Saudara Pengarang,
Aku sendiri pun tidak mengerti mengapa puak puak ini amat takut dan bimbang pada pekara yg terlalu remeh sedangkan pekara yg sepatut diambilkira tetapi takdikira dengan sepatutnya. Kekadang arahan yg tak cerdik (bodoh) ini diperintahkan,..
maka pihak yg dikatakan professional itu mengambil arahan & melaksanakan nya bermakna kedua dua nya sama tak cerdik walaupun negara telah dikatakan mencapai tahap maju.
Diakhbar akhbar dan majalah tempatan banyak dimuatkan pelbagai iklan dan dibaca berjuta orang serta diedar keseluruh negara. Iklan nya ternyata haram, 4digit dan gambar iklan bentuktubuh serta minuman ‘superbuih’. Takkan tak tenguk news strait time? Malaymail dan magazine takperlu cerita.
Sehelai kertas yg tajuk utama nya ‘TAZKIRAH peringatan berguna bagi orang orang beriman” dan kesah dimuka depannya bertajuk ‘syawal & peperangan ahzab’ yg menceritakan pada 7 syawal 5 hijrah lalu telah berlakunya perang ahzab, dari puak Qurais mengumpul bala tentera sehinggalah Allah menurunkan ributpasir serta kemenangan kepada kaum muslimin yg kecil.
Dimuka belakang pula dimuatkan dengan isu semasa, ‘Buang bayi: Punca dan penyelesaian’.
Yang menjadi motif sekarang, dimuka depan terdapat dua ruang iklan dibahagian bawah nya. Sebelah kiri iklan ‘Muslim’s Fashion House Kemaman’ dan disebelah kanan pula ‘Permaa Wangi : Mencetak T-shirt & banner serta tempahan buah berangan goreng’ dan mereka siapkan dengan no.telepon dan laman kecilnya.
Persoalan nya dimaklumkan kedua pengiklan ini telah ‘diekori’ pihak Polis dan kalau taksilap hari sabtu lalu saya dimaklumkan yg si-pengiklan buah berangan itu berjaya ‘ditahan’ dan disoalsiasat. Ada can jugak mamat penjual berangan itu setaraf Raja Petra dan Anwar Ibrahim.
Apa yg mereka jual? Dadah, pasir, injin jet atau kapalselam? kalau setakat jual jubah jual tasbih dan buah berangan hendak disiasat, tak senonohlah pekara ni. Lainlah kalau si-mamat ni buat iklan ‘untuk diliwat ke, jual judi bola ke atau jual pasir ke singapura, eloklah disiasat dipantau.
Punya ke takut dan bimbang kepada ‘aroma’ pembangkang orang yg jual minyakwangi pun disasat. Orang yg jual arak, jual tubuh jual injin jet apa cerita, oleh kerana darurah, mereka diharuskan… pening barang ni.
Hanya kerana latterhead kertas tazkirah itu tertulis, terbitan Lajnah Dakwah & Penerangan PAS serta ada logo Pemuda Pas maka barang ini kita ‘pegang’ dan katanya ‘saya hanya menjalankan tugas dan perlu ada lapuran sahaja, encik jangan bimbang’.
Sekumpulan kambing dalam kandang, kita sudah tahu jantan betina nya - rajahaji
Murid buktikan pada guru lembu makan martabak
15 hours ago