauh, Kuala Terengganu dan kini di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Berkokok berderai derai, tapi ekor nya bergelumang .. isu Anwar terus dijaja nya tapi isu rasuh yg dilaung laungkan selama ini, hilang begitu saja.

Taktik terbaru musim pilihanraya kecil Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang ai, sehari dua sebelum penamaan calun di langsungkan, akhbar dwi mungguan Harakah dan Suara Keadilan dibekukan permit penerbitan nya tetapi 2,3 hari juga pilihanraya kecil akan berlangsung secara spontan permit yg dibekukan itu di tarik balik. Bukit Selambau kedua dua calun utamanya dan juga ramai calun bebas adalah dari kaum India, secara tiba tiba pemimpin HINDRAF yg dari kaum India itu dibebaskan dari tahanan ISA. Turut dibebaskan juga dari ISA beberpa orang tahanan yang lain. Kenapa dibebas ketika musim pilihanraya kecil? kenapa tak pilih tarikh dimusim2 bukan pilihanraya?
Ha.. selepas itu mula berkata "kita bebaskan ini bukan kerana pilihanraya" taktik ini anak saya yg sekolah menengah pun tahu nak menjawab nya.




Sebenarnya banyak lagi caragaya yang dilakunkan sempena piliharaya ini oleh mereka yg berkaitan, malaslah nak sentuh tarian separuh bogel semasa berkempen oleh regu regu ini, malah Tuan Nazri Aziz sendiri turut menghadiri majlis ini. Oleh kerana kesyukuran kehadrat Illahi pada malam ini masih lagi memainkan peranan nya, saya hadkan dulu celoteh hari ini.

- matjejakrasul