Calon Timbalan Presiden Pas, Datuk Dr Haron Din semalam mengesahkan menarik diri daripada bertanding merebut jawatan tersebut pada Muktamar Pas Jun ini kerana berpegang teguh pada prinsip dan pendiriannya.
Beliau yang juga Timbalan Mursyidul Am Pas berkata, keputusan untuk tidak bertanding telah dilakukan sejak sebelum penamaan calon lagi.
“Saya masih berpegang kepada prinsip dan pendirian sebagaimana yang pernah diutarakan dahulu bahawa saya tidak akan merebut mana-mana jawatan dalam parti.
“Saya sebenarnya tidak pernah menawarkan diri untuk bertanding dalam mana-mana jawatan dalam parti, namun tetap dicalonkan. Tiada keperluan untuk saya bertanding,” katanya semalam.
Menurutnya, tindakan tersebut juga pernah dilakukan sebelum ini di mana beliau pernah dicalonkan sebagai calon pilihan bagi jawatan Timbalan Presiden Pas.
“Pada ketika itu, saya mengatakan jika bagi jawatan tersebut tidak ada calon lain yang bertanding, saya akan menerima amanah tersebut dan saya telah menarik diri kerana ada calon lain yang bertanding.
“Majoriti ahli Pas dan calon jawatan tersebut telah mengetahui keputusan dan pendirian saya sejak awal lagi,” katanya.
Katanya, beliau juga tidak akan menghantar borang jawapan pengesahan bertanding pada 25 Mei ini.
- sinarharian
My Blog List
-
-
-
-
SUKA MUHONG1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
About Me
- Unknown
Label
Haron Din pegang teguh pada prinsip
Monday, May 25, 2009Posted by Unknown at 8:29:00 AM