Pada 22hb Jun lalu saya bersama sama sembilan lagi rakan rakan yang lain menuju ke Alor Gajah Melaka, untuk menghadiri ke satu seminar dibawah anjuran satu jabatan di Puterajaya. Dalam perjalanan menuju Alor Gajah, saya tersenyum apabila terpandang kepada satu banner yang dipasang di satu simpang.
Satu banner atau kain rentang yang di pasang itu menceritakan satu kursus pidato anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia melalui Sekretariat Penerangan dan Komunikasi akan mengadakan Kursus Pidato tersebut yang dilaksanakan pada 12-14 Jun lalu. Saya difahamkan kursus ini akan melibatkan sejumlah 60 orang peserta dan bertempat di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjong Bidara, Melaka.
Bagus juga latihan latihan begini di adakan, sekurang kurang ada juga pendedahan kepada peserta yang bakal melahirkan pelapis pelapis yang baik. Kita semua pun selalu sangat di hebuh hebuhkan ‘acara debat’ yang menampilkan tokoh tokoh politik di antara kerajaan dan pembangkan, namun kerap kali ianya tidak menjadi kenyataan. Hanya sedikit usha usha yang di ambil oleh setesen TV9 saja yang menyiarkan rancangan “hujjah” yang selalu kita saksikan dan baru baru ini perdebatan di antara Anwar Ibrahim dan Sabri Chik, itulah satu satu nya yang jadi kenyataan.
Kalau yang ada pun hanya “debat olok olok” itu pun wakil wakil Umno yang berdebat dengan orang orang Umno sendiri. Debat sama sendiri. Bab malu tolak tepi.
Dengan usha usha pemuda Umno yang mengadakan kursus pidato tersebut, paling tidak pun dapat juga membantu keyakinan para peserta nya, demi menengahkan para pemidato terlatih nya nanti. Apakah di pihak pembangkang tak ada hasrat yang serupa? Dan kita tahu dasar pembangkang dan kerajaan banyak yang berlawanan. Apabila latihan latihan begini di adakan, tak kiralah pihak kerajaan ke atau pembangkang pun, dapat memberikan penilaian yang baik kepada rakyat,
Sekarang di pihak pergerakan Umno sudah mengambil inisiatif untuk mempositifkan peranan hala tuju nya nanti, dalam menghadapi atau mematahkan hujah hujah yang diajukan oleh pembangkang. Tak kiralah di pentas mana sekali pun, sama ada di dewan dewan atau ceramah umum mahu pun di dewan rakyat atau parlimen.
Kita tak mahu pula apabila satu satu majlis debat atau perbincangan sering dibatalkan di saat saat akhir, itulah kerenah yang sering rakyat perhatikan sejak dahulu lagi. Entahlah semacam ada satu sindrom pula, taknak layan atau pun bimbang mahupun takut apabila majlis majlis itu di adakan.
Sama ada secara kebetulan atau tidak, semalam Tok Guru Nik Aziz pula mempelawa PM kita Datuk Najib untuk berdebat. Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjemput Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan debat terbuka bagi menyelesaikan kekalutan politik yang berlaku sejak sekian lama antara Umno dan PAS. Nik Aziz berkata, hasrat untuk mengadakan perdebatan itu dibuat berikutan tindakan Pergerakan Pemuda Umno Kelantan membuat laporan polis berhubung kenyataan beliau dalam satu ceramah politik pada 21 Jun lepas, yang didakwa berbaur hasutan dan boleh mencetuskan ketegangan.ceramah politik pada 21 Jun lepas, yang didakwa berbaur hasutan dan boleh mencetuskan ketegangan, perkara yang berlaku sekarang tidak akan selesai hanya dengan menggunakan media sebagai saluran tetapi mesti dibincang secara berdepan, kata nya pada Bernama.
Semoga pihak pembangkang boleh menjadikan nya iktibar dalam mengharungi onak politik tanah air kebelakangan ini.
My Blog List
-
-
-
-
SUKA MUHONG1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
About Me
- Unknown
Label
Pemuda Umno mengrekrutkan pemidato nya
Sunday, June 28, 2009Posted by Unknown at 12:08:00 AM