Ini orang Islam, Rafidah
Ini orang bukan Islam, Elizabeth Wong
Bertempat di sebuah kedai makan berhampiran dengan sebuah komplek perniagaan di Bandar Chukai, saya dan se orang rakan lama berkebetulan bersua di petang itu. Beliau sememang nya berasal dari Bandar ini, yang juga merupakan salah sebuah daerah yang kaya dengan carta sejarah nya. Bagi jenarasi terdahulu memang masih lagi mengingati peristiwa ‘NATRAH’ yg banyak mengaitkan Bandar Chukai ini.
Beralih pula kita kepada ingatan sejarah selepas itu, Chukai yang daerah nya Kemaman pernah melahirkan dua orang Menteri Besar Terengganu, iaitu Wan Mokhtar dan MB sekarang Mohd Said yang berasal dari Telok Kalong Kemaman. Begitu juga dengan satu lagi ‘kesan sejarah’ ia itu peristiwa perobohan Masjid Bujal, Kemaman, yang masih lagi terngiang ngiang di telinga, khusus nya orang orang di daerah ini, dan di seluruh dunia ‘am nya dek penyebaran yang begitu cepat. Itulah dia dunia tanpa sempadan.
Titiktolak detik detik pertemuan dua orang itu tadi, saya sendiri tidaklah terkejut mana dengan luahan rakan itu yang lebih banyak bercakap perihal ‘perkembangan’ politik setempat. Beliau turut bercerita perkembangan mutakhir ini di beberapa kampong di daerah nya itu, yang sudah ada beberpa kumpulan kecil yang sebuk bercakap kepada orang ramai di kampong kampong berkenaan dengan ‘keburukan’ Pas.
Kuncu kuncu ini mengatakan yang parti Pas sudah jauh menyeleweng dari matlamat asal nya. Sekarang sudah pandai berpolitik wang dalam muktamar nya, terlalu terikut ikut dengan puak kafir DAP berbanding dengah Umno yang satu agama dengan nya. Malah lebih rapat lagi dengan golongan itu dari kita sesama Islam ini, tambah nya lagi. Depa ini terus menjaja cerita yang puak puak orang Pas ini seperti meludah ke langit, sekarang sudah terpercik ke muka sendiri. Depa bermaksud dulu Pas ini sebuk mengatakan dalam Umno banyak politik wang dan sekarang dalam Pas sudah berlaku, Pas pun sama saja apabila sudah ada kuasa sedikit.
Abang abang dan makcik makcik kat kampong angguk belaka tanda setuju. Dakyat ini semakin menular sekarang, apabila suasana politik tanah air semakin tegang di Perlis, Perak, Penang mahupun Selangor sekarang ini dan Pas pun sebuk dengan pemilihan nya dimuktamar.
Geng geng Umno ini kurang faham agaknya, depa fikirkan orang orang yang menganut agama Islam ini sama belaka kefahaman nya, Islam Hadhari konsep nya tak sama dengan system Islam sebenar. Kita dah tahu yang DAP ini dibawah pinpinan orang kafir dan memang sah Lim Kit Siang itu kafir, tetapi yang mengatakan aku Islam ini yang perlu kita buat kira. Dia kata dia Islam tapi isteri isteri apa cerita? takpakai tudung. Dia kata dia Islam tapi mengimarahkan judi. Siapa yang meluluskan lesen judi, lesen ‘pelacur’? parti Pas ke?..kalau nak disenaraikan disini apa itu kemungkaran puak puak ini, tak support hardisk rasa nya.
Allah dah turunkan garis panduan, takkan tak mengerti lagi ada sekolah agama persendirian ditutup, di bekukankan bantuan. Ada Quran ditanam di kutub utara, ada Al Quran dibuat pertandingan dan suruh baca sahaja, kalau hendak di amalkan dilarang. Apa ini? Ada pembelajaran tulisan jawi dah di mansuhkan, apa ini? Cuba buka akhbar harian metro di helaian belakang, dua muka dipenuhi keputusan nombor ekor 4digit dan sebagai nya. Apa ini?
Kalian ini mula bercakap cakap di kedai kedai kopi, yang mursyidul Pas menyuruh Umno kembali kepada Islam sebenar barulah kita boleh betrsama sama Umno, depa kata apa yang Pas nak sebuk sebuk.. Umno dan 50 tahun dah membangunkan Islam dan lebih maju dari yang Pas buat. Kita ada Universiti Islam, kita ada maktab Islam dan kitya ad Bank Islam, Pas buat apa?
Beginilah yang dikatakan Islam nya Umno rupa nya, kita ada kolej Islam, kita ada pinjaman Islam, mujur depa tak kata kita ada juga ‘kapal selam’.. fikiranya itulah Islam sebenar payahlah kalau macam ni bila dikatakan Pas menentang Umno sedangkan kita sama sama Islam yg duk baik sangat dengan Dap itu buat apa. Depa ni tak fakir dalam BN itu sebahagian besar parti gabungan nya adalah dari puak puak kafir. MCA, MIC, PPP dan yg lain lain tu apa cerita?
Nak habaq mai, orang munafik dibelakang Nabi pun depa turut sembahyang, ini yang menjadi masaalah nya dan sebenarnya perbualan dipetang itu memang banyak lagi cerita cerita yang berkisar tentang politik, dan beginilah cara penghasutan puak puak ini bila mata orang ramai semakin terbuka dan mengerti akan halatuju politik kita yang semakin membara kebelakangan ini dan mungkin akan disambung lagi dilain keluaran, kita henti dahulu dan jumpa lagi.
- editor dua
My Blog List
-
-
-
-
SUKA MUHONG1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
About Me
- Unknown
Label
Politik di kedai kopi bandar Chukai
Thursday, May 21, 2009Posted by Unknown at 8:48:00 AM