Kerajaan Pakatan, jangan pinggir peranan Islam - Pemuda Pas

Thursday, August 14, 2008

Dewan Pemuda PAS menegaskan bahawa ia akan bertindak terhadap mana-mana kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang didapati mengambil mudah tentang peranan Islam dalam pentadbirannya.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Salahuddin Ayub berkata pergerakan itu mahu pimpinan di negeri-negeri terbabit iaitu Kelantan, Perak, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang supaya memperjuangkan hak, nilai dan prinsip Islam yang termaktub dalam undang-undang tubuh negeri masing-masing.

"Kita (Dewan Pemuda) akan menjalankan tugas-tugas kepemudaan untuk melakukan check and balance terhadap kerajaan ke arah urus tadbir baik.

"Kita bersedia untuk menegur secara diplomatik dan kita juga sanggup untuk mengambil pendekatan konfran jika teguran-teguran itu tidak dilayan," katanya dalam ucapan dasar
Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Ke-49 di Stadium Indera Mulia di sini malam ini.

Beliau memuji Dewan Pemuda PAS Selangor yang disifatkan berani menegur beberapa kepincangan kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam beberapa perkara melibatkan soal hukum agama mahupun pentadbiran.

Salahuddin yang juga anggota Parlimen Kubang Kerian berkata, sebagai sebuah parti yang telah berpengalaman memerintah dua buah negeri semenjak 1990, PAS bersedia berkongsi pengalaman pentadbirannya dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR), serta DAP.

Menurutnya PAS menghormati dasar dan tujuan perjuangan partiparti dalam Pakatan
Rakyat itu, namun pada masa yang sama mereka juga perlu menghormati PAS dan mewujudkan budaya 'mutual respect' (saling menghormati).

Katanya, kepimpinan Pemuda Pakatan Rakyat juga perlu memainkan peranan penting dalam menganjakkan paradigma pemikiran rakyat untuk memahami dasar perjuangan masingmasing dan mencipta satu era baru yang lebih kondusif.

Beliau berkata, kejayaan memenangi lima negeri dalam Pilihan Raya Umum ke-12 baru-baru ini juga memerlukan para anggota parti dalam Pakatan Rakyat beranjak dari berfikiran seperti pembangkang kepada berfikiran sebagai negarawan yang melaksanakan yang diamanahkan oleh Allah.

Ini kerana, katanya PAS bersama Pakatan Rakyat adalah kerajaan alternatif kepada
BN dan bukannya pembangkang pinggiran seperti dahulu lagi.

Sehubungan itu katanya, mereka perlu memperlihatkan kepada rakyat tentang kewibawaan, ketelusan dan kebertanggungjawaban pakatan parti itu sebagai kerajaan.

"Ahli-ahli PAS tidak boleh memencilkan diri kerana mereka adalah pembuat undang-undang (legislature) yang sah, maka peranan yang lebih besar perlu dimainkan untuk memastikan setiap undangundang memberi kesan positif kepada rakyat," katanya.

Beliau berkata, wakil-wakil rakyat PAS di Parlimen juga perlu aktif dengan pertubuhan bukan kerajaan, media massa dan juga pentadbir awam kerana mereka adalah penghubung antara PAS dengan rakyat.

Salahudin berkata, beliau mengetengahkan perkara itu kerana tidak mahu pemimpin parti itu dianggap sebagai 'partisan politics' yang membawa implikasi negatif terhadap potensi parti itu.

Beliau berkata, pergerakan itu mengalu-alukan apa sahaja bentuk akomodasi dengan manamana pihak untuk kebaikan agama, bangsa dan negara.

Namun katanya, Pemuda PAS sekali-kali tidak akan bertolak ansur jika politik akomodatif itu bertujuan mewujudkan kerjasama politik atau perkongsian kuasa antara PAS dengan Umno atau Barisan Nasional.- BERNAMA
READ MORE - Kerajaan Pakatan, jangan pinggir peranan Islam - Pemuda Pas

Hanafi: AKIM yakin tawan Permatang Pauh

Wednesday, August 13, 2008

Angkatan Keadilan Insan Malaysia, (AKIM) melahirkan keyakinan memenangi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh 26 Ogos ini.

Presidennya, Hanafi Mamat berkata, parti yang dipimpinannya itu akan memperoleh sokongan yang padu terutamanya daripada ahli-ahli PAS kerana teras perjuangan mereka adalah mahu menegakkan Islam dan memerlihara hak orang Melayu.

“Kami yakin akan memperoleh sokongan yang padu daripada pengudi di sana berdasarkan matlamat perjuangan AKIM,” katanya kepada mStar Online hari ini.

AKIM yang itubuhkan pada 1995 merupakan sebuah parti serpihan PAS.

Ahli-ahli yang keluar daripada Pas menubuhnkannya atas alasan tidak percaya kepada perjuangan parti itu.

Difahamkan parti itu mempunyai kira-kira 10,000 ahli di seluruh negara.

Parti tersebut pernah bertanding pada pilihan raya umum 1999 di kerusi Parlimen Pasir Puteh dan Kota Bharu, tetapi tewas.

Jelas Hanafi, PAS hari ini telah banyak melakukan perubahan dan ini merupakan peluang menjelaskan kepada semua termasuk ahli-ahli PAS mengenai perjuangan AKIM.

“Dengan keadaan politik yang kurang stabil sekarang AKIM punya ruang untuk menang,” katanya.

Ketika ditanya siapakah calon yang akan diletakkan oleh Akim di Permatang Pauh, Hanafi berkata:

“Calonnya akan diumumkan pada 15 Ogos. Yang boleh saya jelaskan calon tersebut merupakan anak tempatan dan punya latar belakang agama yang bagus,” ujarnya.

Menurut beliau, sudah tiba masanya orang ramai membuka mata dan memberi sokongan kepada calon yang memperjuangkan Islam dan nasib orang Melayu bukan lagi memilih calon yang punya agenda tersendiri.

Tambahnya, jentera pilihan raya parti itu sudah bergerak biarpun mereka berdepan tugas getir untuk menghadapi calon Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan calon Barisan Nasional.

Oleh NURUL AIN HUSSAIN
READ MORE - Hanafi: AKIM yakin tawan Permatang Pauh

Amerika panggil pegawai kedutaan Malaysia

Friday, August 8, 2008


Seorang pegawai tinggi kedutaan Malaysia di Washington telah dipanggil oleh Jabatan Negara Amerika berhubung pendakwaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim atas tuduhan liwat.

Ilango Karuppannan, telah bertemu dengan para pegawai jabatan tersebut Rabu lalu, sebelum ketua umum PKR itu dihadapkan di mahkamah semalam.

Jabatan itu mengesahkan pertemuan tersebut berhubung kes Anwar serta isu-isu yang lain, tetapi tidak mengulas lanjut.

"Kita sentiasa mengadakan perbincangan dengan diplomat Malaysia di Washington mengenai pelbagai perkara, termasuk dengan Karuppannan.

"Kes Anwar adalah salah satu perkara yang dibangkitkan," katanya.

Tindakan Amerika itu mungkin memarakkan lagi kemarahan kerajaan Malaysia.

Kuala Lumpur menuduh Washington campurtangan dalam hal ehwal dalam negerinya apabila Setiausaha Negara Condoleezza Rice bulan lalu berkata Amerika memandang berat dakwaan liwat terhadap Anwar."Kita memandang berat banyak persoalan serius yang dibangkitkan di Malaysia, termasuk oleh Majlis Peguam, berhubung kes ini," kata seorang pegawai Jabatan Negara kepada AFP.

Anwar - yang pernah dihukum penjara sedekad lalu atas tuduhan yang sama, tetapi kemudiannya dibatalkan oleh Mahkamah Persekutuan - mendakwa tuduhan terhadapnya itu direka oleh kerajaan bagi menghalangnya mengambil alih kuasa.

Badan-badan pemantau hak asasi manusia juga menganggap tuduhan terhadap Anwar itu bermotifkan politik, dengan Majlis Peguam membangkitkan persoalan mengenai siasatan polis dalam kes tersebut.

"Kami sekali lagi menggesa pihak berkuasa kerajaan supaya menyelesaikan perkara tersebut dengan cara yang boleh membina keyakinan terhadap keadilan undang-undang dan demokrasi di Malaysia," kata pegawai Jabatan Negara tersebut.
-AFP
READ MORE - Amerika panggil pegawai kedutaan Malaysia

'Mengapa saya sahaja didakwa?'

Thursday, August 7, 2008


Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan mengapa beliau seorang sahaja yang didakwa di mahkamah jika beliau dikatakan melakukan hubungan seks di luar tabii dengan bekas pembantunya secara suka sama suka.

"Jika suka sama suka, kenapa hanya saya yang dipanggil (dakwa)? Sepatutnya dakwa kedua-dualah," katanya kepada pemberita sambil berkata, ia adalah satu pendakwaan politik.

"(Pertuduhan) ini fitnah khianat."

Anwar dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun lalu di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, No 99, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Anwar dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Beliau juga terus mengecam perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana meneruskan dakwaan liwat terhadapnya.

"Yang saya kesalkan hanyalah pendakwaan diteruskan walaupun saya yakin berdasarkan cara pendakwaan itu, pendakwa pun nampaknya dipaksa juga oleh tokoh-tokoh politik.

"Kalau tidak, mustahil pendakwaan itu dibuat," katanya selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 11.10 pagi.

Beliau juga berkata, semalam Abdullah berkata kes beliau sebagai "rogol" dan menyifatkan kenyataan itu "yang paling biadap."

Anwar menyifatkannya sebagai satu politik kotor oleh seseorang yang akan kehilangan kuasanya.

Ketua umum PKR itu juga berkata beliau kini akan menumpukan perhatiannya kepada kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh.

Hakim SM Komathy menetapkan kes itu disebut Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 September untuk memutuskan tarikh perbicaraannya.
- Jimadie Shah Othman
READ MORE - 'Mengapa saya sahaja didakwa?'

Zuraidah beri bunga kepada Pengarah HBKL

Tuesday, August 5, 2008


Ketua Wanita KeADILan yang Juga Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamarudin semalam menghadiahkan sejambak bunga kepada pihak Hospital Besar Kuala Lumpur (HBKL) kerana mengeluarkan laporan keatas dakwaan liwat keatas Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim.

Dalam sidang medianya selepas pertemuan bersama pihak Pengarah HBKL, beliau berkata 10 Jambak bunga yang dihadiahkan beliau mempunyai mesej tersirat dan pihak hospital agak terkejut dengan kehadiran beliau.

Menurut catatan di blog beliau, p99ampang.com, beliau mengucapkan tahniah kepada pihak hospital kerana tulus jujur dan amanah dalam mengeluarkan laporan tersebut.

Katanya, beliau telah mendapat tahu isi laporan yang dikeluarkan oleh HBKL yang menyatakan bahawa tidak ada unsur-unsur liwat oleh Anwar Ibrahim keatas Saiful Bukhari Azlan.

“Menurut sumber sejurus laporan perubatan rasmi telah di keluarkan ternyata DSAI tidak bersalah namun Pihak Kerajaan berusaha untuk menukar fakta dengan menyuruh Pihak Hospital untuk menukar kembali laporan tersebut. Namun malang ianya sudah terlambat,” kata blog berkenaan.

Tambah tulisan blog berkenaan lagi, “salah seorang pegawai di hospital berkenaan sudah tidak mahu terlibat serta bersubahat untuk melakukan jenayah tersebut. Walau selicik mana sekalipun jika pekara itu benar walau di sorokkan tetap akan timbul kebenarannya.”

READ MORE - Zuraidah beri bunga kepada Pengarah HBKL

MAZA tegur Abdullah kalung bunga di Tugu Negara

Saturday, August 2, 2008


ERBUATAN bertafakur, meletakkan kalungan bunga atau tabik hormat yang dilakukan untuk Tugu Negara adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip akidah Islam yang anti kepada sebarang unsur keberhalaan.

Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin membuat kenyataan ini ketika mengulas tentang istiadat meletak kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara sempena sambutan Hari Pahlawan semalam yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Abdullah memulakan upacara meletakkan kalungan bunga itu, diikuti Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal; Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin; Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Abdul Aziz Jaafar dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin.

Terdahulu, Abdullah menerima tabik hormat dan memeriksa kawalan penghormatan membabitkan 103 anggota dan pegawai Askar Melayu Diraja.

“Perbuatan mana-mana individu muslim sama ada pemimpin atau rakyat yang meletakkan kalungan bunga, tabik hormat dan bertafakur yang dilakukan untuk Tugu Negara adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip akidah Islam yang anti kepada sebarang unsur keberhalaan," jelas Dr Asri.

Kata beliau lagi, perbuatan seperti itu seakan menjadikan tugu berkenaan berhala yang dihormati.

"Sekiranya pun pelakunya tidak mempunyai sebarang iktikad bahawa itu semua memberi manfaat dan mudarat, maka perbuatan itu adalah sia-sia dan bodoh. Ia tetap haram kerana meniru perbuatan musyrikin," jelas Dr Asri.

Menurut Dr Asri, jika pelaku beriktikad itu memberikan kemanfaatan kepada keamanan, kedamaian ruh mereka yang telah meninggal dunia, maka itu adalah perbuatan syirik yang jelas.

"Akidah Islam menentang sebarang unsur keberhalaan. Pemimpin atau sesiapa sahaja yang terlibat dalam perbuatan ini hendaklah bertaubat kepada Allah dan kembali kepada akidah Islam yang sebenar," katanya.

Firman Allah: (maksudnya) “Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberi kepada Ibrahim sebelum itu jalan yang benar (dalam bertauhid), dan Kami mengetahui akan halnya. Ketika dia berkata kepada bapanya dan kaumnya: “Apakah patung-patung ini yang kamu berdiri di hadapannya (memujanya)? Mereka menjawab: “Kami dapati datuk nenek kami selalu menyembahnya. Ibrahim berkata: “Sesungguhnya kamu dan datuk-nenek kamu adalah dalam kesesatan yang nyata”. (Surah al-Anbiya 50-54)”

Perbuatan menyempurnakan istiadat meletak kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara ini juga difahamkan melanggar Fatwa Mufti (Edisi 2008).

Di bawah SubSeksyen 36(1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak mengikut SubSeksyen 39(6) Enakmen menyatakan, " Meletakkan kalungan bunga di Tugu Negara sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain adalah haram dan hendaklah ditinggalkan"

- mStar
READ MORE - MAZA tegur Abdullah kalung bunga di Tugu Negara

'angkat sumpah untuk menonton debat'?

Friday, August 1, 2008


Satu ketika dahulu kita semua 'disebukkan' dengan era debat antara saudara Anwar Ibrahim dengan Shabery Cik, menteri penerangan. Bagi mereka yg terlibat menghadiri dewan DBP untuk menyaksikan 'pertempuran' itu, sebelum mengambil tempat duduk masing masing kalian perlu di scan dan 'mengangkat' sumpah atau pun membaca ikrar seperti yg ingini oleh 'director' nya.

Nampaknya tak ada can lah nak bawa "C4" siasatannya agak terperinci seolah olah untuk menaiki kapalterbang.

Saya sebenenarnya tidak berkesempatan untuk menyaksikannya secara life, hanya mengikuti perkembangannya 'di udara' dan adakah hal itu benar benar terjadi? sila perhatikan 'suasana' diatas.

by MJR
READ MORE - 'angkat sumpah untuk menonton debat'?