Nik Aziz di suruh bertaubat, KJ pula yang bertahubuat

Wednesday, August 26, 2009



Angin perubahan yang dimaksudkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin ketika berkunjung di Permatang Pasir pada hari semalam terus menjadi seloka tradisinya, sehingga pada tengahari semalam jam 1.30 petang, sempat lagi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pada sidang media di Seberang Jaya , "BN optimistik dengan hasil pilihan raya kecil kali ini. Katanya, sudah ada perubahan angin ke arah BN di Permatang Pasir".



Pelbagai tajuk keras dan 'membunuh' di akhbar akhbar mereka cukup menyakit apabila dibaca oleh sesetengah orang. Bagi Sinar Harian bhg.timur, "Pentanda Awal Kehancuran" merupakan tajuk utama nya. Kesemua ini sebagai 'kempen' untuk meraih undi di Permatang Pasir.

Bagi si-Zahid Hamidi pula, berkata "BN berjaya dekati pengundi kawasan Hitam" bermaksud sudah berjaya memecah kubu di Permatang Pasir. Khairi Jamaludin pula bermain dengan ragam nya, "Pas membawa pengundi hantu" siap tunjuk bukti dan buat lapuran. Secara tak langsung Khairi ini terkelip kelip mata nya, apabila Pengarah SPR Abdul Aziz Mohd Yusof berkata "tiada pengundi hantu". Setelah di buat beberapa semakan oleh SPR, dakwaan itu tidak benar kata nya.

Khairi mula meroyan tak tentu hala, selepas itu berkata pula "ada kakitangan hantu dalam SPR, yg bersubahat dengan Jabatan Pendaftaran Negara" dan pihak SPR menyuruhnya beri bukti kukuh bagi memudahkan SPR mengambil tindakan.

Sebahagian besar rakyat di Permatang Pasir masih lagi tidak menghiraukan segala tomahan juak juak ini, tak kira apa yg dikata, Muhyidin suruh Nik Aziz bertaubatlah, Mahathir kata Nik Aziz manusia luar biasa kerana tahu siapa boleh masuk syurga dan nerakalah, dan macam macam kata keluar dari mulut tak bertepi itu untuk 'berkempen' memenangi hati rakyat.

Kalau di pilihanraya kecil yang lalu, sama ada di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Penanti dan Bukit Selambau serta Bukit Gantang, kita mendapati ayam sabung Umno banyak memainkan peranan, tetapi di Permatang Pasir langkah nya kurang atau tidak kelihatan, diteliti di media media tidak kedengaran sahutan nya. Ezam dan Saiful tidak begitu menonjol, mungkin di bulan puasa segala aktiviti di hadkan.

Pas memperolehi majoriti 4551 kali ini, agak berbeza jauh dengan Manik Urai. Mungkin Muhyidin tidak menjanjikan jambatan baru kepada penduduk Permatang Pasir agak nya, dan selepas ini kita tunggu apa pula ulasan nya pasal Permatang Pasir. "BN kekal tewas di Permatang Pasir" tajuk berita.

- tulisan nyamuk 09