Tuduhan Sodomi, Anwar Ibrahim Gugat Balik

Monday, June 30, 2008

Pemimpin oposisi Malaysia, Anwar Ibrahim, mengajukan gugatan balik, Senin (30/6), terhadap asisten prianya yang telah menuduhnya melakukan sodomi. Anwar Ibrahim berjanji akan membersihkan namanya dalam tudingan skandal seks kedua kali yang diarahkan kepada dirinya.

"Saya pernah mengalami masa sulit sebelumnya," jelas Anwar kepada The Associated Press dalam wawancara lewat kontak telepon. Pernyataan mantan Deputi Perdana Menteri Malaysia itu ditujukan pada masa sulit yang dihadapinya 10 tahun lalu saat ia dituduh menyodomi sopir suatu keluarga dan seorang ajudannya.

Tuduhan tersebut mengakibatkannya tersingkir dari jabatan Deputi Perdana Menteri tahun 1998 saat ia diringkus dan dianiaya oleh kepala kepolisian nasional Malaysia. Pengadilan kemudian menyatakan Anwar Ibrahim tidak bersalah dari tuduhan yang telah menjeratnya hingga ke tahanan.

Anwar saat ini berlindung di Kedutaan Besar Turki di Kuala Lumpur karena khawatir Pemerintah Malaysia merencanakan pembunuhan terhadap dirinya. Anwar Ibrahim melarikan diri untuk mencari perlindungan di Kedubes Turki, Minggu, beberapa jam setelah seorang asistennya yang berusia 23 tahun menuduhnya melakukan sodomi dalam sebuah laporan ke polisi.

Sodomi dapat dikenakan hukuman penjara hingga 20 tahun di Malaysia yang mayoritas penduduknya Muslim. Anwar Ibrahim telah menekankan tidak akan meninggalkan Malaysia ataupun mencari suaka politik. Namun, Anwar mengatakan akan berlindung di Kedubes Turki sampai Pemerintah Malaysia memberikan jaminan keselamatan terhadap dirinya.

"Saya pernah dianiaya hingga hampir mati sebelumnya dan keluarga serta sahabat saya telah memperingatkan untuk tidak meremehkan segala sesuatunya (ancaman pembunuhan yang ada saat ini)," kata Anwar. "Saya mempunyai semua alasan untuk bersikap curiga apabila peristiwa yang terjadi 10 tahun lalu terulang kembali karena Pemerintah Malaysia saat ini lebih menginginkan kematian saya ketimbang Pemerintah Malaysia pada tahun 1998," ujarnya.

READ MORE - Tuduhan Sodomi, Anwar Ibrahim Gugat Balik

Duta Turki dipanggil ke Wisma Putra


Duta Turki ke Malaysia, Barlas Ozener hari ini dipanggil ke Wisma Putra di sini dipercayai ada kaitan dengan bantahan kerajaan terhadap campur tangan negara itu terhadap masalah dalaman Malaysia.

Ozener yang tiba di Wisma Putra pada pukul 1.49 petang ini dengan kereta jenis Mercedez Benz nombor plat 51-01-dc dilihat memasuki pejabat Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Semalam, Rais melarang kedutaan asing di negara ini `menyimpan' dan melindungi individu yang didakwa melakukan kesalahan jenayah dengan alasan tuntutan suaka politik.

Menurutnya, situasi itu jelas tidak membenarkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menuntut suaka politik daripada kedutaan Turki seperti yang dilakukan sekarang.

Anwar berbuat demikian setelah satu laporan polis dibuat di Balai Polis Travers di ibu negara yang oleh seorang lelaki berumur 23 tahun yang mendakwa diliwat oleh pemimpin politik itu pada 26 Jun lalu.

Rais dijadual memanggil sidang akhbar di pejabatnya di Wisma Putra pada pukul 3 petang ini bagi menjelaskan butiran kedatangan Duta Turki tersebut.

- Utusan

READ MORE - Duta Turki dipanggil ke Wisma Putra

Abdullah nafi BN, Umno terlibat dalam kes Anwar


Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan kepada polis untuk mengadakan siasatan bagi menentukan kesahihan berhubung dakwaan bahawa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwat seorang pembantunya.

Beliau berkata berkata siasatan wajar dibuat dan bukan hanya bergantung kepada penafian Anwar sahaja kerana sepertimana kes jenayah lain sudah semestinya sesiapa sahaja yang dituduh akan menafikannya.

"Kalau sudah begitu pihak polislah yang kena ambil apaapa tindakan yang sewajarnya. Laporan telah diberi, polis akan buat siasatan dan tentukan bahawa benda itu betul atau tidak betul.

"Apa yang Anwar kata bukan kita boleh tentukan...dia tentulah buat penafian. Itu lazimnya begitulah. Orang yang dituduh akan buat penafian,' katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Bumi Hijau Warga Putrajaya Bersama Perdana Menteri di sini hari ini.

Perdana Menteri mengulas demikian merujuk kepada laporan polis di Balai Polis Travers, di sini oleh seorang lelaki berumur 23 tahun yang mendakwa diliwat oleh pemimpin itu pada 26 Jun lepas di sebuah tempat di ibu negara.

Dalam reaksi balasnya, Anwar menafikan dakwaan meliwat pembantunya itu sambil menyifatkan dakwaan terbaru itu "hanya rekaan semata-mata" yang bertujuan untuk menyekat kebangkitan karier politiknya selepas pakatan pembangkang mencapai kemenangan besar pada pilihan raya umum Mac lalu.

Abdullah yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) menafikan dakwaan bahawa BN merancang untuk menyekat kebangkitan karier politik Anwar dengan melemparkan berbagai-bagai tohmahan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

"Umno tak terfikir nak kacau dia macam ini. BN pun tak terfikir nak menyusahkan dia, nak kacau atau nak timbulkan perkara yang macam ini kerana nak buat sesuatu yang tak baik pada dia.

"Tidak ada niat seumpama ini...tak terlintas dalam fikiran saya langsung untuk nak khianati dia. Saya dan kawan-kawan saya, Datuk Seri Najib (Tun Razak) pun tak terfikir macam itu.

"Orang yang berkenaan yang buat laporan, kita nak buat apa lagi. Dia ada hak untuk buat laporan. Kita tidak boleh menegah dia buat laporan. Kita tidak ada sebarang rancangan untuk membuat sesuatu pada dia (Anwar) kerana dia kata dia sudah pulih balik dalam politik," katanya.

Ditanya adakah Anwar akan ditahan polis, Perdana Menteri berkata:

"Saya tidak mahu kata apaa-pa mengenainya, cukuplah...tiada spekulasi, tiada."

"Apa yang saya tahu ialah satu laporan telah dibuat kepada polis dan polis akan tentukan apa yang mereka mahu lakukan dan bagaimana," kata Abdullah.


READ MORE - Abdullah nafi BN, Umno terlibat dalam kes Anwar

Rupa-rupanya dalam penjara

Friday, June 27, 2008


Seorang suri rumah tidak menyangka panggilan telefon yang diterima daripada pengurusan Penjara Penor dekat sini, dua hari lalu, merungkai misteri kehilangan suami yang gagal dikesan sejak dua tahun lalu.

Ibu muda berusia 23 tahun dari Bahau, Negeri Sembilan, itu berkata ketika kehilangan suaminya yang tidak pulang ke rumah di Keratong, dekat Muadzam Shah, dia baru sebulan melahirkan anak perempuan.

“Saya tak menyangka panggilan telefon daripada pengurusan Penjara Penor dua hari lalu yang meminta datang menemui suami sempena sambutan Hari Bapa menjawab misteri kehilangannya lebih dua tahun lalu,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Sepanjang kehilangan suami, dia berusaha mencari dan hanya dimaklumkan mentua bahawa suaminya mencari pekerjaan sebelum berpindah ke rumah ibu bapa di Bahau.
Sejak itu, saya berusaha mencari suami dengan bantuan keluarga tapi gagal sebelum menerima panggilan yang tidak disangka daripada Penjara Penor meminta datang menemui suami,” katanya ketika ditemui pada program Jalinan Kasih sempena sambutan Hari Bapa 2008 penjara itu, semalam.
- Zaitie Satibi
READ MORE - Rupa-rupanya dalam penjara

Khairy turut disiasat polis

Wednesday, June 25, 2008

Polis telah merakamkan kenyataan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin malam tadi berhubung dakwaan terbaru Raja Petra Kamaruddin berhubung pembunuhan ltantuya Shaariibuu.

khairy jamaluddinMenurut Khairy, beliau telah memberitahu polis bahawa beliau tidak pernah menerima sebarang laporan perisikan tentera dari perdana menteri atau mana-mana pihak.

Dalam akuan bersumpahnya, Raja Petra mendakwa laporan tersebut telah diserahkan kepada Khairy untuk disimpan.

Khairy berkata, beliau juga telah memberitahu pihak polis bahawa akuan bersumpah itu, kandungannya dan tuduhan terhadap beliau, dibuat dengan niat yang jahat.

Beliau yang juga ahli Parlimen Rembau memberitahu demikian dalam satu sidang akhbar di lobi Parlimen petang tadi.

Khairy berkata, beliau memberi kenyataan tersebut selama kira-kira sejam di Putrajaya malam tadi.

Katanya, beliau akan berbincang dengan peguamnya sama ada akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Raja Petra.

Khabar angin

Khairy berkata, beliau tidak tahu apakah motif Raja Petra tetapi menegaskan bahawa dakwaan itu dibuat berasaskan sumber-sumber dan khabar angin.

Katanya, dakwaan tersebut tidak benar sama sekali dan ia telah mencemarkan kredibiliti beliau.

Ditanya sama ada polis juga telah merakamkan kenyataan dari bapa mertuanya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Khairy berkata ia harus ditanya kepada perdana menteri sendiri.

Raja Petra, dalam akuan bersumpahnya 18 Jun lalu, mendakwa isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor bersama dua lagi berada di tempat kejadian sebelum wanita Mongolia itu diletupkan.

Beliau juga mendakwa dalam akuannya itu bahawa beliau mendapat maklumat bahawa perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyedari mengenai dakwaan pembabitan isteri Najib.

Raja Petra mendakwa lagi, Abdullah menerima satu laporan bertulis dari pihak perisikan tentera, yang mengesahkan pendedahan beliau itu.

Laporan tersebut, dakwa Raja Petra, kemudiannya diserahkan kepada menantu perdana menteri, Khairy Jamaluddin untuk disimpan.

Selain Abdullah dan Khairy, dakwa Raja Petra, "seorang Sultan juga telah dimaklumkan mengenai perkara tersebut dan menyedari tentang tuduhan berkenaan.


- Beh Lih Yi
READ MORE - Khairy turut disiasat polis

Nik Aziz: 'Tiada pertemuan dengan pemimpin Umno'



Nik Aziz bertegas tidak akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin Umno demi kesejahteraan PAS.

KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menegaskan beliau tidak akan mengadakan sebarang pertemuan dengan pemimpin Umno bagi mengelak perpecahan dalam PAS sendiri.

Menurut Menteri Besar Kelantan itu, sebarang perundingan dengan parti lawan itu hanya akan memecahbelahkan PAS kerana ada di kalangan anggota PAS yang tidak bersetuju dengan perkara itu.

"Terhadap ura-ura yang mengatakan saya akan mengadakan perundingan dengan Umno, ini saya nak jawab, tak akan ada perjumpaan dengan Umno.

"Kita tak mahu nanti timbul perpecahan dalam PAS sendiri," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini.

Beliau berkata PAS perlu menjaga hati anggota dan juga penyokong parti itu selain tidak mahu Muktamar PAS yang akan datang menjadi medan melepaskan kemarahan anggota parti yang tidak setuju dengan cadangan itu.

Dalam perkembangan lain, Nik Aziz berkata kerajaan negeri hari ini merangka beberapa lagi langkah penjimatan yang akan dilaksanakan serta-merta.

"Kerajaan negeri Kelantan telah lama mengamalkan langkah penjimatan dan ia dilaksanakan berdasarkan ajaran Islam, iaitu jangan boros dan juga jangan kedekut dalam mengurus kewangan kerajaan," katanya.

Antara langkah penjimatan itu ialah semua penerbangan pegawai kerajaan perlu menggunakan kelas ekonomi kecuali bagi kes kesihatan dan tuntutan elaun exco kerajaan negeri dihadkan.

Nik Aziz berkata pembiayaan program yang dianjur kerajaan negeri dikurangkan sebanyak 30 peratus daripada biasa dan program hendaklah diadakan di dewan-dewan milik kerajaan negeri.

Selain itu, penjimatan elektrik di semua pejabat kerajaan pada waktu rehat kecuali ada staf yang bertugas dan juga penjimatan dari segi pembelian peralatan pejabat.

"Kerajaan juga akan memberhentikan segera projek naik taraf yang tidak perlu. Pekeliling mengenainya akan diedar dalam dalam masa terdekat," katanya. BERNAMA

READ MORE - Nik Aziz: 'Tiada pertemuan dengan pemimpin Umno'

Datin Seri Rosmah Mansor di siasat

Tuesday, June 24, 2008



KUALA LUMPUR: Polis telah mendapatkan keterangan daripada Datin Seri Rosmah Mansor dua hari lepas setelah namanya disebut dalam akuan berkanun penulis blog Raja Petra Kamarudin berhubung kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Bakri Zinin memberitahu Bernama hari ini bahawa satu pasukan khas polis mengambil keterangan daripada isteri Timbalan Perdana Menteri itu di rumahnya pada Isnin.

"Beliau telah memberi kerjasama sepenuhnya kepada pegawaipegawai penyiasat dan kami akan jalankan siasatan yang adil.

"Kami juga mendapatkan kenyataan daripada dua orang lagi yang disebut dalam akuan berkanun Raja Petra itu. Sekarang ini biarlah polis meneruskan siasatan," katanya.

Bakri berkata polis perlu menyisat kes itu daripada pelbagai sudut kerana dakwaan yang dibuat itu adalah serius.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keterangan akan diambil daripada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang namanya turut disebut dalam akuan berkanun itu.

Dalam satu sidang akhbar hari ini, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan sebarang pembabitan Rosmah dalam kes itu. BERNAMA



READ MORE - Datin Seri Rosmah Mansor di siasat