USS George Washington yg berpangkalan di Jepun
Para Pegawai di pejabat Kerajaan Korea Selatan meminta semua wartawan di sekitar pulau Yeonpyeong yang di serang oleh Korea Utara baru baru ini, supaya meninggalkan kawasan itu. Sebagaimana yg dilapurkan pada petang ahad semalam 28/11/2010.
"Sehingga saat ini, tidak dapat diramalkan apakah bentuk provokasi yang akan dilakukan oleh Korea Utara, apabila latihan perang itensif dengan menggunakan peralatan besar termasuk kapal pengankut USS George Washinton gabungan Korea Seatan –Amerika Syarikat sedang berlangsung sekarang," kata Kementerian Pertahanan.
Kapal induk George Washington membawa 75 pesawat tempur dan memiliki kekuatan tentera lebih dari 6.000 orang. George Washington tidak datang sendirian, kapal induk ini di iringi empat lagi kapal perang lain.
"Jadi kami meminta semua wartawan di Yeonpyeong meninggalkan pulau itu hari ini," katanya.
Ia menambahkan pihaknya tidak dapat menjamin keselamatan mereka jika mereka tetap berada di pulau itu.
Pejabat Berita Yonhap menganggarkan lebihkurangr 400 orang wartawan berada di Yeonpyeong, dimana dua rakyat awam dan dua Mariner terbunuh akibat serangan artileri oleh Korea Utara selasa lalu.
Sebagian besar penduduk telah meninggalkan pulau itu.
Korea Selatan dan AS, telah melakukan latihan perang bersekala luas dan lebih jauh ke selatan di Laut Kuning sebagai tunjuk kekuatan kepada Korea Utara, sekarang.
Bunyi tembakan tembakan terdengar sehingga ke tanah besar Korea Utara yang membuat penduduk berhampiran panic sejak pagi ahad semalam.. Masyarakat diperintahkan berjaga jaga dan diperintahkan memasuki tempat perlindungan sekira nya berlaku pekara yang mencurigakan. – m/cahaya ref: kompa/ AFP, REUTERS
Lepas bertengkar, berpaut depan cermin lori
2 days ago