Puteri cepat perasan

Monday, June 15, 2009

Kita tak perlulah cepat melatah dalam banyak segi, terlalu cepat dan begitu pandai untuk membuat sesuatu andaian. Tak tahulah apa konsep yang dimaksudkan, sama ada perang saraf atau strategi yang di ambil sebagai menambah kekuatan kepada apa yang tak berkekuatan. Itu puteri Terengganu yang saban masa sering 'melenting' dengan situasi yang ada pada pembangkang.

Seminggu dua sebelum ini beliau juga 'mempertikaikan' bab keruntuhkan bumbung Stadium Sultan Mizan, "ha.. pembangkang janganlah mempolitikan keruntuhan ini".. dia bagaimana tak memikirkan yang sebelum bumbung itu runtuh pekara itu sudah setahun telah di bangkitkan dan dipolitikkan dalam dewan negeri. Telah di lapur oleh pembangkang yang mana kedudukan bumbung tersebut tidak normal.



Ketua Puteri Umno Terengganu, Asfalinda Anuar berkata kepada Sinar Harian, "Parti Pas itu sudah berpecah kepada dua puak, dan ini berlaku kerana perbezaan matlamat dan keinginan kedua dua pemimpin parti itu" tambah nya masaalah dalaman yang berlaku dalam Pas itu nanti, akan memberi yang lebih kepada BN dalam perebutan kerusi di Manik Urai nanti.

Pada amatan nya yang Pas sudah bgerpecah, kita janganlah membiarkan emosi itu selalu mengatasi cara. Kenapa cik tuan puteri tidak kata pula kepada PPP pimpinan Kaveas itu? berbeza pendapat dan mengaitkan mahkamh serta bada pendaftarn ROS?. Para penyokong Pas tidak melatah dengan situasi ini. Janganlah cepat melemparkan kata untuk mendahului nya.

Beliau turut bersuara, Manik Urai perlu dibangunkan kerana jauh ketinggalan, kenapa bila ada pilihanraya kecil depa ni mula menanam tebu dibibir mulut, sering menjaja kata kata manis merata rata. Kenapa kalau tidak ada PRK, tebu tebi itu tidak ditanam? Bila dikata pembangunan mee segera, depa hendak marah. Semua lagu lagu ini akan didendangkan di Manik Urai nanti.

- megawati dungun