Nik Aziz, Harussani dan Pemberita 4digit's

Wednesday, August 19, 2009



Sudah menjadi tradisi mereka, bercakap dan melapurkan sesuatu yang tidak benar. Memesongkan ertikata percakapan orang adalah satu fitnah, apalagi dengan tugasan kalian ini sebagai penyebar berita di mana mana akhbar. Kalau sudah sering melakukan pekara pekara begini, dan seterusnya tibalah ke satu peringkat yang membahayakan. Tiada penyesalan tiada taubat, kelak hati bertambah hitam semoga dapat di elakkan, na’uzubillah!

Musim pilihanraya kecil bergema lagi, Permatang Pasir menjadi tumpuan. Utusan merancang berita bukan kepalang. TGNA terus diburu dan kelmarin sebuah akhbar harian menyiarkan di muka depan kononnya Nik Aziz berkata, ahli Umno tidak akan masuk syurga. Apabila tersiar cerita ini, maka bersahutanlah juak juak yang lain. Akhbar ini bukanlah tempat kita mengambil fakta nya sebagai dalil. Yang pembawa berita amat tepat adalah di bahagian keputusan 4digit, sekira keputusan nombor ekor di selewengkan alamat huruharalah ‘negara kita’.




Saya tak biasa guna perkataan ahli UMNO. Ahli UMNO dan penyokong UMNO lain, dua perkataan berbeza,” kata TGNA kepada pemberita di sini yang dipetik Bernama hari ini. Nik Aziz berkata, mana-mana umat Islam yang mengasingkan iman dengan Islam tidak akan masuk syurga. Orang Islam kalau tidak beriman mana mungkin ia masuk syurga. Orang beriman sudah semestinya Islam dan orang Islam tidak semestinya beriman. Begitulah juga ahli Umno lain dan penyokong Umno adalah lain, fahamkan kaedah ini. Harakahdaily melaporkan Nik Aziz berkata beliau biasanya mengunakan perkataan penyokong Umno, "saya tidak mengunakan ahli Umno. Penyokong lain, ahli lain.

"Mana-mana gerakan orang Islam yang hanya mementingkan Islam sahaja tanpa iman, memang mustahil masuk syurga, itu yang saya sebut, tidak langsung maksudkan anggota parti Umno," tegasnya. Apabila disiarkan akhbar maka maksud nya sudah berubah dan inilah hakikat nya.

Kenyataan jahat sebegini sudah menjadi agenda nya dan inikah penyokong yang beriman? Sebelum ini, akhbar yang sama telah memohon maaf kepada Nik Aziz di muka depannya kerana mentyiarkan kenyataan yang salah tentang Nik Aziz.

Mengenai kenyataan Mufti Negeri Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, yang mengulas kenyataannya melalui hanya membaca di akhbar, Nik Aziz berharap agar Harussani mendapat maklumat yang sebenarnya melalui beliau. Mengapa pula Tan Sri Harussani Zakaria tidak pula mengulas tentang lapuran keputusan nombor ekor atau magnum 4 digit yang memenuhi dua muka penuh helaian Harian Metro semalam? Ada juga bagus nya Harian Metro ini, kerana tidak meletakan lapuran keputusan 4digit dan se angkatan dengan nya di muka utama akhbar itu, ‘syabas’!

-susunan 3