Pilihanraya umum Mesir semakin hampir dan semakin melebar kebobrokan pemerintah Mesir mengasak pertubuhan Ikhwanul Muslimin dalam ertikata kegerunan terhadap pembangkang, malah pihak kerajaan Mesir sudah menangkap ramai para penggerak Ikhwanul Muslimin.
Kelmarin Ibrahim Munir selaku wakil Ikhwanul Muslimin internasional yg berpusat di London menyarankan Ikhwanul Muslimin Mesir menarik diri dari pilihanraya itu.
Setelah beberapa perbuatan yg melanggar etika demokrasi di lakukan pemerintah Mesir dan menangkap ramai anggota Ikhwalnul Muslimin, beberapa kerajaan dunia luar sudah berbunyi dan kini tiba pula giliran Ketua Persatuan Ulama Muslim Antarabangsa Syeikh Dr. Yusuf al-Qardhawi menegur perbuatan Mesir dalam kancah itu.
Beliau yg juga merupakan seorang Ulamak tersohor dan seringkali dijadikan tempat rujuk oleh Ikhwanul Muslimin, telah memberitahu pejabat berita DPA German pada 22/11 kelmarin supaya pihak Ikhwanul Muslimin Mesir yg juga mempunyai mejoriti pembangkang besar di Parlimen Mesir agar memboikot pilihanraya tersebut.
“saya berharap Ikhwanul Muslimin Mesir tidak mengambil bahagian dalam pilihanraya itu, kerana sudah keterlaluan layanan kerajaan Mesir kepada parti pembangkang” Pilihanraya itu bakal di adakan pada 28 november ini.
Syeikh Qardawi juga meminta semua rakyat Mesir memainkan peranan dalam menghalakan tujuan sebenar kedudukan rakyat.
"Sudah jelas bahwa pihak pembangkang akan menerima kesan dari perbuatan rejim Mesir," katanya dalam pandangan kepada pada pemilihan parlimen akan datang, menunjukkan Ikhwan hanya memilih untuk berpolitik dalam rangka untuk menghidupkan sokongan rakyat. – mjr ref: fq/almasryalyoum
My Blog List
-
-
-
-
SUKA MUHONG1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
About Me
- Unknown
Label
Kini Syeikh Qardawi pula meminta Ikhwanul Muslimin boikot PRU Mesir
Wednesday, November 24, 2010Posted by Unknown at 8:51:00 AM