Serah memorandom bantahan kepada Arab Saudi di Kuala Lumpur

Wednesday, March 30, 2011

Beberapa NGO dan masyarakat Islam dinegara ini telah pergi ke kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur pukul 11 pagi tadi untuk menyerah memorandum yg mengaitkan kekesalan mereka berikutan campurtangan Arab Saudi di Bahrain.

Baru baru ini pemimpin Negara kita melahirkan sokongan padu pula kepada tindakan Arab Saudi yg mencampuri urusan Bahrain dalam mengatasi pemberontakan rakyat nya. 1Malaysia..

Beginilah isi memorandum yg diserahkan itu:

KEPADA
KERAJAAN ARAB SAUDI
MELALUI
KEDUTAAN BESAR ARAB SAUDI DI KUALA LUMPUR MALAYSIA
بسم الله الرحمن الرحیم
و إِذَا حَكمْتم بَيْنَ النَّاسِ أَن تحكُمُواْ بِالعَدلِ إِنَّ اللّهَ نِعِمَّا يَعِظكُم بِهِ إِنَّ اللّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا
سوره نساء - آیة 58
Dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. - Surah al-Nisa ayat 58.
بسم الله الرحمن الرحيم
فَهَلْ عَسَيْتُمْ إِنْ تَوَلَّيْتُمْ أَنْ تُفْسِدُوا فِي الْأَرْضِ وَتُقَطِّعُوا أَرْحَامَكُمْ
محمد 22
"Maka apabila kamu dapat memegang kuasa - kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi, dan memutuskan hubungan silaturrahim dengan kaum kerabat?" -
Surah Muhammad ayat 22.
-
- Ketika kerajaan Bahrain diharap mengambil iktibar dengan nasib Tunisia dan Mesir yang memenuhi permintaan tuntutan keadilan warganya, malangnya kita menyaksikan mereka bertindak sebagai penindas rakyat sendiri dengan menyewa tentera asing dari Negara Islam yang lain untuk menekan rakyat sendiri.

Namun situasi ini tidak dapat juga mengembalikan keamanan kepada negara Bahrain, bahkan ia membawa krisis tuntutan rakyat yang lebih besar.

Oleh kerana ini, kami sebagai mewakili rakyat Malaysia yang beragama Islam tidak kira apapun mazhabnya ingin memklum dan menegaskan bahawa :

1. Sebarang campur tangan asing di Bahrain dianggap sebagai pencabulan hak asasi penduduk negara ini, termasuk perbuatan memberi izin kehadiran tentera negara lain.

2. Peristiwa di Bahrain bukanlah peperangan antara mazhab atau perselisihan puak, namun ia adalah kebangkitan golongan yang ditindas untuk mendapatkan kemuliaan dan haknya yang sah sebagai rakyat Bahrain sebagaimana di Libya dan Yaman.

3. Rakyat Bahrain dalam kebangkitannya bukanlah ingin menjatuhkan pemerintahan. Mereka hanya ingin disertakan dalam pembangunan, undang-undang negara dan pemerintahan. Namun keganasan pemerintah Bahrain menumpahkan darah telah mendapat sokongan pemimpin barat dan Arab secara terang-terangan dan sembunyi amat memalukan dan mengecewakan.

4. Campur tangan tentera Kerjasama Negara Teluk dalam urusan dalaman Bahrain seperti tentera Kerajaan Arab Saudi dan yang lain adalah perbuatan yang sangat memalukan dunia Islam dan mengundang rasa tidak puas hati masyarakat muslim di manapun mereka berada. Namun dengan sikap yang menggembirakan musuh Islam yang diambil oleh pemerintahan Bahrain dan Negara Islam tertentu, bahkan sebenarnya telah menunjukkan sikap yang memalukan kepada bangsa sendiri! Hari demi hari, Musibah besar ini bakal mengobarkan lagi kemarahan umat Islam ke atas golongan yang menindas.

5. Kami di sini yang mewakili masyarakat Islam tidak kira apapun mazhab di tanah air tercinta ini (Malaysia) bersama dengan penuntut hak yang sah di seluruh dunia, bersatu dengan sebulat suara meminta keganasan dan penindasan di Bahrain khususnya (begitu juga di Libya dan Yaman) dihentikan segera, berusahalah memenuhi hak yang sah untuk rakyatnya.

Kami memohon kepada zat yang maha agung Allah s.w.t agar dapat menyelesaikan masalah di dunia Islam. Sembuhkanlah orang yang luka dan cedera. Kurniakanlah kesabaran kepada keluarga mereka yang terkorban. Wujudkanlah keadilan dan kebebasan di dalam negara-negara Islam rantau ini.

و ما النصر الا من عند الله العزیز الحکیم
سوره آل عمران ـ آیة 126
Dan bukanlah kemenangan itu kecuali hanya dari Allah Yang Maha kuasa, lagi Maha Bijaksana. - Surah Ali 'Imran ayat 126

(BADAN BERTINDAK MUSLIM MALAYSIA)

Memorandum ini juga disokong oleh :-
1- Persatuan Ulama' Malaysia Negeri Johor (PUM)
2- Persatuan Insaf Malaysia
3- Persatuan Penduduk Taman Chepor Impian Perak Darul Ridzuan
4- Jawatan Kuasa Penaja Pertubuhan Pemikir Melayu Perak Darul Ridzuan
5- Persatuan Perubatan Elektronik di semua cawangan seluruh negeri di Malaysia kecuali Sarawak.
6- Jawatan Kuasa Bertindak Sahabat Palestin

Kawe ambik isi memo ini dari irib dan semuga kita dapat berfikir mengenai perkembangan nya. Fikir fikirkan…