Azwan menggelarkan PR sebagai anjing

Sunday, May 31, 2009

gambar ini disiarkan dalam blog nya.

Ini ada satu kesah, cerita ini disarankan oleh sesaorang supaya mempostingkan disini. Walaupun cerita ini sudah lama berlalu, tapi katanya ia masihlagi relevan sebagai tatapan semua.

Namun, mutakhir ini Azwan Ali sudah semakin kurang ajar dan amat biadap sama sekali. Beliau tidak seperti abangnya, Naib Presiden PKR iaitu Azmin Ali. Cuma terkadang kelibatnya hampir saling tidak tumpah seperti Umi Hafilda Ali, wanita yang pernah dikaitkan dengan Anwar Ibrahim di awal pemecatan beliau pada tahun 1998 dulu. Malah, wajah Umi Hafilda juga turut dimuatkan dalam buku terbitan Khalid Jaafar "50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri".



Acuan hidup Azwan kini lebih kepada Umi Hafilda yang "gila glamour" hanya kerana mengejar kemewahan. erdana Menteri". Acuan hidup Azwan kini lebih kepada Umi Hafilda yang "gila glamour" hanya kerana mengejar kemewahan. Menegur artsi itu hak Azwan, namun tindakan beliau yang menggelarkan pemimpin serta penyokong Pakatan Rakyat sebagai "Anjing dan Beruk" serta "Haram Jadah" amatlah keterlaluan dan sukar untuk dimaafkan oleh sesiapa pun. Kenyataan beliau ini telah dibuat dalam blog peribadinya "Si Laser Azwan Ali" pada hari Jumaat 8 Mei lalu. Azwan kononnya amat benci dengan Pakatan Rakyat dalam kes Sidang DUN Perak pada 7 Mei 2009. Malah beliau secara terangan menyokong Zambry Kadir yang dianggap "Macho" dalam kemelut politik Perak sekarang ini.

Sungguh hina Si Azwan Ali atas kenyataan "kurang ajar" yang dikeluarkannya itu. Kenapa perlu Azwan berkata demikian kepada Pakatan Rakyat, walhal dalam ramai-ramai penyokong Pakatan Rakyat mungkin juga ada seorang dua yang merupakan peminat fanatik Azwan Ali. Apakah punca yang menyebabkan beliau tergamak menyamakan Pakatan Rakyat seperti "Anjing-Anjing", walhal abangnya sendiri adalah salah seorang pemimpin Pakatan Rakyat yang amat disegani dan rapat dengan Anwar Ibrahim sendiri. Antara kenyataan kurang ajar yang dimuatkan dalam blognya. - sedutan Malaysiasensasi