Assalamualaikum, Tergelak sendirian apabila mendengar kisah wartawan Islam dari Utusan Meloya meroyan dan Berita hari hari hairan cuba mendapatkan komen dari MB Kedah mengenai pusat penyembelihan babi di Kedah.
Begitu sungguh sungguh mereka menunggu MB kedah semata mata nak kan komen MB mengenai babi ini tetapi malang sungguh mereka akhirnya pulang dengan hampa dan malu besar, kenapa?
Sebabnya mereka memberi masalah ialah kerana sedikit habuan dunia dan antara masalah yang dibawa oleh golongan ini ialah cuba menunjukkan bahawa sebuah kerajaan yang bercita cita menegakkan syariat dan syiar Islam yg disebut sebut sebelum ini dikatakan sebagai bohong.Caranya ialah menggunakan larangan agama yang jelas tetapi tidak dibebankan kepada orang orang bukan Islam.
Inilah jadahnya, apabila wartawan beragama Islam itu datang berjumpa MB Kedah kerana assigment yang diberikan kepada mereka. Assigment ini pula bukanlah assigment yang beretika kerana awal awal lagi mereka tahu Babi sudah lama bertapak di Kedah, malah bertahun tahun Kedah diperintah oleh BN tidak pun pernah wartawan utusan meloya meroyan dan berita hari hari hairan datang untuk membuat cover up.
Wartawan yang bebal ini nampaknya tidak menyangka seorang MB yang berilmu boleh menangani masalah kebebalan mereka dengan cukup mudah apabila MB bertanya mereka, "Hang makan babi ker?". Terpingga pinga wartawan wartawan tersebut kerana mereka baru sedar bahawa mereka juga beragama Islam. Kalau mereka tak makan babi kenapa sibuk sibuk pula bertanyakan pasal babi? Setelah mereka menjawab "tidak", MB berkata lagi “suruh wartawan yang makan babi datang tanya”......
Percubaan yang kebudak budakkan wartawan wartawan yang meneirma assigment kerana sibiji jagung dipatahkan hanya dengan soalan mudah dan murah..Akhirnya isu babi di Kedah gagal dimanupulasikan oleh akhbar pengampu besar ini. - oleh notan
Lepas bertengkar, berpaut depan cermin lori
2 days ago