Tak benar Chin Peng pulang, tutup pintu habis cerita

Monday, June 22, 2009




Secara tiba tiba diawal jun lalu, mula sebuk kendengaran dimerata ceruk negara kita beberapa cerita sensasi, yang mana terus dilagukan oleh beberapa gulongan ini. Antara cerita cerita yang diputarkan termasuklah keinginan bekas tokoh PKM (Parti Komunis Malaya) Chin Pen, untuk pulang dan menetap dinegara ini, setelah sekian lama berada di ‘luar negeri’.

Keputusan Perdana Menteri kita tidak membenarkan Chin Peng pulang ke Setiawan Perak kerana kekejaman komunis di Malaya satu ketika dahulu dan tidak mahu rakyat negara ini terasa dengan sikap kekejaman yang memberi sejarah hitam setelah Negara ini di jajah oleh Jepun.



Sememangnya kita semua tidak menyangkal akan kekejaman pihak komunis 65 tahun dahulu dan ramai penduduk dinegara kita yang terkorban dan kemusnahan harta benda. Ahli ahli Parti Komunis itu telah pun mendapat keampunan dari kerajan kita. Ramai juga para ahli dan pemimpin PKM itu yang kembali semula ke Malaysia, antaranya termasuklah Abdullah CD, Shamsiah Fakeh dan beberpa orang lagi. Masih ramai juga yang menetap di perkampungan yang dinamakan “Perkampungan Malaysia” di sempadan Thai.

Rayuan Chin Peng untuk pulang ke negara ini juga diperbesarkan oleh BN untuk mengalihkan pandangan rakyat daripada isu-isu utama dalam banyak hal, umpamanya krisis di Perak, kerajaaan perpaduan dan PRK di Manik Urai. PKM kemudiannya menandatangani perjanjian damai dengan kerajaan Malaysia pada 1989 yang membenarkan beberapa pemimpin tinggi PKM pulang ke Malaysia. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula berkata sebarang saranan untuk membenarkan Chin Peng tidak akan dilayan dan menegaskan perkara itu hendaklah "ditutup".

Kalau tidak mahu membenarkan Chin Peng pulang semula ke negara ini, tak perlulah melaung laungkan nya. Ini sudahlah tidak membenarkan nya pulang, sebuk pula bertanya kesitu kesini semacam minta pendapat dari pelbagai pertubuhan apakah pandangan dengan hasrat Chin Peng itu. Tanya Persatuan Bekas Tentera Malaysia, dan pelbagai lagi. Kalau dah tak benarkan Chin Peng pulang senang saja, tutup pintu sempadan dan arahkan anggota keselamat sekat laluan ketua PKM itu, habis cerita. Apa guna tanya orang ramai atau pertubuhan lagi? Tutup dan sekat saja. Tak perlulah nak war warkan seolah olah olah ingin mengambil kesempatan terbuka untuk mengkelabui mata rakyat dari menumpukan kepada pelbagai isu yang membara sama ada kes stadium runtuh, selsema babi, dewan negeri Perak, pilihanraya kecil, perajaan perpaduan dan sebagai nya.

Yang menambahkan kepeningan kepala kita, pandai pula mengatakan yang komunis itu zalim, kejam dan tidak berhati perut terhadap rakyat. Kenapa tidak pula memikirkan yang kuncu kuncu sendiri itu juga maha zalim? System ISA itu sudah berkonsep zalim, atau tahan tanpa bicara. Merampas tanah tanah rakyat, juga satu kekejaman. Meledakkan ‘Altantuya’ dengan bom C4 yg satu satu nya bom berkeupayaan tinggi, yg mana membuat mayat nya hancur berkecai tanpa bukti adalah amat kejam. Sekejam kejam komunis itu sendiri tak ada pun membunuh rakyat dengan senjata demikian. Siapa yang lebih zalim?

Dari satu segi yang lain pula kalian ini sebuk memertabatkan lawatan PM kita ke negeri China dan riuh berkata “ini satu lawatan yang berjaya” Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan lawatan rasmi empat hari ke negara China kali ini amat berjaya. Ini jelas menunjukkan bahawa kepimpinan kerajaan China amat berhasrat untuk memperkukuhkan hubungan kita dan membawa hubungan Malaysia-China kepada peringkat atau tahap yang jauh lebih tinggi," kata beliau.

Gali lobang tutup lobang itulah keadaan suasana dinegara kita sekarang dan sentiment ini akan terus dilakarkan untuk membuaikan rakyat yamg menyaksikan kekebalan satu satu pihak itu semakin goyah dek keadaan, wallahualam.

- editor4