Lulu Marlya Ab.Rahim 23
Saudara pengarang.
Saya berasa kecewa dengan tesis yang dikeluarkan Cik Lulu Maryla mahasiswa dalam Sarjana Sosiologi di Freie Universitat Berlin di Jerman dan bakal menyambung lagi pada Oktober ini. Sebelum ini beliau ada membuat 'artikel'- siswazah wanita Melayu pilih pasangan asing.
Memang secara keseluruhan ada kebenaran mengenai pendidikan, ego tinggi dan cara membuat keputusan tanpa menghormati perasaan wanita yang disebut dalam tulisan beliau.
Tetapi saya berpendapat ada juga sebilangan wanita yang berpendidikan tinggi secara amnya juga mempunyai ego tinggi, lebih fokus terhadap kerjaya dan ada kalanya menganggap lelaki yang kurang berpendidikan sebagai tidak secocok ataupun kurang mampu untuk membiaya gaya hidup mereka yang serba serbi mahukan barangan berjenama.
Sebagai seorang jururawat lelaki, saya sentiasa berinteraksi dengan wanita pelbagai kaum, bangsa dan agama. Apa yang menarik perhatian saya adalah wanita Melayu kita yang lebih terdedah kepada gaya hidup bebas, terlalu memilih dan kerap kali memandang rendah terhadap lelaki kaum mereka sendiri.
Orang Melayu sekarang harus lebih bersikap terbuka dan merendah diri. Label andartu harus dikikis supaya wanita Melayu tidak tertekan setiap kali berhadapan dengan masyarakat apabila soal jodoh diketengahkan.
Cik Lulu Marlya turut menyatakan "'Biasanya, mereka mendapati lelaki bukan Melayu ini lebih bersikap terbuka daripada lelaki Melayu. Hubungan mereka lebih setara. Perbincangan lebih mudah dan keputusan dapat dibuat bersama dan tidak hanya si suami yang menetapkannya," jelasnya lagi.
Saya pasti ada banyak juga lelaki Melayu yang bersikap kerja keras, bertolak ansur, memiliki pegangan agama yang kuat, cerdik dan pembimbing baik bagi keluarga, juga mempunyai masalah jodoh seperti siswazah wanita Melayu.
Akhir sekali, harus diingati jodoh adalah dibawah kuasa Tuhan, akan tetapi kita harus sentiasa berusaha mencari yang terbaik bagi diri kita sendiri. Tiada manusia yang mahu melalui hidup bersendirian.
Firdauz Zulkefli/bhs
Murid buktikan pada guru lembu makan martabak
14 hours ago