perpaduan, penjelasan dan diambil kesempatan

Thursday, June 11, 2009

Angin terus bertiup kencang, sedikit ucapan dibuat lalu gemuruh didada dada akhbar mengiyakan apa yang tak pasti. Kalian ini mengambil kesempatan yang membawa kepada pelbagai andaian sehingga hampir menjuruskan kepada unsur unsur ‘melaga lagakan’ kedua dua pimpinan utama selepas berlalu nya muktamar ke 55 yang baru lalu.

Sesetengah pemberita ‘mengaut keuntungan’dan menekan suasana yang ada agar pemimpin PAS tidak sekata dan kefahaman yang tidak menentu, mereka ini mula menghambur kata kata yang mengapikan apikan apabila selesainya muktamar Pas baru baru ini. Penganalisa politik dan para pemimpin pelbagai parti terus memberi membuat andaian nya.




Isu kerajaan perpaduan semakin dicelarukan dan tak kira lawan atau kawan kesemuanya memerlukan penjelasan. Begitu juga kita sebagai rakyat jelata ini tidak begitu jelas kefahaman nya, Haji Hadi Awang berkata pekara ini boleh dibincangkan demi mengharmonikan negara ini, soal ini Pas boleh duduk berbincang tetapi bukan bermakna yang Pas bersedia untuk berada dalam Barisan Nasional. Untuk membangun dan memajukan rakyat dan negara ia merangkum banyak pekara, takkiralah kemajuan apa pun, ekonomi ke, kemajuan insan ke. Ramai yang mahukan penjelasan, begitu juga dengan perdana menteri kita sendiri, Datuk Najib. Beliau melancarkan gagasan 1Malaysia, ramai juga yang salah mentafsirkan nya, malah rakan rakan nya sendiri pun masih lagi kurang memahami, begitu juga rakyat ini masih tidak jelas apa itu 1Malaysia.

Datuk Muhyyidin Yasin turut berkata “penubuhan kerajaan perpaduan” itu perlu dijelaskan dan PM memberi laluan untuk berbincang, tetapi ianya tak jelas malah DAP yang rakan dari PR pun tidak dimaklumkan lagi apatah lagi PKR terus menolak macam mana ini? perlukan penjelasan kata nya.

Rais Yatim turut mengulas melalui BERNAMA kelmarin, beliau percaya dengan pendirian Pas dan mempetikaikan DAP serta PKR yang menolak cadangan itu malah pemimpin tertinggi Pas juga kurang bersetuju kata nya. Kenapa pula tidak suka perpaduan? kalau tidak suka perpaduan boleh di anggap politik yang tiada pendirian tambah nya lagi.

Para pemimpin politik terus mengharapkan penjelasan yang baik untuk kefahaman mereka, Presiden PKR Wan Azizah juga begitu dan penasihat DAP Lim Kit Siang pun bersuara, yang mana PR mula berhadapan dengan krisis keyakinan nya. Beliau mengulas ekuran dari muktamar Pas ke 55 yang baru lalu. Susulan dari kenyataan Presiden Pas yang inginkan ‘rundingan perpaduan’ dengan kerajaan sekarang dan beliau turut meminta Pas mengkaji semula larangan penubuhan SIS, apa hal dengan SIS katanya? itu adalah kebebasan bersuara dalam system demokrasi di negara ini.

Kit Siang mendakwa UMNO kini mengambil kesempatan dengan menggunakan isu ‘perpaduan’ itu untuk memecahbelahkan dan menghakiskan keyakinan umun kepada PR itu sendiri dan ini memberikan satu tamparan dan ujian kepada kebijaksanaan para pemimpin Pas, PKR dan Dap untuk memenuhi harapan rakyat sebagaimana apa yang diluahkan ketika piliharaya lalu.

Ramai pemimpin Umno membidas mursyidul ‘am Pas Tuan Guru Nik Aziz, yang menganggap Nik Aziz menolak penubuhan kerajaan perpaduan., Ahli ahli veteran Umno termasuk Datuk Rozali Ishak mengatakan pelik kepada MB Kelantan yang menolak hasrat itu, dan berkata lagi mengapa Pas boleh duduk semeja dengan Semangat 46 dulu dan sekarang dengan Dap? tetapi tidak dengan Umno kata nya. Khairi Jamaluddin juga berkata Pas perlulah mengelak syak wasangka seterus nya mengambil pendekatan ‘husnul zon’ peransangka baik dalam hal ini. Pelik juga si-Khairi ini, pandai pula bercakap ‘husnul zon’, ini pemerintahan global tak cukup hanya sekadar isu tersebut untuk di ambilkira dengan pendekatakan husnul zon itu.

Pengarah piliharaya Pas, Datuk Mustapha Ali pula berkata tak perlulah kita membesar besarkan isu ini dan salah tafsirkan nya. Kenyataan Haji Hadi itu hanya sekadar teori dan konsep dan itu bukanlah pekara utama dalam muktamar tempuhari. Tak perlulah, pada saya tak mahu difikir fikirkan sangan dan tujuan kita hendak membenamkan Umno dalam pilihanrayua akan dating serta berilah tumpuan di Manik Urai pula tambah nya.

Suasana politik dinegara kita kebelakangan ini bertambah berantakan, apadia gagasan 1Malaysia yang di luahkan oleh PM kita dan apa itu kerajaan perpaduan yang diperkatakan oleh Presiden Pas baru baru ini, dan apabila mursyidul Am mengatakan ianya tidak perlu, maka melentinglah puak puak itu dan riuhlah surat surat khabar dan media media yang lain. Itulah kesempatan yang digunakan oleh mereka untuk menambahkan kekeliruan yang ada. Ustaz Nasharuddin Mat Isa juga menyentuh, janganlah kita terbawa bawa dengan masaalah itu, tak ada hasrat langsung setakat ini untuk kita menjerumus ke dalam Umno. Lupakan dulu..kita ada masih banyak pekara pekara untuk memantapkan perjuangan ini.