Sharizat kantoi & orang melayu itu adalah Islam

Sunday, August 23, 2009


Setelah selesainya penamaan calun di Permatang Pasir bagi kerusi N11 pada 17hb ogos lalu, maka bermulalah detik detik berkempen bagi kedua dua parti yang bertanding iaitu Pas dan Barisan Nasional.

Beberapa program PR sudah pun bermula sebelum hari penamaan calun lagi dan malam sebelum itu Datu'Seri Anwar telah melancarkan bilik gerakan PR serta YB Zukilfli Nordin telah meulakan ceramah nya yang bertajuk "siapa pengkianat". Tajuk itu sudah pun di pergunakan oleh Umno sebelum ini, selepas perhimpunan anti ISA.



Yang syoknya dan menarik nya pagi tadi Shahrizat telah datang dan berjumpa dengan Tok Guru Nik Aziz dan menyatakan beliau hampir menangis mendengar Tok Guru menyatakan tidak hairan kalau kafir menghina Islam. Yang beliau maksudkan ialah DAP.Tok Guru dengan selamba menjawab, "nak heran gappo nyo, Umno lagi pulok doh lamo dah hina Islam (kenapa mu dok nangis pun!!)". Shahrizat hanya senyap saja dan perlahan lahan terus beredar..

Semalam 22hb ogos bekas PM kita Mahathir Mohamad berkata "orang Melayu adalah satu satunya bangsa di dunia ini yang di kaitkan bangsa nya dengan agama, iaitu agama Islam" tambahnya "saya ingat seluruh dunia telah mengiftrafkan orang melayu sebagai orang Islam" Inilah satu bangsa yang di kaitkan dengan agama, sesaorang itu bukan melayu kalau dia tidak Islam" katanya kepada Sinar Harian.

Beginilah orang yang pernah di anggap 'cerdas pemikiran' nya di negara kita. Orang Melayu pastinya menganut agama Islam. Orang Islam di negara ini pasti nya melayu. Sehinggakan kaum cina yang mengucap duakali kalimah syahadad itu, bermakna sudah masuk melayu. Kanapa Mahathir tidak pula berfikir yang orang orang melayu ini sudah ramai yg murtad? kenapa orang melayu yg murtad itu masih lagi Islam? Mufti Perak Harussani sudah mendakwa 100,000 melayu dinegara kita sudah murtad. Apa cerita dengan Azlina binti Jelani atau Lina Joy? dan ramai lagi, apakah sudah hilang sejarah nya? DATO' SERI HARUSSANI menangis tuan2 dan puan2, menangis sebab dia dedahkan 100,000 orang Melayu murtad, dia pula yang kena tempelak dengan menteri dan mufti2 lain.

Inilah mentaliti nya yang sebenar, sebab itulah melenting marahkan Nik Aziz, suruh tarik balik, suruh bertaubat apabila Nik Aziz berkata 'Islam pembawaan Umno menyeleweng dari kedaaan sebenar'. 'Orang orang cerdik'ini tidak pula faham bagaimana masyarakat Islam yang melata dimuka bumi ini yg terdiri dari banyak golongan. Ada orang Islam yang perempuan tidak menutup aurat, ada orang Islam meluluskan lesen judi, sukarlah kalau pemimpin macam ni. Ada sekolah agama di cantas, ada meta pelajaran jawi di pancung.Lepas itu pula tidak mahu memahami Islam yg macam mana diterima Allah subhanahu wa ta'ala.

Yang nyata bandingan Islam atau tidak adalah sembahyang nya, kalau tidak sembahyang itulah yg kafir. Walaupun nama nya berunsur Islam, keturunan orang Islam atau bangsa nya melayu. Tidak mengerjakan Islam, out.

-suntingan Blog Zulkifli & editor by em-Jr