Desakan Mursyidul Am Parti Islam SeMalaysia (PAS), Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, supaya Nasharuddin Mat Isa melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Presiden parti kerana menyokong cadangan pembentukan kerajaan perpaduan akan dibincang pada mesyuarat parti itu Isnin ini.
Turut dibincang pada mesyuarat itu yang akan dipengerusikan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang dijangka pulang ke tanah air dari London esok, ialah desakan Datuk Nik Aziz supaya Nasharuddin turut melepaskan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Bachok.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, berkata beliau terkejut dengan kenyataan keras yang dibuat Datuk Nik Aziz terhadap Nasharuddin tetapi tidak menganggapnya sebagai satu permulaan kepada perpecahan parti.
Seorang lagi Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub, pula berkata mengikut tradisi parti, perkara sedemikian biasanya diputuskan pada mesyuarat parti.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Taib Azamuddin Md Taib, pula berkata beliau yakin pemimpin peringkat tertinggi parti itu mampu menyelesaikan perkara berkenaan.
Datuk Nik Abdul Aziz kelmarin secara terbuka meminta Nasharuddin meletakkan jawatan dalam parti serta sebagai Ahli Parlimen Bachok jika beliau masih berhasrat meneruskan agenda mengadakan perbincangan bagi pembentukan kerajaan perpaduan dengan Barisan Nasional (BN).
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata beliau yakin masalah itu mampu diselesaikan dengan bijaksana oleh kepemimpinan PAS.
Pemimpin kanan Parti Tindakan Demokratik (DAP), Lim Kit Siang, pula berkata beliau akan mendengar sendiri penjelasan berhubung perkara itu daripada Presiden PAS pada mesyuarat Isnin ini.
Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, pula mahu Datuk Nik Aziz mendapatkan maklumat lebih jelas daripada Datuk Seri Abdul Hadi berhubung idea penubuhan kerajaan perpaduan sebelum membuat kenyataan melulu.
Datuk Seri Azizan berkata, adalah tidak wajar Datuk Nik Aziz membuat kenyataan melulu dan meminta Nasharuddin meletak jawatan jika masih menyokong idea mewujudkan kerajaan perpaduan.
'Perkara ini (penubuhan kerajaan perpaduan) bukan boleh diputuskan satu atau dua orang pemimpin saja, sebaliknya ia adalah keputusan ahli parti.
'Berilah Presiden menjelaskan dulu bagaimana idea sebenarnya konsep kerajaan perpaduan yang dicadangkan itu dan jangan terlalu awal membuat kesimpulan atau mengeluarkan kenyataan melulu.
'Komen beliau, termasuk meminta Nasharuddin meletak jawatan jika menyokong idea itu boleh mengelirukan penyokong parti,' katanya. / BHM/KLpos
My Blog List
-
-
-
-
SUKA MUHONG1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
About Me
- Unknown
Label
Haji Hadi balik esok, nasib Nasha Isnin ini
Friday, June 19, 2009Posted by Unknown at 12:48:00 PM