Stadium Sultan Mizan suku politik suku

Saturday, June 6, 2009





Geraktari sesetengah sikap mereka ini seolah olah sudah menjadi satu kemestian, sejak berzaman inilah kata yang yang dilaungkan untuk menyejukkan hati rakyat. Begitulah apabila berlakunya sesuatu peristiwa hasiltangan manusia, dengan cepat mereka ini 'menaiki pentas' lalu berkata "para pembangkang janganlah mempolitikkan pekara ini" dan inilah sifat pembangkang yang gemar mencari kesalahan orang lain.

Sejak sekian lama inilah perkataan yang dihamburkan, tak kira apa yang terjadi, bumbong stadium roboh ke, kondominium yang roboh ke atau masjid yang dirobohkan. Bila ini berlaku pembangkang jangan ambil kesempatan kesempatan mempolitikan nya. kerana ini tuhan yang tentukan. Eh.. pandai pula kata tuhan yang tentukan, kalau isteri isteri atau perempuan yang tak pakai tudung itu, tuhan yg tentukan bukan kita yang mengubah nasib kita.



Ketua pergerakan Puteri Umno, Asfalinda Anuar berkata kepada Sinar harian "pihak pembangkang janganlah mempolitikan isu runtuhan Stadium Sutan Mizan itu, kerana ia terjadi diluar jangkaan kita" dan tambahnya lagi "itu adalah ketentuan Illahi. kita belum tahu lagi sana ada kesilapan teknikal atau sebab sebab lain. Masing masing haruslan bersabar lebih lebih lagi kepada pihak pembangkang, berilah idea untuk pembangunan Terengganu, bukan sebuk mencari kesalahan"..

Beliau berkata, kejadian itu tidak dijangka akan berlaku, kenapa beliau tidak mengambilkira yang sebelum ini sudah beberapakali pihak lain melapurkan yang kedudukan bumbung stadium itu kelihatan tidak normal dan melengkung aras herizontal nya. Beginilah apabila orang yang bukan dari kem yang sama membuat teguran atau memberi pandangan ianya dianggap sepi dan tidak dapat menerima nya. Sedangkan apabila sudah roboh barulah menuduh yang pembangkan ini asyik mencari kesalahan dan taknak beri idea. Bila pembangkan beri idea beri teguran, depa mencebik muka.

Umpama nya pada sidang DUN negeri Terenganu tahun lalu, Timbalan ketua Penerangan Pas Dr.Alias Razak berkata "Stadium Sultan Mizan itu berada dalam kawasan nya lalu membangkitkan didalam dewan yang man kedudukan bumbung stadium itu agak melengkong" ini bermakna sudah sekianlama pekara ini di beritahu, dan tiada respon. Bila pembangkang yang membuat teguran, dikatakanpula pembangkang asyik cari kesilapn, dan inilah hasilnya.

Kenapa Ketua Puteri Umno itu tidak mahu memikirkan yang meluluskan projek itu siapa, yang memberi tender projek itu siapa, yang menerima tender itu siapa,yang dengan mudah JKR men'CF' kan untuk memberi layakguna dan yang mengaut "25%" itu siapa, tak perlulah hendak memperbodohkan orang lain duhai puteri ku. Lengguk itu kami sudah tahu. Mana mungkin yang meluluskan projek itu adalah mufti? takkan NGO bukan badan kerajaan pulak yang mendapat tender, tak ada sentuhan politik katanya.

Inilah gaya mereka, apa yang dibuat itu baik belaka apabila silinmg bocor, paip pecah atau makmal komputer hancur pembangkang pulak yang diseretkan nya sebuk cari kesalahan kitalah, tak hendak beri idea untuk membantulah, tak mahu sama sama memberi kerjasama untuk memejukan negerilah. Selepas itu barulah berkata "kita akan ketatkan syarat syarat pembinaan, kita akan pastikan kontretor yang layak sahaja dan kita akan tubuhkan badan penyiasat berkecuali" selepas beberapa bulan ianya hilang ditiub angin dan yang tingal hanya pembangkang.

- editor jemputan