Negara Islam memasang pokok Krismas termahal di dunia

Friday, December 17, 2010


United Emiriah Arab (UEA) antara negara yg terkaya didunia, terus memainkan peranan nya untuk memajukan pemodenan negara itu. Kejayaan mereka membangun ekonomi dan menjadi pusat yg termoden. Banyak bangunan mewah dan tertinggi di dunia ada di negeri ini.

Seperti yg diketahui Negara ini mempunyai mejoriti penduduk nya beragama Islam, berlokasi nya pun diTimur Tengah dan turut menjadi sebuah Negara Islam yg terkaya. UAE ini juga mempunyai kawasan pelancungan yg terbesar serta bebas bagi menerima pelancung pelancung asing tak terkecuali juga dari mereka yg non muslim.

Di sebuah hotel mewah di kota Abu Dhabi iaitu hotel Emirates Palace terdapat sepokok pohon Natal yg perbuat dari permata dan logam mulia seperti emas perak bahkan termasuk berlian, dan dimaklumkan ianya berharga 7 poundsterling. Ia dibina setinggi 40 kaki.

Sebanyak 181 biji permata yang terdiri dari Safir, Zamrud, Berlian dan batu permata lainnya di gunakan untuk menyiapkan nya. Yang menjadi sedikit persoalannya disini, apakah dengan penyediaan pokok krismas semewah itu dan dikatakan yg termahal didunia itu tidak menyinggung perasaan umat Islam disana? mahupun kepada umat Islam diseluruh dunia?

General Manager Hotel Emirates, Hans Olbertz pula mengatkan “saya yakin bahwa hal tersebut tidak terjadi kerana UEA merupakan negara liberal yang bebas, tegas nya lagi.

Hotel Emirates Palace adalah bertaraf 7 bintang dan saban tahun hotel ini menyediakan pohon Natal, Cuma untuk tahun ini pihak hotel tersebut memasangnya dengan pokok yg termahal didunia dan dilapurkan pihak pengurusan telah menghubungi Guiness Book Record bagi mencatat penghasilan pokon Natal yg termahal didunia.

- alihbahasa m'cahaya/ref:r/hati