Sekarang semakin menyerlah dan kalian ini terus memainkan peranan untuk berkata apa saja tanpa tapisan. Inilah luahan keperibadian mereka, hanya setakat mengutamakan lapisan diluar saja. Mereka ini sering melagukan “tidak pakai tudung tak mengapa, janji hati mahu ikhlas” inilah keterbatasan famahan yang tidak pernah di bendung sejak berzaman lagi.
Sebelum ini Dato’Hishamuddin Hussein sejak menjadi menteri pelajaran lagi, terus menerus menghemtam Dato’Seri Anwar. Inilah dia ‘pengkianat bangsa’ inilah pemecah masyarakat melayu, sejak beliau di lantik menjadi ketua pemuda Umno tanpa berlengah dengan saban tahun menjulang keris nya ‘hidup melayu’. Sekarang keceluparan mulut itu diwarisi pula oleh penyandang TPM, Dato’Seri Muhyiddin.
Jawatan TPM di ambil alih beliau, demi mempertabatkan nya dan akulah pejuang bangsa yang sebenar takkira masa dan tempat terus melaungkan ‘Anwar adalah pengkianat bangsa melayu’. Di Manik Urai berbunyi, di Parlimen berbunyi akulah pemegang amanah rakyat. Siapa itu Anwar sebenarnya, siapa itu Nik Aziz. Rangkaian keceluparan ini terus di sambut rakan sealiran nya Dato’Nazri Aziz. Kini mereka itu menggemblingkan usha untuk memukul Anwar sebagai se orang pengkianat, sehingga sanggup berdemo dan berkumpul membuat bantahan. Kalau pihak pembangkang berkumpul tidak boleh, kegiatan haram kata nya dan merosakan pandangan luar serta menjejaskan para peniaga. Kami hanya berkumpul secara aman.
UMNO Bahagian Johor Bahru yang bersidang semalam sebulat suara melabelkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ‘pengkhianat bangsa.’ Dan laungan Anwar sebagai pengkianat bangsa berbunyi di merata tempat dan di Pahang, Pemuda UMNO Pahang berikrar akan menyokong Muhyiddin dengan kira-kira 38,000 ahli, di Di Hulu Selangor pula Pergerakan Pemuda UMNO bahagiannya menyatakan sokongan padu terhadap tindakan Timbalan Perdana Menteri dengan mengemukakan memorandum.
Depa ni tidak pula memperjelaskan apakah tindak tanduk Anwar sebenarnya secara detail
Apakah perbuatan Anwar yang mengkianatkan bangsa nya sendiri. Baru baru ini orang kuat Umno bertemu pimpinan Israel, Zahid Hamidi bertemu Ehud Barak selama kurang lebih 30 minit di sebuah acara pameran senjata, di Paris. Malaysia juga dengan tidak secara langsung masih ada hubungan dengan Israel, termasuk juga dibahagia perdagangan. Umpama nya ketika saya 'masih kecil' sekitar di akhir 70'an dahulu, saya pernah berkerja di bahagian nursery kelapa sawit di felda Selendang 1 Kuala Rompin. Saya dan pekerja lain ditugaskan menjaga sistem pengaliran air untuk tanaman kelapa sawit yg masih kecil. Kepala paip paip yang menyambungkan dari satu paip kesatu pain air yang lain itu adalah buatan Israel, sama ada kepala paip, elbow dan penyambungnya. Tetapi waktu itu saya maseh 'mentah' tidak mengerti apa apa. Hanya membaca barang barang itu made in apa.
Pihak pihak ini sering menganggap yang Anwar ini tidak kurang juga rapat dengan Israel dan menjadi agend yahudi. Anwar mahupun pembangkang yang lain di buruk burukan sedemikian rupa. Kalau ‘sejahat jahat’ Pas atau pun Keadilan dan Dap sendiri, pejabat pejabat parti ini tidak pernah lagi mengibarkan bendera Negara yahudi itu. Tetapi pejabat Umno di PWTC sudah melengkapkan sejarah nya dengan memertabatkan Negara Israel. Beberapa tahun dahulu bendera Israel berkibar megah di mercu PWTC apa cerita? siapa mertabat siapa? dan siapa yang berkianat bangsa?
Sebenar nya jika hendak di ulas secara terperinci bab pengkianat ini amatlah banyak, kalau setakat membuat perarakan anti ISA itu kita dah mula melenting dan menggelarkan sesaorang itu sebagai pengkianat bangsa, adalah cukup mendukacitakan dan tidak ianya terlau dangkal serta memualkan. Ertikata ‘pengkianat bangsa’ itu bagaimana sebenarnya,
Pengkianat melayu ke pengkianat umno sebenarnya? Fahamkan betul betul.
Selama ini kita semua sering di sogokan dengan kata kata “kuasa melayu sudah terhakis” “mertabat melayu sudah hilang” inilah yang di gembar gemburkan silih berganti dan apalah salahnya kalau saya kata “kuasa umno sudah terhakis” atau “mertabat umno sudah hilang” masih tidak sedar lagi.
Murid buktikan pada guru lembu makan martabak
14 hours ago