Allahyarham Ayatollah Sayyed Mohammed Hussein Fadlallah
Salah seorang ulama terkenal Syiah Lebnon, yang juga merupakan tokoh terpenting dalam pembentukan kumpulan organisasi Hisbullah, telah meninggal pada usia 74 tahun,..
demikian menurut sumber-sumber rumah sakit di Leibnon. Fadlallah sering mengkritik kebijakan Amerika Syarikat di Timur Tengah
Ayatollah Sayyed Mohammed Hussein Fadlallah dipandang sebagai salah seorang pemimpin utama setelah kumpulan tersebut ditubuhkan pada tahun 1982.
Di Amerika Syarikat, dia disebut sebagai teroris, namun beliau memiliki ramai pengikut di kalangan kumpulan Syiah, dan menyokong Revolusi Islam di Iran pada tahun 1979.
Tetapi menurut beberapa laporan, di kalangan kumpulan Syiah, dia dikenal sebagai ulama yang memiliki pandangan moderat, terutama mengenai kedudukan kaum wanita dalam masyarakat Islam,
Ayatollah sudah jatuh sakit selama beberapa minggu, dan terlalu lemah untuk memberikan khutbah sembahyang Jumat di masjid.
Dia dikejarkan ke hospital hari Jumaat, setelah dilaporkan menderita pendarahan.
Ketika berita kematiannya diketahui, setesen television Hisbullah, Al-Manar segera menghentikan program lain untuk menampilkan gambarnya disertai pembacaan ayat-ayat suci Al-Quran.
Beliau adalah pengecam keras tindak tanduk Amerika.
Sumber di rumah sakit Behman Beirut memberitahu pejabat berita mengenai kematian Fadlallah, sebelum seorang juru bicara ulama tersebut muncul dari dalam rumah sakit bagi mengukuhkan berita tersebut.
Menurut laporan pejabat berita AP, daerah Haret Hreik, dimana Ayatollah biasa memberikan khutbah di mesjid al-Hassanayn, terus membentang kain berwarna hitam dan para wanita kelihatan menangis di jalan-jalan.
Dilahirkan dari keluarga Lebnon, di kota suci Syiah Najaf di Iraq, Fadlallah pindah ke Lebnon pada tahun 1966 setelah menghabiskan pelajaran nya.
Dia banyak memiliki pengikutnya baik di Iraq, maupun di Lebnon, dan pengaruhnya juga tersebar di kawasan Asia Tengah dan Teluk.
Dia dianggap sebagai penasehat spiritual Hisbullah ketika kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 1982.
Pendapat nya sama dengan pandangan ahli kumpulan Hisbullah yanglain dan anti Israel, sehingga mendapatkan perhatian dari kerajaan Lebnon dan juga badan badan penyiasat Barat.
Serangan bom kereta pada tahun 1985 di Beirut yang membunuh 80 orang banyak dijangka sebagai usaha untuk membunuh ayatollah Fadlallah.
Serangan itu diduga dilakukan oleh CIA, dengan bantuan badan intelejen kawasan yang bersahabat dengan dinas intelejen Amerika Serikat tersebut.
Di beberapa tahun belakangan, Fadlallah sering menjauhkan diri dari Hisbullah atas sebab sebab hubungan rapat kumpulan tersebut dengan kerajaan Iran, namun beliau tetap menjadi pengecam utama setiap perbuatan Amerika di TImur Tengan dan juga turut mengecam Israel.
Dia menyambut baik perlantikan Barack Obama sebagai presiden Amerika pada tahun 2008, namun tahun lalu menyatakan kekecewaannya atas tidak adanya kemajuan di Timur Tengah, dengan menyatakan Obama tidak memiliki rencana perdamaian ke arah itu di timur tengah. - mat/bbcco
Murid buktikan pada guru lembu makan martabak
15 hours ago