Forumer Tranungkite Online baca khutbah

Friday, June 12, 2009



Pada 12hb. Jun lalu, saya bersama beberapa orang rakan berkesempatan menunaikan solat jumaat di Masjid Pasir Minal Kemaman. Semalam saya menerima satu sms dari seorang sahabat, yang memberitahu Ustaz Yusof Pulau Manis akan membaca khutbah esok nya dimasjid itu. Saya dan beberapa orang rakan berhasrat untuk kesana pada keesokan harinya.

Ustaz Yusof ini memang kami kenali kerana beliau bergiat aktif di sekitar negeri Terengganu, Pahang dan Kuala Lumpur dalam penyampaian kuliah kuliah bab ketuhanan dan kini merupakan penceramah undangan dalam beberapa majlis bulanan dan sebagainya.



Kami juga difahamkan yang Ustaz ini juga merupakan former teranungkite online dan aktif beberapa tahun dahulu. Pernah juga beliau dijemput untuk menyampaikan tazkirah disatu majlis anjuran tranungkite online kawasan timur di Pantai Teluk Kalong beberapa tahun dahulu, kalau tak silap saya pada tahun 2007. Mungkin beliau sekarang ini agak kurang aktif untuk berforum kerana lebih banyak menumpukan kepada kuliah kuliah dan memenuhi undangan dari pihak lain.

Ustaz Yusof menyampaikan khutbah dengan lancar dan baik dan sebentar tadi saya dimaklumkan beberapa orang Mod tko juga turut bersembahyang di masjid itu, termasuk Siput, Matjejakrasul dan bermungkinan Skepo disamping ramai lagi ahli ahli yang lain. Dalam khutbah itu beliau diawal nya menyentuh pengertian surah ama yatasa alun, yang mana mengupaskan turun nya ayat ayat yang menegur nabi Muhammad s.a.w. kerana melayani kedatangan Ibnu Maktum yang buta dengan hambar. Kedatangan Ibnu Maktum dengan serba kekurangan itu kurang dilayan oleh nabi, sedangkan keikhlasan beliau untuk memeluk Islam begitu ketara. Nabi Muhammad ketika itu sedang melayani para pembesar Qurais dan menganggap jika para pembesar ini memeluk Islam ianya lebih bermakna dan disegani ramai. Manakala Ibnu Maktum pula seorang yang tidak dikenali ramai dan buta matanya pula.

Lalu turun ayat ini, sebagai teguran kepada nabi kita Muhammad s.a.w. dan semoga menjadi iktibar kepada kita semua dalam memberi layanan kepada manusia yang sama rata ini.

Dalam bab kedua pula, khutbah yang disampaikan itu melingkupi pengkesahan Tokku Pulau Manis, yang berdamping dengan raja Terengganu ketika itu Sultan Zainal Abidin 1, beliau juga menasihatkan raja dalam bab pemerintahan negeri yang lebih berat kepada pemupukan ketaqwaan kepada agama kita, Islam. Semoga ianya menjadi kenyataan kini.
Janganlah membiarkan rakyat terus berada di takuk lama serta berada didalam kerajaan yang gagal menyerlahkan kepada ketaqwaan Illahi dan tidak mengenal hujung pangkal apa itu makruf dan apa itu mungkar.

“katakanlah (wahai Muhammad): jika benar kamu mengasihi Allah, maka ikutilah perintah ku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa dosa kamu dan Allah itu maha pengampun dan maha mengasihani – Ali Imran 31”