Tun Mahathir Menjadikan Akhbar Sebagai Dalil

Friday, August 21, 2009


Esok kita semua rakyat yang beragama Islam akan menyambut kedatangan ramadhan al-mubaraq. Penghayatan dibulan ini amatlah dituntut dan sama2lah kita dapat mengerjakannya dengan baik, insya Allah. Minggu pertama ramadhan ini kita merayakan pula hari pilihanraya kecil di Permatang Pasir Pulau Pinang.

Bebrapa hari sebelum itu, mahu pun dihari ini saya membuat tinjauan dan mengamati beberapa akhbar versi melayu termasuklah Harian Metro, Kosmo, Berita Harian, Utusan Malaysia dan Sinar Harian. Setelah di analisakan dan mengambil kesimpulannya dari semua lapuran berita di akhbar akhabr itu, saya secara peribadi nya membuat ketetapan bahawa “Nik Aziz di geruni pihak lawan” dan hal ini tidaklah bermakna yang saya ini menyokong semua tindak tanduk Tok Guru itu. Kita semua tahu mana ada manusia itu sempurna.




Nabi kita sendiri Muhammad s.a.w. turut menerima teguran dari Allah ketika menyampaikan dakwah nya kepada pembesar pembesar Qurais dan muka Nabi berubah apabila Abdullah Ibnu Makhtoum se orang buta datang menemui nya untuk mendalamai ilmu agama, dan turunlah ayat 1-6 surah Abasa 80:

Muka utama Sinar Harian, tajuk utama nya cukup sensasi “Nik Aziz Luar Biasa” dan yang lebih hit nya ungkapan itu di suarakan oleh bekas PM Tun Mahathir, “ Saya berbangga dengan kebolehan Nik Aziz yg dapat menetukan siapa yg boleh masuk syurga dan neraka” dan sebelum ini beberapa akhbar utama kerajaan itu, menyiarkan kenyataan Nik Aziz bahawa Islam yang di bawa oleh Umno tidak boleh masuk syurga.

Mereka ini terus menyiar dan menggembar gemburkan sejak beberapa hari lalu, kata kata dari Nik Aziz terhadap wartawan, konon nya orang Umno tidak boleh masuk syurga. Walau pun Nik Aziz sendiri sudah beberapakali menafikan, kata kata nya itu kerana di salah ertika oleh wartawan dan membuat andaian nya sendiri. Bagaimana perkataan Palestin yg tidak disebut pun, tapi bila tersiar di akhbar boleh jadi ada. Wartawan itu tidak dapat membezakan ahli Umno dengan penyokong Umno. Sekarang Nik Aziz berbincang dengan peguam nya untuk mengambil tindakan susulan kerana kes tersebut.

Tun Mahathir yang terkenal dengan ketajaman pemikiran nya itu sehingga ‘kolej pemikiran Mahathir’ di tubuhkan bagi menjanakan pelajar kolej itu menyamai dengan pemikirannya, bagi melahirkan insan insan secerdik beliau. Mengapa pula Mahathir tidak menggunakan kekuatan pemikirannya itu untuk berfikir dengan baik. Beliau mengambil jalan pintas menghentam Nik Aziz setelah membaca berita tentang Nik Aziz di dada dada akhbar. Apakah akhbar akhbar ini sesuai untuk dijadikan dalil?

Tidak kurang juga dengan Mufti Perak, Harrusani, hanya mengaut berita dari sebelah pihak atau dari akhbar akhbar ini. Akhbar yang penuh di muka belakangnya dengan result magnum 4 digits dan gambar gambar lagha nya di ambil sebagai bukti dan dalil. Kita tahu se orang mufti ini arif dalam bab syarak, tapi kalau dah jadikan akhbar sebagai panduan, alamat ? apalah salahnya kalau beliau dengar sendiri dari mulut Nik Aziz, tetang apa yg di ucapkan itu. Wartawan itu adalah penulis, macam macam dia boleh tulis. Terlalu banyak wartawan ‘syuk’ ini merosakan minda pembaca. Kalau hendak disenaraikan disini, tak jadi ketrja lainlah saya. Saya ambil contoh, ‘jumlah kehadhiran penunjuk perasaan anti – ISA, utusan kata jumlahnya begini, Harian Metro kata jumlah nya begitu, Sinar Hrian kata jumlah nya seramai ini dan Malaysiakini kata jumlahnya begitu pula. 10 akhbar bermakna 10 jumlah yg berbeza, apakah ini bukan mungkar? Se besar zarah dikira tuan. Jadi itulah kesahnya bila membuat lapuran terhadap Nik Aziz.

Orang yang gemar melakukan maksiat, saya tak akan mempercayai nya menkhinzir buta. Arak, judi, penipuan, rasuah, bini tak tutup aurat sudah menjadi mainan, apa perlu untuk kita mentaati nya?

‘Kenyataan Nik Aziz itu turut mengaitkan Jawatan Kuasa Fatwa Kebangsaan dan majlis raja raja’ jawatan kuasa Fatwa itu sudah mengatakan ‘ketentuan masuk syurga dan neraka tu adalah hakmilik Allah SWT berdasarkan keimanan dan ketaqwaan sesa orang’.

Memanglah kita tidak boleh berkata sewenang wenang nya siapa yg masuk syurga dan neraka, orang Umno atau orang Pas dan sebagainya. Tetapi Allah telah menurunkan garis panduan nya, al Quran. Ayat ayat dalam Al Quran ada menyentuh, bagaimana orang beriman, bagaimana orang fasiq, bagaimana orang munafiq. Memisahkan Islam dengan iman, apa cerita? orang orang munafiq di belakang Nabi pun dia bersembahyang, kena faham kaedah ini. Apa itu munafiq? Apa itu berpura pura Islam, dan apa dia hipokrik?

Bini bini tak tutup aurat bagaimana hukum nya, rakyat rakyat tak tutup apakah pemerintah terlepas begitu saja?, orang bersubahat meluluskan lesen judi, lesen pup apa hukum nya, menganjurkan pesta ‘jom hebuh’ apa hukum nya? tak mungkin se orang mufti tidak tahu pekara ini. Al Quran sudah beri jalan penyelesaian nya. Mengapa Tuan Mufti tidak menegur? Kalau setakat ambil fakta kat surat khabar, rasanya sukarlah dan apa guna ‘kolej Pemikiran Mahathir’ di bina.

Dengan menjelang nya pilihanraya kecil ini, kerja kerja pemberita agak lebih sedikit selaras dengan bapak bapak menteri yang tak senang duduk dan kenapa Nik Aziz menjadi sasaran nya? kita tunggu jawapan nya di Permatang Pasir nanti, insya Allah.

- Hampeh12