Pada 10 julai lalu, telah berlangsungnya ‘Wacana Perdana’ bertajuk “Bolehkah Melayu Bersatu” bertempat di Balai Islam Lundang Kota Bharu.
Disingkatkan cerita, apabila tiba giliran Ustaz Afandi Yusof juga merupakan ‘jaguh’ Umno menyampaikan hujah nya, beliau turut menyentuh bab masjid masjid dibina terlalu banyak dalam jangka masa lapan tahun iaitu 611 buah telah dibina dan DAP menyentuhnya didalam dewan rakyat mengapa ianya dibina terlalu banyak dan memakan belanja yg banyak, Ustaz Afandi berkata, mengapa apabila DAP komen yg kerajaan buat banyak masjid tetapi hanya diam saja, seolah olah takutkan pada DAP.
Kemudian beliau menyentuh bab bughah, tambah nya bughah ini ialah golongan yg menentang pemerintah atau menentang ulil amri dan dalam Al Quran katanya “paqa tilullati tabghi hatta tafi ha ila…”
Tiba tiba disampuk oleh Dr.Asri Zainal Abidin bekas mufti Perlis, yang menyanggah tafsiran Ustaz itu dengan berkata “sebenar nya ayat itu bukan bermaksud demikian, dan disebut lagi oleh Ust.Afandi beliau bercakap dalam hukum bughah. Dr Asri terus berkata maksud bughah yg dikatakan itu adalah dalam masaalah lain, bukan sebagaimana yg Ust.Afandi fahami.
Dewan bergegar dengan sorakan dan boo dari para hadirin, Ust.Afandi agak ‘tergamam’ dan beliau berkata “ini adalah masaalah pendapat” dan pengerusi Dr.Agus terus mententeramkan suasana dewat yang gamat dengan sorakan.
Boleh juga diikuti suntingan rakaman itu.
Murid buktikan pada guru lembu makan martabak
14 hours ago