Satu lagi 'selsema' menjelang nya jun ini?

Friday, May 15, 2009



Katanya sindrom ini bakal mewarnai dimuktamar Pas ke 55 jun nanti. Penyakit 'selsema B-end' ini yang didakwa sudah menular kesan nya kepada pergerakan Parti Islam SeMalaysia, Pas yang mana dijangka mengadakan muktamar nya yg ke 55 bagi pemilihan jawatan jawatan tertinggi dalam pucuk pimpinan parti itu dengan menjelang nya bulan jun ini.Dikatakan penyakit bawaan ini bakal menjanakan...sindrom berbahaya


Ketua Dewan Ulama' Pas Pusat, Datu'Mohd Daud Iraqi mendedahkan yang wabak ini di jangka akan melanda dalam pemilihan di nuktamar itu nanti.Jika didalam kancah perhimpunan Umno, ianya lebih dikenali sebagai 'politik wang'. Tambahnya "beliau tidak menuduh kepada sesiapa yang bakal memainkan peranan itu, tetapi berharap perbuatan itu di hentikan segera dan menasihati agar situasi ini jangan dibiarkan wujud. Katanya bila mengulas kenyataan beberapa pihak yang meminta pekara ini disiasat.

Turut menjadi persoalan nya, siapakah yang dimaksudkan “beberapa pihak itu”? dan ini bukanlah bermakna untuk mempertikaikan persoalan yang timbul, tetapi pendakwan itu juga perlu di ambil kira. Musuh musuh juga turut memainkan peranan nya demi cita cita memecahbelahkan keharmonian Pas itu sendiri. Kita tidak bermaksud yang ahli ahli Pas itu baik atau pun maksum., dan pekara pekara seumpama ini adalah tidak mustahil untuk berlaku dalam Pas,namun begitu dengan berlakunya gembarbembur apabila menjelang nya muktamar ini, secara tak langsung menambahkan kekeruhan nya. Kita ada saluran nya, kita ada pucuk pimpinan untuk menyelesaikan nya, insya Allah.

Janganlah hanya mendakwa dan sebaik nya siasat dengan segera dan ambil tindakan. Jika budaya ini di amalkan, mereka yang terbabit bakal menggigit jari untuk merebut jawatan, malah Ustaz Nasaruddin Tantawi turut menyentuh, yang mana para perwakilan secara majoritinya amat tidak menyenangi perbuatan perbuatan semacam ini. Yang mana ‘mempersenjatakan wang’ untuk menentukan jawatan yang direbutkan. Manakala anggota Lujnah Politik Kelantan, Ab.Fatah Harun turut membidas dan berkata “Datu’Mohd Daud Iraqi perlu melapurkan hal ini ke atas supaya tindakan dapat di ambil segera kepada mereka yang terbabit, dan jika dakwaan itu tidak benar satu tindakan yang wajar di ambil ke atas beliau” katanya selepas dihubungi Bernama.

Apabila pekara ini di sesasikan oleh sesetengah pihak lain, maka ramailah rakyat diluar sana yang menganggap bahawa Pas dan Umno tak banyak bezanya, sedangkan apa yang kita pasti ia nya banyak perbezaan. Pembendungan sindrom yang dibudayakan oleh pihak satu lagi ini, haruslah di hindarkan dan takperlulah Pas memainkan rentak yang sama. Kewujudan fenomena sebegini bukanlah budaya parti Islam dan kebelakangan ini ramai pihak diluar sana yang sebuk mencari ruangan yang ada bagi memporak perandakan keharmonian parti saingan nya apatahlagi dengan menjelangnya pimilihan pucuk pimpinan dalam muktamar ke 55 nanti.

-awanjingga/09