Hishamuddin pendamai Terengganu?

Thursday, May 28, 2009

Sememang nya pelbagai uraian boleh dikata atau boleh diperjelaskan, namun kepastian agak sukar diterjemahkan. Sehinggalah cerita ini ditulis, kerumitan kemelut politik Terengganu masih lagi kurang jelas untuk diselesaikan, “gelap gambar” kata orang Terengganu.

ADUN Hulu Besut, Nawi Mohamad berkata “masih sukar untuk dua kumpulan penyokong yang saling bertentangan itu, untuk berbaik-baik semula”. Kedua dua “orang kuat” Terengganu masihlagi kurang ‘sekata’ demi untuk menjernihkan suasana di Terengganu. MB Terengganu sekarang Dato’Ahmad Said dan bekas MB yang lalu Dato’ Idris Jusoh telah ditemui oleh Dato’Hishamuddin Hussein dalam usha usha mencari pendamaian.



Dato’Hishamuddin yang ditugas sebagai orang tengah, yang juga naib presiden Umno mengadakan pertemuan berasingan dengan ketua-ketua Umno bahagian dan kemudiannya diikuti pertemuan dengan ADUN BN Terengganu bertempat di pejabatnya di Puterajaya.

Semasa pertemuan Hishamuddin dengan kedua dua penyokong ketua ketua Umno tersebut, masing masing memberi harapan positif untuk menyelesaikan kemelut itu, Hishamuddin yang juga sebagai Ketua Perhubungan UMNO Terengganu pernah suatu ketika sebelum ini secara spontan terpancut keluar daripada mulut nya bahawa Menteri Besar Terengganu akan diganti, Kalau bohong saya, bohonglah beberapa orang penting akhbar arus perdana. Entahlah secara sengaja atau tida perkataan itu ‘terkeluar’ dari sebutan nya danbeliau juga agak rapat dengan bekas MB lalu, Dato’Idris Jusoh. Hishamuddin dalam pertemuan dengan sekumpulan kecil wartawan memberi hint berkenaan dan orang penting surat khabar bercakap mengenai perkara ini di mana-mana.

Dato’Hishamuddin terpaksalah memikul tugas berat ini, bagi mengamankan semula krisis diantara kedua dua yang bertelagah itu, apatah lagi beliau baru saja dilantik sebagai ketua Perhubungan Umno negeri Terengganu. Ekuran dari ‘siapakah MB’ selepas pilihanraya ke 12 lalu, masih lagi terbawa bawa hingga kini. Tindakan 10 Adun dalam regu nya untuk “memberontak” kerana enggan menghadiri sidang dewan baru baru ini secara tak langsung nya seolah olah mengeksploitkan tembelang nya sendiri. Pengikut2 nya sebuk mencari kelemahan pentadbiran Ahmad Said, untuk dijadikan senjata nanti apabila membuat lapuran ke Puterjaya, namun telah disebarkan ke merata ceruk dunia melalui internet, yang didakwa menjadi kelemahan Ahmad Said.

Walaupun sebelum ini Idris menafikan beliau yang menjadi ‘dalang’ kepada 10 ADUN yang memberontak, namun sikapnya yang sentiasa ‘terburu-buru’ telah memecahkan tembelangnya sendiri.. Idris mula menonjolkan diri apabila Hishamudin dilantik, mengambil alih suara 10 ADUN pemberontak dan memainkan peranannya sebagai orang yang terkehadapan dengan menghantar SMS kepada pihak media. Rakyat negeri Terengganu sendiri semakin teruja dan sudah membayangkan siapakah Idris Jusoh sebenarnya, dan siapakah yang mengeruhkan suasana politik negeri ini.


Jauh dari pemahaman kita, apabila diperhatikan sepintas lalu seolah olah kerajaan negeri Terengganu ini semacam diuruskan terus dari kerajaan pusat. Kenapa dilantik ‘orang luar’ sebagai ketua perhubungan? anak negeri tak ada yang layak ke? macam perbelanjaan itu di uruskan oleh pusat pulak. Wang royalty di ambil pusat dan salurkan semula dengan nama wang ehsan, itu pun dilimitkan menjadi tersekat sekat untuk di beri, semua projek mega seperti Monsoon Cup, Pembangunan Pulau Duyong, Taman Tamdun Islam adalah datang terus dari kerajaan Pusat, bukan perancangan Dato’ Idris, kata Ustaz Harun Taib.

Perlantikan Hishamuddin itu juga semacam satu ‘tamparan’ kepada Umno negeri yang terus bermasaalah dan ketegangan di antara kedua MB serta bekas MB itu, semakin menghantui rakyat negeri itu. Semoga kebijaksanaan Dato’Hishamuddin yang ditagihkan untuk mencerahkan kekalutan ini, apatah lagi pusat sudah memberi kepercayaan pada nya untuk merealisasikan ‘gelombang biru’ itu.

- buletinonline/editor mc