Intipati konsep 3 golongan ini BN, PAS & PKR fikirkanlah..

Monday, December 6, 2010


Aku tengok dari dulu terdapat perpecahan dikalangan masyarakat melayu Islam didalam menghayati fahaman politik. aku membuat kesimpulan bahawa masyarakat melayu Islam tergolong didalam 3 golongan besar didalam menghayati fahaman politik.

Golongan pertama mereka-mereka yang ingin menyambung usaha-usaha kepada menjauhkan lagi umat islam di malaysia ini kepada ajaran islam. Mereka mahu umat Islam dimalaysia ini terus dibuai mimpi yang enak berdasarkan pemandangan luar yang memperlihatkan keenakkan kehidupan duniawi yang di nikmati? oleh orang-orang kafir.

Cara hidup mewah dan cara kehidupan tanpa di batasi oleh hukum halal haram. sebahagian dari golongan ini, yang mana mempunyai asas atau ilmu ugama masih berharap akan kumpulan mereka membuat u turn kepada kearah golongan kedua tetapi pandagan kepala-kepala golongan ini sudah disilaui dengan cahaya lampu duniawi menyebabkan kepala-kepala mengalami kesukaran untuk membuat u turn. Jika kepala-kepala ini ditukarkan dengan kepala-kepala yang belum terdedah dengan kilauan duniwai kemungkinan besar sebahagian besar golongan pertama akan bercantum dengan kumpulan kedua meninggalkan kepala-kepala yang sudah mabuk duniawi.

Kepala-kepala yang tinggal ini mungkin diganti dengan kepala-kepala golongan ketiga yang membawa bersamanya sebahagian besar pengikutnya dan mengambil alih tugas golongan pertama. kepala-kepala golongan pertama ini berserta saki baki pengikutnya akan menjadi golongan ketiga dan memeruskan perjuangan golongan ketiga.

Manakala golongan kedua ialah golongan yang sedar bahawa kehidupan duniawi bukanlah satu-satunya kehidupan yang akan dialami oleh umat Islam, ada lagi kehidupan lain yang lebih indah dan terjamin yang perlu dialami oleh umat islam. untuk mencapai kehidupan yang lebih indah dan terjamin ini maka mereka perlulah mengikuti lunas-lunas yang telah ditentukan oleh Rabbu'l-Jalil.

Mereka-mereka ini sedang giat berjuang menuju kearah itu dengan penuh harapan dapat membina satu masyarakat yang taat kepada suruhan Allah swt dan Rasul nya. dalam pada berjuang untuk mencapainya pelbagai rintagan dan halangan yang dating, kilauan duniawi yang dapat menembusi celah-celah lobang yang bocor kadangkala dapat menarik mereka keluar dari golongan ini dan bergabung dengan golongan pertama. golongan ini mesti menutupi lubang-lubang yang bocor dengan memperkemaskan diri dengan sifat-sifat nabi yang dapat menangkis kilauan duniawi serta dapat mencerminkan akhlak mukmin yang dapat memancarkan cahaya yang kuat untuk menarik golongan kedua dan ketiga menyertai golongan mereka.

Sifat-sifat ria' wujub, takbur yang masih bermaharaja lela di dalam diri sebahagain besar golongan ini perlu dibuang dan dikikis sehingga keakar umbinya. sikap keras kepala dan tidak dapat menerima teguran juga perlu diperbaiki. golongan ini perlu membina satu cahaya yang teramat kuat sehinggakan mereka-mereka dari golongan pertama dan ketiga tidak mempunyai pilihan lain melainkan bergabung dengan golongan kedua.

Seterus nya kepada golongan ketiga, kalian ini terdiri dari serpihan dari golongan pertama yang kecewa dengan golongan pertama kerana hajat mereka atau saluran nafas mereka telah diputuskan oleh golongan pertama. Rata-rata mereka bolehlah dikatakan golongan yang kecewa, hajat mereka tidak kesampaian.

Walau bagaimana pun mereka-mereka pernah merasakan kilauan duniawi dan sempat menghayati corak hidup dan sifat-sifat teras golongan ini telah pun meresapi didalam jiwa raga mereka. Sifat-sifat ini masih lagi membara didalam diri mereka dan akan menyala kembali jika mereka berjaya menumpaskan golongan pertama.

Semangat ingin kembali kearah gaya hidup golongan pertama tidak pernah padam dan perjuangan mesti diteruskan bagi membolehkan ianya hidup kembali, untuk mencapai maksud dan tujuan perjuangan, mereka akan melakukan apa saja termasuklah bergabung dengan musuh-musuh Islam. Golongan kedua tidak dapat mereka terima kerana corak perjuangan dan gaya hidup golongan kedua ini tidak bersesuaian langsung dengan kehendak mereka tetapi demi mencapai hasrat mereka, maka terpaksalah mereka berpura-pura menerima golongan kedua ini sebagai rakan seperjuangan untuk menumpaskan golongan pertama.

Golongan ketiga ini juga mahir didalam memainkan ayat-ayat dan hadith supaya sebarang tindak tanduk yang nampak aneh dan asing kepada golongan kedua ini dapat diterima oleh golongan kedua. pendapat ulama selalu diketengahkan supaya menampakkan tindakan mereka sejajar dengan ajaran Islam, ada sebahagian dari golongan kedua sudah termakan umpan yang diberikan dan mula condong akibat dari pengaruh hujah lojik golongan ketiga, mereka mahu menjadi atau dianggap hero didalam gabungan yang mahu menumpaskan golongan pertama. mereka mahu dianggap pemimpin dan paling berjasa didalam usaha menumpaskan golongan pertama walaupun ditempat-tempat yang tidak ada langsung golongan ini, dengan cara demikian dapatlah mereka mengkudakan golongan kedua serta golongan kafir demi mencapai matlamat mereka merampas kedudukan golongan pertama dan terus menyambung kerja-kerja golongan pertama.

Maka berputih matalah golongan kedua serta golongan kuffar didalam perjuangan mereka. tinggallah golongan kedua berseorangan menentang golongan pertama yang baru ini, bekas rakan kongsi.

begitulah secara ringkas aku melihat pecahan umat melayu Islam pada hari ini didalam mengharungi kehidupan harian. bagi aku eloklah bersama-sama golongan kedua tetapi dengan syarat golongan kedua perlulah menonjolkan imej yang betul, imej yang bersumberkan al-quran dan as-sunnah supaya golongan mereka menjadi golongan yang begitu menarik sehinggakan mereka-mereka dari golongan pertama dan ketiga tidak mempunyai pilihan lain selain dari menggabungkan diri mereka dengan golongan kedua.

Salam – metabox/tranungkite